Apabila mempunyai anak, akan melalui keletah anak yang aktif. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul.
Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
1.Suka menanggalkan pakaian
Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.
Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
2.Menconteng
Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!
Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan karyon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti ‘menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
3.Buang lampin
Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
4.Suka mengetuk
Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.
Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Selamat mencuba
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI