Puteri Sarah Liyana, 33, mempunyai cara tersendiri menjadi ibu yang baik untuk anak lelakinya, Syaikhul Islam, 11 bulan.
Pelakon yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah filem KL Special Force, Syamsul Yusof, 34, lebih senang menguruskan sendiri anaknya walaupun mempunyai pembantu.
Sebagai ibu, Sarah berusaha menjadi ibu yang baik untuk anaknya kerana tahu dia memainkan peranan penting dalam kehidupan Syaikhul.
Pada peringkat usia 0-6 tahun, ibu lebih berpengaruh pada si anak. Jadi ibu kena main peranan penting memberi contoh terbaik kepada anak.
Berikut antara cara didikan yang dilakukan oleh Sarah bagi memberikan contoh terbaik untuk anaknya.
Baru-baru ini tular video yang Sarah muat naik dalam insta storynya ketika keluar berjalan-jalan bersama rakan pelakon Sabrina Ali ke pusat beli belah The Curve. Walaupun bergelar selebriti popular, dia memberikan layanan baik terhadap pembantu anaknya dengan turut menyuruh pembantunya duduk makan semeja bersama mereka.
Ramai pengikutnya memuji layanan baik yang diberikan oleh ibu muda ini tanpa mengira darjat dan pangkat. Secara tak langsung dia telah menunjukkan teladan yang baik kepada anak yang pasti akan memerhati dan meniru setiap perbuatan yang ditunjukkan oleh si ibu.
Sebagai ibu yang menjadi pengaruh terbesar kepada anak, Sarah menanamkan rasa keyakinan diri pada anak lelakinya. Walaupun belum mencecah usia setahun, Syaikhul sudah pun dihantar belajar berenang. Ini salah satu cara untuk mendidik anak lebih berkeyakinan diri.
Walaupun anak masih kecil tapi Sarah sudah membiasakan Syaikhul berdikari terutama ketika dirinya sibuk dengan urusan di rumah. Sebagai anak lelaki, Syaikhul kena kental dan berani serta tak mudah menangis.
Antara cara mudah nak ajar si kecil berdisiplin adalah mengajarnya duduk dalam car seat semasa dalam kereta. Kalau dia boleh duduk diam tanpa masalah dan meragam, mudahlah untuk mendisiplinkannya. Itu cara Sarah buat untuk disiplinkan Syaikhul!
Sarah biasa dedahkan anaknya untuk explore dunia sekelilingnya kerana percaya anak lelaki perlu dibiarkan belajar menjadi berani dan lasak supaya menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti.
Sumber: puterisarahliyana