Semua ibu ayah mahukan anak mereka mencapai perkembangan otak yang maksima. Maka kenalah tahu macam mana boleh membantu memaksimumkan hubungan sel-sel otaknya! Kepintaran anak bukan datang secara tiba-tiba tetapi ia memerlukan banyak rangsangan positif daripada ibu bapa.
Rangsangan yang hendak dilakukan kepada si manja perlu dilakukan dengan betul dan bukan secara sembarangan sahaja.
Mengapa pentingnya sel-sel otak anak berhubung?
Hubungan sel-sel otak adalah petunjuk yang anak anda sedang belajar dan membesar. Memaksimumkan hubungan antara sel-sel otak anak sangat penting untuk daya ingatan, pembelajaran dan memahami perasaan.
Lebih banyak sel-sel otak anak berhubung, lebih pantas anak anda akan belajar dan berkembang. Ia meliputi faktor
* Mental – Kreatif menyelesaikan masalah
* Emosional – Prihatin dan bertimbang rasa
* Sosial – Berkawan dan berkongsi
Bagaimana cara memaksimumkan hubungan sel-sel otak anak?
Rangsangan positif daripada ibu ayah serta pemakanan yang baik adalah penting untuk memaksimumkan hubungan sel-sel otak si manja. Ini antara idea-idea yang anda boleh buat pada si manja.
1.Kerap berbual dengan anak
Ibu ayah yang kerap berbual dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling boleh membantu hubungan sel-sel otak si manja. Perbualan harian ini akan memberikan kesan positif dari segi pemikirannya.
2.Minta pendapat anak
Anda boleh dapatkan pendapat anak dalam sebarang situasi. Secara tak langsung ia mengajar anak untuk berfikir dengan lebih kritis dan memberi idea secara spontan. Jangan abaikan suara si kecil ini kerana segala memori yang diperolehinya akan disimpan di dalam otak.
Bermain bersama
Permainan kreatif bukan sekadar untuk anda berseronok dengan anak, tetapi ia boleh membantu si manja memupuk sikap berdikari, meluahkan perasaan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial.
Ads
Antara idea-idea mainan yang sesuai mengikut umur anak:
1 tahun
Tiru bunyi
* Tunjukkan gambar pelbagai haiwan.
* Ajar nama haiwan dan tiru bunyinya.
* Bergilir dengan anak anda untuk tiru bunyi haiwan itu.
2 tahun
Teka rasa makanan
* Tutup mata si manja dan suap dia pelbagai rasa makanan.
* Suruh anak teka nama makanan yang dirasa.
Ads
* Suruh anak gambarkan rasanya – manis, masin, masam atau pahit.
3 tahun
Permainan kad memori
* Kumpul kad mainan untuk anak ingati.
* Terbalikkan kad ke bawah dan suruh anak pilih 2 kad yang sama.
* Anda boleh mulakan dengan 2 pasang dulu dan perlahan-lahan tambah bilangan kad untuk diteka.
Baca buku sebelum tidur
Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil belajar tata bahasa dan perkataan baru.
Ads
Berikan makanan berkhasiat
Bersama dengan interaksi anda, pemakanan yang seimbang juga penting untuk tumbesaran si manja termasuk perkembangan otaknya. Jangan lupa untuk memberikan anak anda minum susu yang kaya dengan kalsium. Susu yang diperkaya dengan DHA dan Gangliosida (GA) adalah pilihan yang baik untuk si manja.
Anmum Essential kini dengan Mind-Q Connect(tm), diperkaya dengan DHA dan 2X lebih Gangliosida (GA).
DHA dan Gangliosida adalah kombinasi nutrien penting untuk otak anak anda.
DHA – membantu menyokong perkembangan otak.
Gangliosida – membantu dalam pembentukan hubungan sel-sel otak.
Mengapa Gangliosida penting untuk perkembangan otak anak?
Lebih kurang 10% daripada jumlah jisim lipid dalam otak terdiri daripada Gangliosida. Otak mengandungi kira-kira 15x hingga 500x lebih banyak Gangliosida daripada mana-mana tisu lain dalam badan. Ia membantu membentuk hubungan antara sel-sel otak.
Didik anak buat kerja rumah, mereka akan jadi orang yang berjaya bila dewasa nanti. Melibatkan anak-anak dalam tugasan rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kerja ibu bapa, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat dalam pembentukan keperibadian dan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Didik Anak Buat Kerja Rumah, Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti
Mengajar anak membuat kerja rumah sejak kecil membantu mereka memahami konsep tanggungjawab. Mereka belajar bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Apabila anak-anak terbiasa melakukan tugas-tugas tertentu, seperti membersihkan bilik atau menyusun meja makan, mereka mula menyedari bahawa tugas-tugas ini adalah tanggungjawab mereka yang tidak boleh diabaikan. Sifat bertanggungjawab ini penting bukan sahaja di rumah, tetapi juga di sekolah dan di tempat kerja pada masa hadapan.
Mengikut kajian dari Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan menjadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah:
Umur 2-3 tahun:
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun:
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.
“Anak saya tak fokus, tak sampai seminit dia dah bosan dan mula beralih ke tempat lain” ramai ibu bapa yang mengadu tentang masalah anak tak fokus dan kurang memberikan tumpuan pada satu-satu perkara. Bagaimana caranya untuk memastika anak dapat fokus pada satu-satu perkara? Ikuti perkongsian ini.
ANAK TAK FOKUS LAH, APA SAYA PERLU BUAT ?
Ramai orang cakap, anak kurang fokus, anak murid yang kurang fokus, dan macam-macam lagi.
Tapi tau tak fokus yang macam mana penting untuk kanak-kanak belajar?
Macam anak-anak tengok tv, main phone, main game, main mainan yang dia suka. Itupun kira fokus jugak kan? Lama dia boleh je duduk sorang-sorang.
YA BETUL. Memang fokus , tapi fokus itu hanyalah 1 hala sahaja. Dengan fokus sehala je. Memang bagus tapi sikit sangat anak-anak dapat belajar.
Ada 3 jenis fokus atau tumpuan yang sangat penting untuk kita lihat pada anak-anak bagi mmbolehkan mereka belajar dengan baik & cepat.
1) CHANNEL ATTENTION
Skill yang ini membolehkan kanak-kanak untuk menangkap atau respon pada sesuatu walaupun dia tak lihat. Contohnya seperti :
Boleh respon bila nama dipanggil.
Boleh ikut arahan walaupun tak tengok pada kita.
Bagi anak yang sekolah, Boleh follow apa yang cikgu suruh walaupun tak tengok pada cikgu.
Jadi channel attention ni ialah kanak-kanak boleh cabang-cabang kan attention dia dan membolehkan mereka aware dengan rangsangan-rangsangan daripada sekeliling.
2) JOIN ATTENTION
Join attention ini membolehkan kanak-kanak untuk berkongsi tumpuan yang sama dengan kita, Jadi mereka akan belajar dan dapat apa yang kita tunjuk dengan baik.
Contohnya : Join attention ketika
Bila main puzzle ; anak boleh ikut kita tunjuk kita nak letak dekat mana puzzle itu.
Bila jalan-jalan kita tunjukkan objek yang ada disekeliling dan dia boleh follow apa yang kita tunjukkan tu.
Bila baca buku, dia tengok gambar apa yang kita tunjukkan.
Jadi kalau anak yang tiada join attention ni, kita tunjuk ke lain dia tengok tempat lain. Susah lah untuk anak nak belajar.
3) SITTING ATTENTION
Sitting ni bermaksud berapa lama kanak-kanak boleh duduk dan beri tumpuan pada apa yang diajar, tapi yang ini tak kira ya yang tengok tv atau main gajet itu ya.
Yang paling baik adalah boleh duduk lama dengan adanya org lain berinteraksi dengan mereka. Contohnya masa kita ajar dan main sama-sama. Boleh tak mereka duduk lama dan siapkan task yang kita berikan.
Anda boleh kira sitting attention anak anda sekarang berapa minit. Ini formulanya :
(Umur) x ( 3 hingga 5 minit ) Contoh : Anak 3 tahun. 3×3=9 , 3×5=15
Jadi untuk 3 tahun, mereka patut boleh duduk dan beri tumpuan belajar selama 9 hingga 15 minit.
Ketiga-tiga attention ini perlu ada, dan kanak-kanak akan belajar dengan cepat. Bukan sahaja belajar ABC. Tapi belajar bahasa, komunikasi, akademik.. semuanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini tentu ramai ibu bapa yang mula menghantar anak ke tadika. Risau anak menangis di hari pertama bersekolah. Macam mana nak elakkan ya?
Bagi yang baru pertama kali pergi ke tadika tentu berdebar-debar perasaannya. Si kecil mungkin sudah sedia maklum sejak lama lagi tentang kemasukan mereka ke sekolah.
Ada kanak-kanak yang teruja dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tadika tetapi ada juga yang tidak mahu ke sekolah dan akan mula menangis bila sahaja ibu atau ayah menyebut perkataan ‘sekolah’. Ada bermacam ragam dan gaya si kecil yang kali pertama melangkah ke alam persekolahan.
Sebagai ibu ayah tentu sahaja anda ada cara tersendiri untuk memastikan anak tidak menangis atau meraung bila kali pertama ke tadika. Dalam tempoh seminggu pertama hari sekolah, anda boleh praktiskan tip berikut ini.
1. Ambil cuti
Kalau ini adalah hari pertama anak memulakan alam persekolahan, apa salahnya ibu dan ayah atau salah seorang mengambil cuti. Sekurang-kurangnya ia sebagai tanda sokongan menghantar anak ke tadika untuk kali pertama. Bangunkan anak awal pagi dan siapkan sarapan kegemarannya. Kalau anak masih liat untuk bangun awal, jangan tengking atau marahkan dia. Bersabar dan kejut anak dengan lemah lembut supaya dia tidak akan meragam nanti.
2. Beri kata semangat
Berikan kata-kata pujian dan semangat kepada anak anda supaya dia tidak meragam semasa ditinggalkan di tadika.
3. Tunggu sebentar
Si kecil mungkin masih belum biasa ditinggalkan sendirian tanpa ibu atau ayah di sisi. Jadi apa salahnya tunggu seketika sehingga anak anda benar-benar dapat menyesuaikan diri di tadika. Jangan tinggalkan dia tanpa memberitahunya. Yakinkan si kecil yang dia akan gembira belajar bersama kawan-kawan di tadika.
4. Jangan lupa tinggalkan pesanan
Terangkan kepada anak yang anda akan kembali mengambil mereka selepas kelas pembelajaran selesai. Maklumlah jika tidak dipesan bimbang pula anak risau apabila tidak nampak kelibat anda di tadika.
5. Minta bantuan cikgu
Sekiranya anak anda jenis kuat menangis dan tidak benarkan anda pergi meninggalkannya, eloklah minta nasihat daripada pihak guru di tadika. Mungkin pihak tadika boleh cuba memujuk dan menenangkan anak anda atau memberi kebenaran kepada anda untuk menemani anak pada minggu pertama persekolahan.
6. Tanya pengalaman anak
Sebagai salah satu cara untuk menggembirakan anak, jangan lupa untuk mendapatkan maklum balas anak semasa di tadika dengan bertanyakan soalan yang positif seperti “tadi cikgu ajar apa?”, “tadi lukis apa?” dan “ramai kawan tak?” Secara tak langsung ia akan merangsang anak untuk seronok bercerita pengalaman pertamanya di tadika
Semoga dengan cara ini, anak akan lebih bersemangat untuk ke sekolah, ibu dan ayah pun senang hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.