Semua ibu ayah mahukan anak mereka mencapai perkembangan otak yang maksima. Maka kenalah tahu macam mana boleh membantu memaksimumkan hubungan sel-sel otaknya! Kepintaran anak bukan datang secara tiba-tiba tetapi ia memerlukan banyak rangsangan positif daripada ibu bapa.

Rangsangan yang hendak dilakukan kepada si manja perlu dilakukan dengan betul dan bukan secara sembarangan sahaja.

Mengapa pentingnya sel-sel otak anak berhubung?

Hubungan sel-sel otak adalah petunjuk yang anak anda sedang belajar dan membesar. Memaksimumkan hubungan antara sel-sel otak anak sangat penting untuk daya ingatan, pembelajaran dan memahami perasaan.

Lebih banyak sel-sel otak anak berhubung, lebih pantas anak anda akan belajar dan berkembang. Ia meliputi faktor

* Mental – Kreatif menyelesaikan masalah

* Emosional – Prihatin dan bertimbang rasa

* Sosial – Berkawan dan berkongsi

Bagaimana cara memaksimumkan hubungan sel-sel otak anak?

Rangsangan positif daripada ibu ayah serta pemakanan yang baik adalah penting untuk memaksimumkan hubungan sel-sel otak si manja. Ini antara idea-idea yang anda boleh buat pada si manja.

5 Aktiviti Ini Boleh Tingkatkan Proses Sel-Sel Otak Berhubung. Ibu Ayah Kena Buat Dengan Anak!

1.Kerap berbual dengan anak

Ibu ayah yang kerap berbual dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling boleh membantu hubungan sel-sel otak si manja. Perbualan harian ini akan memberikan kesan positif dari segi pemikirannya.

2.Minta pendapat anak

Anda boleh dapatkan pendapat anak dalam sebarang situasi. Secara tak langsung ia mengajar anak untuk berfikir dengan lebih kritis dan memberi idea secara spontan. Jangan abaikan suara si kecil ini kerana segala memori yang diperolehinya akan disimpan di dalam otak.

5 Aktiviti Ini Boleh Tingkatkan Proses Sel-Sel Otak Berhubung. Ibu Ayah Kena Buat Dengan Anak!

  1. Bermain bersama

Permainan kreatif bukan sekadar untuk anda berseronok dengan anak, tetapi ia boleh membantu si manja memupuk sikap berdikari, meluahkan perasaan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial.

IKLAN

Antara idea-idea mainan yang sesuai mengikut umur anak:

1 tahun

Tiru bunyi

* Tunjukkan gambar pelbagai haiwan.

* Ajar nama haiwan dan tiru bunyinya.

* Bergilir dengan anak anda untuk tiru bunyi haiwan itu.

2 tahun

Teka rasa makanan

* Tutup mata si manja dan suap dia pelbagai rasa makanan.

* Suruh anak teka nama makanan yang dirasa.

IKLAN

* Suruh anak gambarkan rasanya – manis, masin, masam atau pahit.

5 Aktiviti Ini Boleh Tingkatkan Proses Sel-Sel Otak Berhubung. Ibu Ayah Kena Buat Dengan Anak!

3 tahun

Permainan kad memori

* Kumpul kad mainan untuk anak ingati.

* Terbalikkan kad ke bawah dan suruh anak pilih 2 kad yang sama.

* Anda boleh mulakan dengan 2 pasang dulu dan perlahan-lahan tambah bilangan kad untuk diteka.

5 Aktiviti Ini Boleh Tingkatkan Proses Sel-Sel Otak Berhubung. Ibu Ayah Kena Buat Dengan Anak!

  1. Baca buku sebelum tidur

Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil belajar tata bahasa dan perkataan baru.

 

IKLAN

5 Aktiviti Ini Boleh Tingkatkan Proses Sel-Sel Otak Berhubung. Ibu Ayah Kena Buat Dengan Anak!

  1. Berikan makanan berkhasiat

Bersama dengan interaksi anda, pemakanan yang seimbang juga penting untuk tumbesaran si manja termasuk perkembangan otaknya. Jangan lupa untuk memberikan anak anda minum susu yang kaya dengan kalsium. Susu yang diperkaya dengan DHA dan Gangliosida (GA) adalah pilihan yang baik untuk si manja.

5 Aktiviti Ini Boleh Tingkatkan Proses Sel-Sel Otak Berhubung. Ibu Ayah Kena Buat Dengan Anak!

Anmum Essential kini dengan Mind-Q Connect(tm), diperkaya dengan DHA dan 2X lebih Gangliosida (GA).

DHA dan Gangliosida adalah kombinasi nutrien penting untuk otak anak anda.

DHA – membantu menyokong perkembangan otak.

Gangliosida – membantu dalam pembentukan hubungan sel-sel otak.

Mengapa Gangliosida penting untuk perkembangan otak anak?

Lebih kurang 10% daripada jumlah jisim lipid dalam otak terdiri daripada Gangliosida. Otak mengandungi kira-kira 15x hingga 500x lebih banyak Gangliosida daripada mana-mana tisu lain dalam badan. Ia membantu membentuk hubungan antara sel-sel otak.

Untuk maklumat lanjut boleh klik di Anmum Essential

 

 

 

 






Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI