Soalan:

Kata ibu, saya perlu banyak membaca dan melakukan latihan Matematik jika mahu anak yang bakal dilahirkan menjadi seorang pintar. Selain daripada dua aktiviti ini apa lagi yang boleh saya lakukan?

Jawapan:

Banyak perkara yang boleh dilakukan dalam merangsang kepintaran anak dalam kandungan sejak daripada awal usia kehamilan. Sepanjang sembilan bulan sebelum kelahiran bayi, ini adalah perkara yang patut anda lakukan.

IKLAN

1. Banyak membuat latih tubi soalan-soalan Matematik bermula daripada silabus Tingkatan 1 hingga ke peringkat seterusnya.

2. Banyak melakukan aktiviti meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan buku-buku merangsang minda seperti Sudoku, crossword puzzle, cari benda tersembunyi, word search dan sebagainya.

IKLAN

3. Bermain permainan minda yang menggalakkan ibu berfikir dan melakukan pergerakan tangan (bukan daripada tablet) contohnya seperti Logico Boardgame dan Fun Thinkers. Tidak kira soalan mudah atau sukar, terus lakukannya kerana objektif ia dilakukan adalah untuk menggalakkan ibu sentiasa aktif berfikir dan menyelesaikan masalah yang selanjutnya dapat meningkatkan fungsi otak.

IKLAN

4. Belajar bermain piano dan mengenal nota muzik. Mulakan dengan lagu yang mudah-mudah dan berlatih selalu kerana pergerakan jari jemari dapat merangsang otak bayi dan melibatkan aktiviti otak kanan.

5. Bergerak cergas setiap hari, menyanyi dan melagukan bacaan al-Quran kepada bayi dalam kandungan. selain itu, boleh juga menyanyikan lagu-lagu nasihat, nasyid atau nursery rhyme. Gunakan masa sembilan bulan yang ada untuk menghafal lagu-lagu ini agar bila anak lahir, ibu boleh meneruskan sesi stimulasi nyanyian untuk merangsang pendengaran anak pula.

Soalan ini dijawab oleh Norhidawati Abdul Aziz, Pengasas Pusat Perkembangan Minda Bayi & Kanak-Kanak Genius Baby On Board.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI