5 Cara Berkesan Nak Anak Memiliki Ingatan Yang Kuat. Mula Sejak Kecil Lagi Supaya Cemerlang Di Tadika

Share

Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika? Ia adalah daya ingatan yang kuat. Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka.

Persoalannya, apa kepentingan semua ini? Dengan memiliki daya ingat yang baik dan kuat anak akan lebih mudah menerima semua pelajaran disekolah dan tidak mudah lupa. Ibu ayah  boleh lakukan ini untuk membantu meningkatkan pembelajaran anak.

1.Nyanyian Lagu

Tentu anda terfikir, kenapa anda mudah mengingati lirik atau lagu televisyen sejak zaman kanak-kanak.  Ini kerana muzik adalah alat pembelajaran pra-bahasa yang terbaik dan mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi penggalak memori yang kuat. Untuk anak yang sudah boleh berdikari, ibu ayah boleh memberi arahan dengan menggunakan muzik, seperti membuat lagu ringkas cara mengikat kasut. Untuk anak yang masih kecil, anda boleh membuat permainan dengan menggunakan lagu seperti Twinkle, Twinkle, Little Star, pastikan juga menyebut beberapa perkataan mudah supaya anak boleh mengingatinya.

2.Minta Bantuan

Secara semulajadinya, anak-anak cuba untuk menjadi terbaik dengan cara berdikari. Tetapi dihalang tanpa sedari oleh ibu ayah yang datang dengan niat untuk menolong anak tersayang. Cuba ubah cara anda. Berikan keyakinan pada anak untuk cuba dan berdikari. Apa kata, jika bawa anak  ke pasaraya. Minta anak untuk mengingati beberapa senarai barang yang akan anda beli nanti. Cara ini, bukan sahaja akan memberi  pengalaman menghafal yang baik untuk anak anda, tetapi ia juga akan membuatnya merasa dihargai dan dirinya istimewa.

  1. Waktu Yang Tidur Yang Tetap

Satu kajian baru-baru ini oleh Northwestern University mendapati bahawa tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengekalan memori. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa semasa tidur kita akan menyimpan perkara-perkara penting yang  dipelajari sepanjang hari. Jadi  pastikan anak anda mendapat tidur malam yang baik (kanak-kanak perlu antara 11-13 jam sehari, termasuk tidur siang) adalah penting kepada kesihatan badan dan minda.

  1. Hafal Cerita

Bercerita adalah alat bantu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingat pada anak. Story telling boleh digunakan sebagai bentuk permainan untuk meningkatkan memori yang lebih baik. Anak-anak akan dapat mengingat hal-hal penting dan kemudian mengingatnya dengan sangat cepat. Anak di prasekolah boleh diminta untuk hafal sebuah cerita pendek setiap hari untuk membantu mereka mengembangkan daya ingat. Cerita adalah alat bantu mengajar yang sangat bagus kerana anak akan membuat gambaran mengguna otak mereka.

5.Soal Jawab

Menurut DeAnn Davies Hospital Kanak-kanak Phoenix daripadanya penyelidikannya,  mendapati perbualan yang membincangkan sesuatu perkara yang lepas akan membantu meningkatkan memori anak anda. “Sebagai contoh, selepas anda berada di taman dan bertanya soalan seperti, ‘Siapa di taman?’, ‘Apa namanya?’ Bukan sahaja jenis soalan ini dapat membantu ingatan anak, tetapi juga akan membantu anak mengenali kepentingan butiran dan mengingati, “kata Davies. Anda juga boleh bertanya kepada anak selepas membaca cerita, bertanya “Apa yang berlaku dahulu dalam cerita?” dan “Apa yang dikatakan oleh haiwan-haiwan itu?”

Lakukan cara ini secara konsisten. Selamat mencuba!

 

 

Published by
Nor Yusoff