Semua ibu bapa mesti rasa seronok bila anak dah nak mulakan alam persekolahan. Rasa macam tak percaya si kecil yang dulu tak tahu apa-apa kini semakin bijak dan sudah bersedia untuk ke sekolah.

Tapi dalam rasa seronok dan gembira, ibu dan ayah tentu rasa nervous juga kan? Sebenarnya bukan si kecil sahaja yang perlukan persediaan untuk ke prasekolah. Ibu ayah pun tidak terkecuali supaya nanti tidak kelam-kabut dan ada yang tertinggal di hari pertama persekolahan.

Jom semak countdown persediaan yang anda kena buat supaya semuanya berjalan lancar.

  1. Lapan minggu sebelum – Buat ujian pertumbuhan

4 Trik Ini Bantu Anda Dan Si Kecil Mengharungi Hari Pertama Di Sekolah

– Periksa adakah tahap pertumbuhan anak anda berada di landasan yang normal sebelum dia memulakan prasekolah. Rujuk pada pakar kanak-kanak jika ada masalah pertumbuhan. Klik di sini watchMeGrow

– Perkembangan fizikal kanak-kanak sejak lahir hingga berusia 5 tahun adalah tahap tumbesaran yang sangat penting. Ia melibatkan perubahan berat badan, ketinggian, saiz badan, rangka, tulang dan gigi.

– Kebanyakan kanak-kanak yang mahu memulakan prasekolah juga sudah mahir mengawal otot-otot penting, mempunyai deria pengimbangan yang baik, mempunyai kemahiran motor halus dan kasar yang bagus.

– Mereka boleh berlari, melompat, memanjat, menari, menangkap bola, mengendali butang dan zip pakaian, mengikat tali kasut, memegang pensel, menggunakan sudu garfu dan alatan secara betul dengan pantauan.

– Selalu bercerita tentang keseronokan ke sekolah kepada si kecil. Berceritalah tentang keseronokan berkenalan dengan kawan baru, melakukan pelbagai aktiviti bersama dan macam-macam lagi.

 Biasakan anak rutin tidur awal jika sebelum ini dia biasa tidur tidak mengikut waktu yang konsisten. Ini untuk mengelakkan mereka daripada meragam disebabkan kurang tidur.

– Belajar pisahkan dengan botol susu, dan mula ajar anak minum dalam cawan supaya dia biasa minum susu di prasekolah nanti tanpa masalah.

– Ajar anak berdikari perkara asas seperti buang air kecil sendiri, pakai seluar dan baju, makan sendiri. Jelaskan kepadanya semua kanak-kanak yang sudah bersekolah perlu tahu menguruskan diri sendiri di sekolah.

– Biasakan anak supaya tidak lagi bergantung pada barang kesayangannya seperti ‘bantal busuk’ atau anak patung.

– Ajar anak tahu maklumat dirinya seperti nama, alamat rumah dan nama ibu bapa serta nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan.

IKLAN

2. Dua minggu sebelum

4 Trik Ini Bantu Anda Dan Si Kecil Mengharungi Hari Pertama Di Sekolah

– Buat lawatan ke tadika pilihan bersama anak anda semasa hari terbuka sekolah tersebut. Kenalkan anak kepada cikgu kelasnya supaya dia boleh rasa selesa bila hari pertama masuk sekolah.

– Biarkan anak merasai suasana kawasan sekolah dan beri masa kepadanya meninjau-ninjau sekitar kawasan sekolah.

– Bawa anak beli peralatan untuk ke sekolah bersama-sama. Biarkan dia buat pilihan sendiri barang-barang keperluan sekolahnya. Barulah dia teruja nak ke sekolah!

– Kadang-kala sukar untuk memastikan anak makan makanan yang berkhasiat setiap hari, jadi pastikan anak anda memenuhi jurang pemakanan tersebut dengan nutrisi pemakanan lengkap seperti PediaSure.

– Bincang dengan guru sekolah jika anak ada alahan terhadap makanan. Maklumkan kepada cikgu tentang hal tersebut.

3. Dua hari sebelum

IKLAN

4 Trik Ini Bantu Anda Dan Si Kecil Mengharungi Hari Pertama Di Sekolah

– Pastikan beg dan barangan kelengkapan sekolah anak sudah siap sedia.

– Pastikan anak tidur dan bangun awal supaya tidak meragam di hari sekolah.

– Rancang menu sihat untuk sarapan pagi anak terutama jika sebelum ini dia jenis picky eater.

4. Hari pertama ke prasekolah

4 Trik Ini Bantu Anda Dan Si Kecil Mengharungi Hari Pertama Di Sekolah

– Kejutkan anak di awal pagi dengan wajah yang ceria dan bersemangat.

Sediakan anak sarapan pagi yang berkhasiat kerana ia penting untuk membekalkan si manja tenaga berpanjangan sepanjang di sekolah.

IKLAN

– Ambil cuti untuk hantar anak di hari pertama persekolahannya. Si kecil mungkin belum bersedia untuk terus ditinggalkan jadi anda perlu menunggunya sebentar sehingga dia dapat menyesuaikan diri.

– Berikan kata-kata semangat dan pujian kepada anak supaya dia tidak meragam semasa ditinggalkan di sekolah. Terangkan kepada anak yang anda akan datang semula untuk menjemputnya selepas tamat masa persekolahan.

Kenapa penting menyediakan makanan berkhasiat untuk anak ke prasekolah?

Bila anak anda sudah mula masuk sekolah, salah satu faktor penting yang mesti diberi perhatian adalah penyediaan makanan berkhasiat untuk mereka. Pemakanan lengkap turut memainkan peranan penting membantu kecerdasan kanak-kanak.

Pemakanan lengkap membantu perkembangan fizikal dan mental yang optimum. Tanpa pertumbuhan fizikal yang optimal, tugasan mudah di sekolah pun boleh jadi sangat mencabar bagi kanak-kanak.

Untuk mendapatkan sample percuma susu berkhasiat PediaSure, ibu-ibu boleh klik di sini www.pediasure.com.my

Ia penting supaya anak bersemangat dan aktif belajar di sekolah. Sediakan makanan berkhasiat untuk anak supaya dia lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Kalau anak anda jenis susah makan, cari alternatif lain untuk tetap pastikan dia ke sekolah dengan makan makanan berkhasiat. Perkenalkan nutrisi pemakanan lengkap seperti Pediasure bagi menutup jurang pemakanan anak anda.

Susu ini menyediakan khasiat lengkap untuk kanak-kanak berusia antara 1 hingga 10 tahun. Ia pemakanan lengkap secara yang diformulasi secara saintifik untuk menyokong pertumbuhan optimal dan mengurangkan bilangan hari sakit.

PediaSure menepati 100% US Dietary Reference Intakes (USDRI) keperluan protein dan 25 mineral dan vitamin penting untuk meningkatkan tumbesaran anak anda dan menyokong sistem pertahanan semula jadi.

Pastikan anak mendapat pemakanan lengkap untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI