Tahniah diucapkan kepada pelakon Balkisyh Semundur Khan dan suami, Mohd Nazri Zakaria yang telah menyambut kelahiran cahaya mata lelaki mereka pada 9 Feb 2022 jam 12.09 pagi.
Bertarung nyawa selama 42 jam sebelum melahirkan bayi lelakinya dengan berat 2.68kg, Balkisyh bersyukur selepas semuanya selamat. Dia juga amat teruja tatkala melihat wajah bayi yang baru dilahirkan itu.
Assalamualaikum semua..Alhamdulillah sy telah selamat melahirkan “Baby Boy” pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung
Dalam entri terbaru pelakon Mok Cun itu juga turut berkongsi nama yang dipilih buat bayi yang baru dilahirkan itu. Menurut Balkisyh juga waktu kelahiran bayinya itu sama dengan tarikh kelahiran suami tercinta.
“Allamdulilah selesai sudah register nama baby hari ini..
Muhammad Nor Qaiyfaal Khan
Masa Lahir Baby : 12.09
Tarikh Lahir Daddy : 12.09
Alhamdulillah..kebetulan..syukur
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Balkisyh turut berkongsi beberapa gambar bayi lelakinya itu.
Menjenguk di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan juga peminat yang mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi Balkisyh itu.
Untuk rekod, Balkisyh dan suami yang juga merupakan seorang Frontliner telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020.
Sebelum ini Balkisyh pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Tahniah diucapkan kepada Balkisyh, bestnya boleh cium bau baby!
Kredit: Instagram Balkisyh
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!