44 Hari Tak Lama, Berpantang Tapi Bukan Berdiet, Pilih Makan Dengan Tepat!

Share

Ketika berpantang, makanan menjadi satu keutamaan bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang disebabkan oleh makanan. Ada juga ibu berpantang yang mengambil kesempatan ini untuk berdiet. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana tempoh berpantang memerlukan makanan yang sihat untuk mengembalikan kesihatan tubuh sekaligus membekalkan susu untuk bayi. Jadi berdiet bukan satu pilihan tepat.

Namun pemakanan ketika pantang harus dijaga sebaiknya. Pilih makanan yang sihat dan paling penting segar. Tip dan senarai semakan ini ibu perlu tahu dan jadikan panduan ketika berpantang.

Waktu Makan Tepat
Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Makan nasi dalam keadaan masih panas dalam kadar yang sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak.

Pada minggu kedua dan seterusnya anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan serta buah-buahan supaya anda mendapat makanan berkahsiat.

Makanan yang dilarang ialah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa, berlemak dan terlalu banyak minyak. Minuman berais tidak dibenarkan. Anda perlu mengikut pantang secara alami untuk memastikan badan kembali segar. Pastikan makan pada waktu yang tepat dan jangan terlambat bagi mengelakkan masalah masuk angin.

Elakkan Makanan Berlemak
Apa yang anda makanan akan memberi impak kepada badan anda. Pastikan jumlah makanan diambil terkawal supaya tidak menjejaskan berat badan anda. Anda digalakkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus. Elakkan jenis makanan berlemak yang tidak sihat untuk tubuh.

Proses Penghadaman
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia adalah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Anda digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.

Masalah Keletihan dan Kemurungan
Keletihan, tidak cukup tidur kemurungan akibat masalah fizikal selepas bersalin adalah perkara yang mungkin dialami oleh anda. Daun pegaga adalah antara ulam-ulaman dimakan semasa pantang. Daunnya disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan.

Membuang Angin
Lazimnya selepas bersalin, badan akan berangin dan perlu diurut untuk membuangnya. Selain halia, sayuran sawi dikatakan dapat membuang angin. Seeloknya sayuran ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.

Sumber Penambah Susu Ibu
Jika anda ingin menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, pengambilan cekur manis, lobak putih, peria dan pegaga dapat membantu anda. Malah sekiranya diambil secara kerap, ia membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.  Pastikan jumlah air diambil pada kadar mencukupi untuk membekalkan susu yang banyak kepada bayi anda.

Sumber Tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga. Jangan abaikan sumber karbohidrat yang lengkap ketika bersarapan, tengari hari dan malam untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Antioksida
Semasa dalam pantang anda juga perlu membuang toksin dalam badan supaya badan kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C dan E.

Minum Air Mencukupi
Pengambilan air semasa pantang tidak dibenarkan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. Namun, air mesti diambil tetap kerap dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air amat penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan. Jadi jangan sekat jumlah pengambilan air.

Pilih Ikan Segar
Selain pemakanan ulam-ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar juga perlu. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk anda makan semasa berpantang. Ikan segar dan tidak gatal antaranya ikan haruan, sardin dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda yang bersalin melalui pembedahan (caesarean).

Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya anda kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.

Buah Oren Untuk Penyembuhan
Untuk memastikan luka anda kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka anda. Buah oren mempunyai banyak vitamin C untuk memberi kesihatan badan anda. Juga elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antaranya seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.

Kecutkan Rahim
Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.


Berpantang Bersama Baby Bazaar by Pa&Ma

Tidak kiralah berpantang cara tradisional atau moden, proses ini penting untuk mengembalikan kesegaran dan kesihatan badan supaya kekal sihat dan bertenaga. Pemilihan produk dan servis berpantang yang betul akan menentukan proses berpantang kita berkesan. Proses berpantang memang penting dalam membantu menstabilkan emosi ibu, melancarkan pengaliran susu ibu, dan membetulkan peredaran darah.

Cara mudah untuk dapatkan semua list produk berpantang ialah dgn melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ia dapat ibu memilih produk atau servis berpantang dengan harga yang berpatutan. Musim wabak seperti ini, tidak perlu keluar rumah, beli-balah secara atas talian sahaja!

Jadi apa tunggu lagi? Selain daripada produk dan servis ibu berpantang, kami juga ada barang-barangan keperluan bayi juga. Mulakan pengalaman membeli anda di babybazaar.my sekarang!https://babybazaar.my/

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM