Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk. Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak! Mama dan papa boleh sediakan bahan-bahan mainan ini, bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang selalu ada dirumah.
5 SEBAB AKTIVITI SENSORI BERMANFAAT UNTUK BAYI
1)Aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2)Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3)Membangun dan meningkatkan memori.
4)Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5)Membantu anak belajar sifat deria (keras, lembut, lekat, tanggal, kering dan sebagainya)
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
5 AKTIVITI SENSORI UNTUK BAYI BOLEH DUDUK
1.Abjad dan nombor magnet, biarkan dia main lekat-lekatkan pada permukaan besi seperti white board. Ini boleh melatih jarinya mengambil objek kecil.
2.Bermain busy board memberikan peluang untuk mempelajari tekstur, warna, bentuk dan cara guna. Ia amat baik untuk perkembangan otak bayi.
3.Mengoyak tisu atau kertas ialah aktiviti yang teraputik kepada bayi. Ia menggalakkan pergerakan motor halus iaitu ibu jari dan jari si manja. Bunyi kertas yang dikoyak juga merangsang pendengarannya!
4.Menolak bola atau menangkap bola boleh menajamkan skil motor halus dan koordinasi mata tangannya. Ia juga merangsang deria visual apabila bayi melihat bola bergerak ke arahnya.