Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk. Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak! Mama dan papa boleh sediakan bahan-bahan mainan ini, bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang selalu ada dirumah.
5 SEBAB AKTIVITI SENSORI BERMANFAAT UNTUK BAYI
1)Aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2)Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3)Membangun dan meningkatkan memori.
Ads
4)Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5)Membantu anak belajar sifat deria (keras, lembut, lekat, tanggal, kering dan sebagainya)
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
5 AKTIVITI SENSORI UNTUK BAYI BOLEH DUDUK
Ads
1.Abjad dan nombor magnet, biarkan dia main lekat-lekatkan pada permukaan besi seperti white board. Ini boleh melatih jarinya mengambil objek kecil.
2.Bermain busy boardmemberikan peluang untuk mempelajari tekstur, warna, bentuk dan cara guna. Ia amat baik untuk perkembangan otak bayi.
Ads
3.Mengoyak tisu atau kertas ialah aktiviti yang teraputik kepada bayi. Ia menggalakkan pergerakan motor halus iaitu ibu jari dan jari si manja. Bunyi kertas yang dikoyak juga merangsang pendengarannya!
4.Menolak bola atau menangkap bola boleh menajamkan skil motor halus dan koordinasi mata tangannya. Ia juga merangsang deria visual apabila bayi melihat bola bergerak ke arahnya.
5.Bermain dengan manik abacusseperti ini menggalakkan bayi menyentuk dan mengerakkan manik-manik pelbagai warna ini. Ia secara tidak langsung akan mengasah skil motor halus dan koordinasi mata-tangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sama je layanan untuk kelima-lima anak saya. (Sorry 6 campur Danish Edry). Cuma rajin masuk gambar Daiyan dan Dayana kerana kedua-duanya selalu ada depan mata. Abang dan kakaknya tinggal di asrama, kakak baby sekolah. Jadi inilah barang mainan saya.
“Saya kongsikan apa yang saya rasa ok. Jadi tak perlulah persoalkan atau cari salah, tanya itu dan ini,” katanya.
Apa yang melucukan adalah bila Dayana dapat, Daiyan menangis. Ibarat kata Abby Daiyan hati tisu. Paling mengembirakan Abby dan suaminya, tengok mereka membesar sama-sama rasa puas.
Seronok tengok kegembiraan keluarga ini lagi-lagi dikelilingi anak-anak yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain.
Sumber: Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tak laratnya jadi burung hantu setiap malam. Setiap dua jam mesti kena terjaga. Normal ke macam ni? Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu yang mempunyai anak kecil.
Setiap malam mesti kena terjaga sebab nak susukan baby. Tambah minggu-minggu pertama baby baru lahir.
Penat memang penat tapi tahukah mommy menyusu waktu malam ada manfaatnya.
KEPENTINGAN PENYUSUAN WAKTU MALAM UNTUK BAYI
Perut Bayi Tidak Dapat Menampung Kuantiti Susu Yang Banyak
Perut baby kecil tak mampu meminum susu dalam kuantiti yg banyak dalam satu masa. Susu ibu cepat hadam sekitar 1 jam selepas penyusuan. Jadi mommy perlu susukan bayi sekerap yang mungkin.
Membantu Tubuh Memproduksikan Susu Dengan Konsisten
Penyusuan secara kerap dapat elakkan mommy dari mengalami bengkak susu.
Merangkumi 20% Daripada Jumlah Susu Yang Diminum Dalam 24 Jam
Penyusuan waktu malam menyumbang kepada hampir 20% daripada jumlah susu yang diminum oleh bayi dalam sehari. Banyak kan ?
Membantu Mengajar Bayi Mengenal Siang Dan Malam
Kajian mendapati selepas usia 2 bulan bayi akan mula menerima pengaruh hormon daripada ibu. Susu ibu secara semulajadinya mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin. Melatonin ini membantu bayi terlelap di samping mengatur waktu tidur mereka setiap hari.
Letih memang letih tapi demi anak tercinta, teruskan penyusuan sementara masih ada rezeki anak.
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute, tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah, ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat. Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarga agar obesiti boleh dihindari dari awal.
Ibu ayah perlu menanamkan tabiat pemakanan yang sihat dari awal. Seronok bila tengok anak tembam tapi ibu ayah mesti ambil langkah berjaga-jaga , kerana yang merana nanti ialah si anak. Kurang keyakinan diri dan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes sejak dari usia muda.
5 kesilapan yang ibu ayah selalu tanamkan kepada anak yang boleh menyebabkan anak obes ialah;
Tabiat selalu mengunyah terutamanya ketika menonton TV atau masa lapang.
Snek terlalu sebelum waktu makan utama menyebabkan anak tidak makan sajian utama (makan tengah hari/ makan malam)
Membeli dan menyimpan makanan ringan (jajan) di rumah.
Membiasakan membeli makanan segera dan pastri/ pencuci mulut berkalori tinggi.
Menghidangkan makanan berproses sebagai sumber protein.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kegemukan melampau atau obesiti di kalangan kanak-kanak adalah kerana ketagihan mereka kepada makanan manis dan makanan diproses. Ia di kongsikan beliau seperti berikut;
“Gemuk sikit, tak boleh ke, doktor?”
Sukar mahu menentukan seorang kanak-kanak itu obes atau tidak. Atau sekadar berlebihan berat badan. Tiada formula yang mudah untuk mengira BMI mereka.
Selalunya saya menimbang dan jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya, saya anggap ia sudah mengalami obesiti. Jika berlebihan tetapi belum masuk dua kali ganda beratnya, saya beritahu kanak-kanak itu berlebihan berat badan saja.
Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat.
KETAGIHAN MAKANAN MANIS
Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi ‘ketagihan’.
Pengambilan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak, kerana ia mudah kenyang dan rendah kalori.
Saya mencadangkan:
#1.MAKAN HANYA DI MEJA MAKAN PADA WAKTU YANG DITETAPKAN
Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.
#2. BERIKAN SARAPAN DAN BERI MAKAN SEMULA WAKTU MAKAN TENGAHARI
Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengah hari setelah makan sebelum makan tengah hari. Makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengah hari, terus berikan makanan yang berkhasiat.
#3. JANGAN SIMPAN MAKANAN RINGAN
Jangan simpan jajanan, air berkarbonat, air dalam kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.
#4. ELAK BAWA MASUK MAKANAN SEGERA & KEK KE DALAM RUMAH
Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.
#5. MAKANAN BERPROSES GANGGU SELERA ANAK
Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.
Semoga ia membantu.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita sedih pada hari Jumaat. Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.Berita duka...