Dekorasi

5 Barang Tak Perlu Punca Rumah Jadi Serabut, Mak-Mak Dah Boleh Lepaskan!

Share

Rumah dengan barang minima pastinya nampak lebih kemas dan tersusun. Bahkan pandangan mata juga tambah selesa.

Namun ada dikalangan kita terutama golongan ibu yang masih menyimpan barangan tidak perlu dan bersifat toksik ini di dalam rumah.

Sudahnya rumah nampak berserabut dan tidak kemas. Jadi belajarlah melepaskan barangan yang tidak perlu ini kepada orang lain yang lebih memerlukannya.

Pakaian
Bila dibuka almari di rumah pasti ada baju, seluar dan tudung yang sudah tidak dipakai lagi tapi terus disimpan kemas di dalam almari. Masukkan sahaja dalam kotak dan jual sebagai barangan ‘preloved’.

Altenatif lain boleh sahaja mendermakan kepada yang memerlukan. Tak perlu disimpan lagi!

Alat solek dan penjagaan diri
Kalau perasan di meja solek kita pasti ada barangan alat solek yang sudah tidak digunakan malah telah tamat tarikh luputnya tetapi sayang hendak dibuang. Rumah kita bukan muzium jadi buang sahaja alat solek dan penjagaan diri yang lama.

Barangan elektrik
Ini satu hal lagi. Pergilah ke mana-mana rumah pasti ada perkakasan elektrik yang dibiarkan terabai tanpa digunakan untuk tempoh lama. Berikan sahaja kepada mereka yang amat memerlukan. Jangan simpan lama-lama.

Bekas makanan
Bekas makanan plastic antara koleksi wajib ada bagi mak-mak. Apa kata sisip hanya bekas makanan yang benar-benar diperlukan sahaja di rumah. Selebihnya buang sahaja. Tabiat menyimpan bekas-bekas makanan ini perlu dihapuskan. Dapur nampak sangat sesak!

Prop hiasan
Jangan terkejut ada rumah yang masih menyimpan hiasan-hiasan lama seperti bekas hiasan dari majlis perkahwinan atau hiasan-hiasan kecil lain yang tidak perlu. Apa kata buang sahaja nampakkan perbezaannya. Barang-barang kecil ini selain memerangkap habuk turut juga membuatkan pandangan jadi semak.

Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Se

lera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
SRM