Anak-anak kita bakal hadapi satu lagi cabaran besar dalam hidup mereka – peperiksaan. Sebagai ibu ayah, kita pun sama-sama akan rasa debaran, kan?
Tapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk bantu mereka bersedia, bukan hanya dari segi akademik, tapi juga emosi dan mental.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Aminah Matt Yusoff yang boleh dijadikan panduan bersama. Ikuti perkongsian ini
Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan.
Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian daripada sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang.
1. Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud:
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah,
Dan Engkau dpt menjadikn tanah (yang sulit dan keras), (iaitu kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”.
Ads
-Hadith driwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.
Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2. Sedekah ikut jumlah hari peperiksaan .
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika Jumlah hari peperiksaannya 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.
Jumlahnya tidak semestinya banyak, sedekahlah mengikut kemampuan, Jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3. Baca Al-Qur’an.
Ads
Saya pernah kongsikan satu kisah, seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan.
Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya, dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat Suci Al-Qur’an tanpa henti. Antara surah yang dibaca ialah surah yasin.
Akhirnya usaha ini memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya, dari 1A semasa trial melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar PT3. Kuasa Allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita… Sungguh.. tidak ada yang mustahil bagiNYA.
4. Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim.
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran.
Ads
Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Amalan terbaik juga ialah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka.
Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5. Puasa dan solat Hajat.
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah.
Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat. Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan.
Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Dari redha ibu ayah, anak-anak akan mendapat redha Allah.
Redha Allah adalah resepi sebenar kejayaan seorang anak.
Sumber: FB Aminah Mat Yusoff
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aaisyah Dhia Rana siapa yang tidak kenal dengan anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta ini bukan. Menginjak usia 9 tahun, Aaisyah memang gemar bergaya. Apa sahaja yang digayakannya sentiasa mencuri pandangan.
Setiap gaya yang ditampilkannya menarik perhatian ramai terutama ketika beraksi persis seorang model. Sama seperti ibunya, gadis kecil ini bijak mengatur langkah ketika berada di depan kamera.
Aaisyah Dhia Rana Anak Dara Che Ta Persis Macam Model
Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia sembilan tahun.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,”
Jom kita jamu mata antara gaya comel Aaisyah Dhia Rana.
Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
“Baru nak ke dapur pun anak dah melalak. Nak ke tandas pun rasa macam nak buat misi sulit!”
Pernah tak ibu alami situasi macam ni? Anak kecil yang tak boleh langsung berpisah walau sesaat. Nak tidur pun nak peluk, nak mandi pun ikut, nak masak pun kena ‘dukung sambil goreng’. Memang penat. Tapi… tahu tak, sebenarnya ini petanda yang sangat positif?
Anak Melekat Tandanya Anak Rasa Selamat
Kalau anak asyik ikut ke mana saja ibu pergi, itu tandanya dia yakin dan percaya pada ibu. Dalam dunia kecilnya, ibu adalah zon paling selamat. Bila ada ibu, dia rasa tenang. Bila tak nampak ibu, dia rasa gelisah.
Dan itu normal. Sangat normal.
Ini Fasa ‘Separation Anxiety’
Fasa ni biasanya berlaku sekitar usia 6 bulan hingga 2 tahun. Anak dah mula sedar yang ibu dan dia bukan satu entiti. Ibu boleh hilang dari pandangan — dan itu buatkan dia rasa tak selamat.
Dia belum tahu konsep “ibu pergi kejap, tapi akan balik semula.” Jadi bila tak nampak ibu, terus fikir yang ibu takkan balik.
Jangan Risau, Fasa Ini Akan Berlalu
Kalau anak melekat 24 jam, itu bukan sebab dia manja atau nak mengada. Tapi sebab dia tengah belajar membina keyakinan diri dan emosi.
Kajian pun tunjuk, anak-anak yang rapat dengan ibu dari kecil akan lebih mudah berdikari bila dah besar. Sebab dia tahu, ada tempat yang selamat untuk dia kembali bila perlukan sokongan.
Apa Yang Ibu Boleh Buat?
1. Beri masa dan ruang – perlahan-lahan. Tak perlu paksa anak berdikari. Mulakan dengan tinggalkan anak main sekejap, sambil ibu ada berhampiran. Bila dia nampak ibu tak ke mana pun, dia makin yakin.
2. Gunakan objek kesayangan. Bantal busuk, mainan kegemaran, selimut lembut – semua ni boleh bantu anak rasa ‘disambung’ dengan ibu walaupun ibu tak di sisi.
3. Jangan lupa diri sendiri. Penat itu normal. Minta tolong pasangan atau keluarga untuk ambil alih sekejap. Ibu juga perlu rehat untuk terus kuat.
Anak Rapat, Tanda Hati Dia Sedang Belajar
Anak ke mana, ibu ke situ bukan sebab dia manja. Tapi sebab dia tengah belajar tentang kasih sayang, kepercayaan dan keselamatan.
Suatu hari nanti, anak yang sama akan berlari masuk kelas tanpa toleh ke belakang. Dan masa tu… ibu pula yang akan rindu ‘melekat’nya dia 💗
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.