Amalan berpantang yang perlu diamalkan oleh ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean tidak banyak bezanya dengan ibu bersalin secara normal. Namun, ibu yang bersalin secara caesarean memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di bahagian pembedahan.

Malah, berkemungkinan besar ibu memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya. Untuk memastikan tubuh kembali sihat, ini adalah apa yang perlu ibu buat.

1. Pakai stoking sentiasa
Stoking perlu dipakai sepanjang tempoh berpantang. Ia hanya boleh dibuka ketika mahu ke tandas dan semasa mandi. Di waktu lainnya ia perlu dipakai sepanjang masa. Di samping itu, jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian telapak kakai. Cara ini bagus untuk membolehkan tubuh kekal panas dan mengelakkannya daripada dimasuki angin.

 


2. Berurut seperti biasa
Terdapat salah tanggapan segelintir orang tentang urutan selepas bersalin caesarean.

IKLAN

Dikatakan ibu selepas bersalin secara pembedahan tidak boleh berurut. Sebenarnya, ia boleh dilakukan cuma bahagian luka pembedahan tidak disentuh.

Bahagian tubuh yang lainnya seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala boleh diurut sama seperti ibu yang bersalin normal. Inilah masanya untuk tubuh dibelai selepas penat melalui proses bersalin. Tambahan pula urutan dapat membantu melancarkan aliran darah dan mempercepatkan pembuangan darah nifas.


 

IKLAN

3. Ambil makanan yang seimbang
Semasa berpantang, tubuh memerlukan zat pemakanan yang seimbang. Semuanya demi kesihatan dan pemulihan tubuh dan juga bekalan kepada si bayi menerusi penyusuan susu ibu. Walau berpantang, pastikan tubuh mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang kaya dengan nutrien ini dapat menjadikan diri lebih bertenaga, membantu melawaskan pembuangan air besar dan melancarkan pengeluaran susu ibu. Diyakini buah oren bagus untuk diambil ketika berpantang secara caesarean. Bukan sahaja kaya dengan bekalan vitamin C, lebih daripada itu, ia membantu proses penyembuhan luka pada kadar yang cepat.

 

IKLAN

4. Minum air kosong mencukupi
Biarpun dalam tempoh berpantang, air kosong perlu diminum dalam amaun yang banyak. Antara dua hingga tiga liter sehari. Minumlah dalam jumlah yang kecil tetapi lakukannya secara kerap.

Selain daripada membantu kelancaran penghasilan dan pengeluaran susu ibu, air juga sangat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.

 

5. Elakkan aktiviti lasak dan berat
Ketika berpantang, pergerakan diri perlu dijaga. Jadi, elakkan daripada mengangkat benda berat. Dibimbangi luka pembedahan menjadi terbuka atau bernanah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI