Sebagai ibu bapa kita sangat menitikberatkan keselamatan anak-anak diluar rumah. Diluar rumah banyak bahaya yang menanti. Kita rasakan bahawa rumah adalah zon selamat anak-anak.
Tahukah anda, rumah juga boleh menjadi tempat yang tidak selamat untuk anak-anak jika kita kurang mengawasi mereka. Banyak benda yang terdapat dalam rumah yang boleh membahayakan nyawa anak-anak. Ikuti perkongsian menarik dari Doktor Taufiq Razif di facebooknya;
5 Bahaya Dalam Rumah Yang Mak Ayah Selalu Terlepas Pandang
Saya pun kadang-kadang terlepas pandang juga tapi setidaknya bila ada ilmu tentang benda ni kurang la sikit risiko tu pada anak kita kan lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil yang tak matang lagi otak berfikirnya.
Ni 5 benda dalam rumah kita yang nampak biasa tapi jadi merbahaya bila ada anak kecil.
1. Objek Kecil
▪ Anak berumur 6-18 bulan ni biasanya guna 30 minit sehari untuk meneroka dunianya dengan mengigit dan memasukkan objek kecil ke dalam mulut.
▪ Kita tak boleh salahkan anak kerana tu salah satu fitrah perkembangan anak kita! Tapi kita boleh pantau dengan menyediakan anak kita ‘theeter’ untuk anak kita mengigit dan juga pastikan barang barang kecil seperti kunci, bateri dan guli disimpan sekurang kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
2. Makanan kecil
▪ American Academy of Pediatrics ada senaraikan makanan yang ada risiko tercekik untuk anak di bawah 4 tahun.
Antaranya :
– kacang dan bijian
– ketulan keju
– anggur yang belum dipotong
– bertih jagung
– hotdog
– sayur mentah
– kismis
– gula gula getah
▪ Jadi, kena berhati hati kalau nak bagi benda ni pada anak di bawah umur 4 tahun ye!
3. Mangkuk tandas
▪ Sebelum ni kita banyak dengar tentang bahaya bath tub je kan? Rupa rupanya lemas dalam mangkuk tandas pun ada!
▪ Dianggarkan setiap tahun 115 orang kanak-kanak yang meninggal akibat lemas dalam mangkuk tandas ni mengikut sumber daripada MedicineNet.
4. Plastik sampah
▪ Pernah je ada kes ada anak lemas bila bermain dengan plastik sampah ni.
▪ Anak-anak ni nak buka baju pun macam nak lemas bila baju tu tersangkut di bahagian kepala apatah lagi bila bermain dengan plastik sampah yang boleh menghalang oksigen sampai ke otak bila ditekup rapat ke hidung ataupun terikat tanpa sengaja
5. Ubat & Vitamin
▪ Walaupun sekadar paracetamol ataupun Vitamin C sekalipun jangan kita main letak je. Anak yang tengah dalam fasa berkembang ni memang tinggi elemen ‘curiosity’.
▪ Dia akan ‘explore & experiment’ tanpa fikir keselamatan mereka. Tu yang kadangkala walaupun kita dah simpan ubat dan vitamin tu atas rak sekalipun dia pandai pandai je panjat ataupun guna kerusi untuk capai ubat tu.
▪ Tu la kenapa perlunya simpan ubat di tempat yang berkunci
▪ Sebaiknya simpan ubat ni 1.7 meter daripada aras lantai. Itu yang terbaik
‘ Jangan lupa, tawakal tu kena ada kerana sebaik baik Pelindung anak kita adalah Pencipta mereka ‘
Sumber: Dr. Taufiq Razif