Sindrom Kematian mendadak bayi atau SIDS biasanya berlaku kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah. dan ia biasanya terjadi ketika si kecil mama sedang tidur. Punca sebenar kejadian ini berlaku masih lagi belum diketahui, namun mama dan papa boleh lakukan beberapa perkara untuk mengurangkan risiko SIDS ini daripada berlaku.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Luqman Bukhari ada 5 perkara yang wajib dielakkan supaya kes SIDS tidak berlaku keapda bayi anda.
Benda ini buatkan tempat tidur bayi tak selamat
- Jangan biar bayi tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.
- Jangan tidurkan bayi kat atas kusyen, water bed atau karpet tebal ala-ala sheepskin tu.
- Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku
- Parent sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Ada tau kes bayi meninggal dunia akibat dihempap orang dewasa.
- Jauhkan perokok dari duduk atau tidur sekali dengan bayi kita. Makin jauh kesan asap rokok tu dengan bayi kita, makin rendah risiko kematian mengejut ni berlaku kepada si comel tu.
Lepas baca tolong beritahu jugak info mahal ni dekat pasangan atau pengasuh anak kita tu.
bahaya sangat kalau tak hati-hati. di US je dilaporkan ada lebih kurang 3,500 kes kematian bayi terjadi setiap tahun disebabkan tempat tidur dan cara tidur yang tak selamat ni.
Kredit: Dr Luqman Bukhari
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI