Anak Saharul Ridzwan & Deena Emir, Ali comel sangat! Cara didikan yang diberikan sejak awal membuatkan si kecil ini cergas dan cerdik.
Si kecil Muhammad Luth Ali ini sering menjadi tumpuan peminat babanya. Bayi yang berwajah saling tidak tumpah Saharul Ridzwan ini cerdik dan cergas. Apa agaknya asuhan Saharul dan Deena lakukan?
Lima aktviti ini sering kali menjadi kebiasaan kepada Saharul dan Deena buat kepada Ali. Aktiviti santai dan menyeronokkan ini ternyata membuahkan hasil bonding yang ketara antara mereka bertiga dan perkembangan yang baik buat Ali.
1-Berbual-bual dengan Ali
Deena dan Saharul kerap berbual-bual dengan Ali dalam pelbagai situasi. Semasa makan dan bermain, kedua-duanya cuba menggunakan masa semaksimum mungkin bersama Ali. Tahukah anda berbual-bual dengan bayi sangat disarankan kerana ia boleh meningkatkan aktiviti otak dan akan memudahkan penguasaan bahasa dan pertuturan mereka kelak.
Bayi memang sukakan sentuhan, lebih-lebih lagi sentuhan daripada ibu dan bapanya. Ia memperkuatkan pertalian emosi dan bonding yang baik. Bayi yang stabil emosi dan sering diberi sentuhan kurang meragam dan mudah menguasai potensi dirinya.
Deena sering kali mengajar Ali untuk menyebut beberapa perkataan dan ia berjaya merangsang Ali untuk menyebut beberapa perkataan pada usia yang muda. Baru-baru ini Ali sudah berjaya menyebut ‘Allah’ dan beberapa perkataan lain.
Saharul dan Deena juga menyediakan permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan Ali. Rangsangan menggunakan permainan amat baik untuk perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Membacakan buku kepada bayi juga salah satu aktiviti yang baik.
Ads
5-Membiarkan penerokaan tetapi dipantau
Ramai ibu bapa yang terlalu menyekat pergerakan bayi dengan alasan bimbang sekiranya ruang tersebut tidak sesuai untuk bayi. Pergerakan seperti merangkak penting untuk pertumbuhan fizikal. Paling mustahak ialah kawalan dan pemantauan.
Seringkali kita dimomokkan dengan kenyataan bila bayi menangis dan memandang sambil tangan tunjuk ke atas sebab mereka takut nampak hantu. Untuk ibu-ibu baru mungkin akan merasakan itu ada kebenarannya. Sebagai umat Islam percaya kepada syaitan dan benda ghaib itu wajib tapi sebenarnya itu bukan yang terjadi kepada si kecil anda.
Menurut Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi yang bertauliah, itu semua berlaku kerana tahap penglihatan bayi yang masih kecil kabur dan terhad. Bayi yang baru lahir sehingga berusia 3 bulan hanya mampu melihat sekitar 8-15 inci sahaja, iaitu sekitar jarak wajah ibu ketika memangku untuk menyusu. Bayi juga hanya dapat melihat warna-warna terang dari kumpulan tertentu.
Ikuti penjelasan lanjut daripada Puan Uswatun kenapa sebenarnya bayi anda menangis sambil memandang dan menunjuk-nunjuk ke atas.
KENAPA MATA BABY SUKA PANDANG ATAS DAN TANGAN TUNJUK ATAS MASA MENANGIS?
Sebab…mereka ketakutan nampak hantu.
Ya itulah punca sebenarnya…menurut sebahagian orang.
***
Pertama kali saya mendengar dakwaan sebegitu saya cuma fikir orang buat lawak. Saya baru bergelar ibu DAN BELUM ADA SEBARANG PENTAULIAHAN DALAM BIDANG TANGISAN BAYI pada ketika itu.
Yang bercakap pula adalah generasi lebih berusia dan lebih makan garam, kata orang. PUN BEGITU, hati dan minda ibu tak bergaram saya ketika itu enggan terima ayat mereka.
Mana tau baby nampak hantu? Entah-entah dia nampak malaikat pun boleh jugak kan?
Suka sangat pilih untuk fikir yang buruk-buruk saja….
Anak kuat menangis katanya ‘sakit’ tersampuk.
Anak mudah terkejut-kejut, sekejap-sekejap tersengih dan sekejap-sekejap mencebik macam nak menangis ketika tidur katanya kena kacau.
Anak suka mengerang dan menggeliat sambil buat bunyi – bunyi ‘pelik’ katanya gangguan
FAKTOR PERKEMBANGAN FIZIKAL & SKIL MOTOR
✔️ Sila rujuk infografik tahap penglihatan bayi seperti yang telah di lampirkan dan tengok betapa kelabunya mata anak kecil. Ibarat orang rabun teruk atau hampir buta.
Bayi newborn 0-3 bulan hanya mampu melihat dalam jarak sekitar 8-15 inci sahaja. Iaitu sekitar jarak wajah ibu ketika ibu pangku anak semasa menyusu.
Warna yang dapat di lihat bayi newborn juga adalah dari kumpulan warna terang sahaja seperti merah, jingga ,kuning dan hijau. Bayi perlu lebih masa untuk melihat warna-warna yang kurang cerah seperti biru dan violet(ungu) kerana jalur gelombang warna-warna tersebut yang pendek sedangkan pengesan warna (color receptors) dalam retina bayi masih terhad.
LEBIH PENTING, jumlah cahaya yang di perlukan oleh bayi 1 bulan untuk nampak bahawa adanya cahaya ialah 50X ganda dari yang di perlukan oleh orang dewasa! (light detection threshold)
Maksudnya begini… kalau betul pun ada hantu tengah bertenggek di atas siling rumah, hantu tersebut perlu memakai baju ‘lip lap’ yang di penuhi labuci atau batu swarovski untuk lebih berpotensi di lihat bayi. Jika hantu tersebut memilih untuk memakai jacket pantul cahaya seperti pekerja buruh pembinaan itu lebih baik
✔️ Bayi 0-3 bulan mempunyai reflek MORO yang paling aktif. Iaitu reflek tersentak-sentak atau terkejut-kejut akibat neuron atau sel otaknya yang belum habis di tebat/di tutup/di salut dengan sejenis asid amino bernama Myelin.
Penebatan/penyalutan sel otak yang sempurna perlu agar input yang ingin di proses dalam otak bayi dapat bergerak di antara neuron dan kawasan otak dengan lebih cepat dan lancar.
Selama penebatan ini belum sempurna, selama itulah anak kecil mudah tersentak-sentak ‘tanpa sebab’. Ibarat wayar yang tercabut sarung penebatnya. Bukankan arus elektrik mudah terpercik- percik? Begitulah…
Ciri bayi yang sedang alami reflex MORO:
1. Mendepa/mencampak tangan KE ATAS
2. Menarik kembali tangan ke sisi
3. Menangis (kerana bila sedang berMORO reflek, bayi ibarat berada dalam posisi kejatuhan bebas).
Sekarang, cuba buat tiga ciri di atas dengan laju. Maka, anda akan dapati anak yang menangis dengan tangan tujah-tujah naik turun atau terkapai-kapai macam orang nak lemas (seperti dalam gambar).
DAN……. POSISI BERBARING TERLENTANG TANPA BEDUNG ADALAH POSISI PALING MUDAH UNTUK MORO REFLEK DI AKTIFKAN . Kenapa? Kerana tangan anak tidak ‘di kunci’ oleh apa pun: bedung , dakapan atau pelukan.
Cuba anda dakap, peluk, bedung atau gendong anak yang menangis. Adakah tangannya terkapai-kapai atau tujah-tujah ke atas? TIDAK BUKAN?
Maka terkapai-kapai dan tujah-tujah ke atas lah tangan bayi yang ‘tidak di kunci’ itu JIKA menangis dalam keadaan terlentang samada benar ada hantu atau tidak di atas kepalanya.
✔️ Dalam 7 ‘primary senses’ bayi : sentuh, rasa, hidu, lihat, dengar, bergerak dan tekanan/regangan (pressure/stretch), PENGLIHATAN ADALAH SATU-SATUNYA DERIA YANG TIDAK DI RANGSANG SEMASA DI DALAM RAHIM. Kenapa?:
Kerana rahim gelap. Bukan gelap gelita namun jumlah cahaya yang masuk sangat sedikit. Ibarat berada di dalam bilik yang tidak di buka lampu dan di rapatkan langsir. (Psychologist Vincent Reid from the University of Lancaster: UT Southwestern Medical Center) .
Kelopak mata bayi hanya mula terbuka sekitar usia 26-28 kehamilan.
MAKA, sepertimana bayi perlu berlatih menggunakan otot kaki dan tangan untuk pandai merangkak dan berlari, bayi juga perlukan masa untuk berlatih menggunakan matanya
Kerana itulah, selain bagai terbeliak ke atas, adalah biasa untuk bayi terjuling malah bola matanya bergerak ke dua arah berbeza. Pendek kata, semasa usia 0-3 bulan, bayi berusaha keras belajar untuk:
1. Menahan renungan
2. Mengkoordinasi pergerakan kedua matanya
3. Fokus kepada objek dengan jarak yang berbeza
4. Mengekori objek dengan mata.
Lebih lagi, bayi kecil hanya mampu baring terlentang. Kepalanya pula besar dan berat di mana 25% dari berat keseluruhan bayi adalah dari kepalanya. Maka ke mana lagikah bola mata bayi nak pandang kalau bukan ke atas?
….Bayangkan jika anda berbaring secara terlentang dengan kepala anda di tahan untuk kekal mendongak misalnya ketika pemeriksaan mata atau gigi, bukankah hampir automatik anda juga akan memandang ke atas siling?
…haih punyalah mudah logik nak fikir pun masih nak pilih salahkan hantu dahulu. Kasihan
FAKTOR PERKEMBANGAN MENTAL
Untuk bayi faham apa yang di lihat oleh matanya, otak bayi perlu boleh mentafsir imej yang di tangkap oleh matanya. Ia di gelar visual sensory processing.
Misalnya begini, jika bayi tak tahu apa itu hantu, tak kenal bentuk biasa yang di kaitkan dengan hantu, tak pernah dengar tentang hantu dan tak pernah nampak hantu, jadi macam mana dia nak tahu samada perlu rasa takut atau suka dengan hantu?
Secara ringkas perkembangan mental yang perlu di lalui anak untuk dapat lihat hantu. Baru dapat ‘lihat’ saja ya belum ‘faham’ tentang hantu lagi. Jauh lagi perjalanan perkembangan otak yang bayi kecil perlu lalui untuk kenal dan faham hantu.
Mulai usia 8 Minggu: Dunia Corak & Bentuk
Anak mula boleh nampak jalur corak, tekstur dan bentuk (jarak terhad). Pertama kali anak boleh lihat dalam 3D. Inilah sebab nya anak mula lebih fokus dan minat melihat wajah atau objek kerana semuanya kelihatan lebih menarik dalam 3D.
Pengetahuan ini juga membuat bayi lebih awas dan berminat dengan anggota badannya. Ibarat bayi baru benar-benar sedar dan merasai bahawa dia mempunyai tangan dan kaki! Anak akan mula ada kawalan kepada pergerakan anggota badannya walaupun pergerakannya agak keras dan bersifat robotic.
Ia punca bayi suka belek jari dan hisap jarinya sendiri bermula usia ini kerana bayi sedar anggota badannya boleh di gerak-gerakkan ke arah dia suka.
Mulai usia 12 Minggu : Dunia Perubahan Lancar
Anak suka meraba dan menyentuh muka, dada dan badan ibu ketika disusukan kerana otak dan ototnya telah punyai keupayaan mengkoordinasi arahan otak-pergerakkan anggota dengan lebih harmoni.
Anak juga mula berminat dengan sebarang bentuk gerakan ringkas seperti buka -tutup mulut orang bercakap dan langsir yang naik turun. Matanya dan kepalanya sudah boleh mengekori arah gerakan objek yang di lihat asalkan tidak terlalu kompleks, laju dan jauh.
Inilah juga usianya anak mula rasa sensasi: sejuk, panas, geli, rasa mencucuk,…
….anda lihat bagaimana hanya menjelang usia 12 minggu barulah penglihatan anak lebih jelas DAN otaknya MULA ‘appreciate’ belajar memproses gerakan yang berlaku di sekeliling nya?
Saya tulis ‘MULA’ ya. Bukan anak tiba-tiba terus tahu proses semua yang dia lihat, dengar, bau dan rasa..
Jadi macam pula anak kecil nak lihat dan faham yang selalunya di katakan suka berpusing-pusing ,terbang dan muncul-hilangkan diri ?
….percayakan syaitan dan benda ghaib itu wajib. Namun JANGAN lah sikit-sikit terus nak tunding jari salahkan mereka. Kita kan di kurniakan akal dan naluri ? Tak perlu pandai sampai ada sijil atau PhD untuk tau dan faham fakta sesuatu perkara.
Cukuplah ubah cara berfikir ke arah yang lebih kritis untuk sekurang-kurangnya bantu kita nilai logik atau tak, betul atau salah, baik atau jahat sesuatu itu berbanding telan saja bulat-bulat cakap orang.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada 11, Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.
Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?
Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Bismillah…Dayyan dah ready nak share (kongsi) nama adik dia.. ..nama dia ialah… Rindu Dayyana,” katanya.
Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.
Pada 25 Oktober lalu, Cira telah melahirkan bayi perempuan seberat 2.88 kilogram pada jam 1.56 pagi.
Perkongsian itu telah mendapat lebih 200,000 tontonan, dan rata-rata netizen turut meninggalkan komen masing-masing dan teruja dengan keunikan nama anak kedua Black dan Cira.
Kredit: black.hanifah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Madu sangat banyak khasiatnya yang kita tak ketahui. Madu disenaraikan antara 7 makanan terbaik di dunia dengan ciri-cirinya yang anti bakteria dan anti fungi.
Madu digunakan di dalam makanan sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Pengambilan madu lebih sihat berbanding gula. Madu juga merupakan ubat yang mujarab untuk merawat beberapa penyakit.
Sekiranya anda mengalami batuk, sakit tekak atau selsema , ANTIBIOTIK merupakan perkara terakhir yang perlu anda fikirkan.
☑️Kebiasaannya gejala batuk, sakit tekak berpunca dari jangkitan virus ☑️ Jangkitan virus TIDAK boleh di rawat dengan antibiotik
☑️ Tubuh badan anda mempunyai mekanisma untuk menentang jangkitan virus
Apakah rawatan yang sesuai untuk masalah ini?
Saranan terbaru dari NICE guidelines mencadangkan penggunaan rawatan untuk membantu melegakan gejala.
☑️ Gunakan Madu untuk melegakan batuk dan sakit tekak ☑️ Gunakan ubat batuk yang boleh di beli dari farmasi ☑️ Minum air lebih kerap ☑️ Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan makanan yang berkhasiat
Sekiranya gejala batuk berpanjangan lebih dari 2 minggu, dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan.
Owh ya, bayi dan pesakit diabetes tidak sesuai mengambil madu sebagai rawatan
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.