“45 Hari Menahan Rindu.”-Ibu Sayu Anak ‘Pergi’ Kerana Komplikasi Lepas Tersepit Celah Katil

Share

Perginya anak tanpa petanda, ibu ini meluahkan kerinduannya. Setelah dikandung & dilahirkan, pemergiaan si kecil ini amat menyentuh hati.

Ramai menyangka bayi ini meninggal kerana jatuh dari katil pada awalnya, namun penjelasan ibu menceritakan punca sebenar yang bayinya tidak jatuh dan hanya terselit.

Ibu ini berkongsi dimana anaknya meninggal kerana kekurangan oksigen akibat tersepit di bahagian tepi katil. Perkara ini boleh ambil perhatian terutama sekali buat insan yang bergelar ibu dan ayah.

Dia tidak jatuh, dia terselit. Tiada pendarahan & alami bengkak otak akibat kekurangan oksigen. Berkongsi kerana mahu ibu bapa lain berhati-hati. 

 

45 hari menahan rindu. Pergimu tanpa kata-kata & tanda. Anak syurga pinjaman buat yang bergelar ibu.

Sumber : Nursafiah Edy

Published by
Azma ML