Jika sebelum ini pergi bercuti ke pantai, pusat peranginan atau taman tema, apa kata bercuti sambil meneroka flora dan fauna. Sambil itu, jangan lupa berikan satu tugasan kepada  anak. Suruh anak mengira beberapa jenis haiwan, bunga atau burung yang dijumpainya. Tentu anak bermandi peluh selain mendapat khasiat vitamin secara percuma. Anda juga turut terlibat dalam dengan aktiviti ini. Sudah pasti anak akan teruja dengan aktivit ini.

Selain itu ia merangan anak untuk minat belajar. Semasa mereka meneroka fauna dan flora, melalui penglihatan, otak sanak-anak akan  memproses, mengenal dan memahami persekitaran. Anak yang didedahkan dengan aktiviti riadah ini dikatakan berpotensi memiliki kepintaran natural (nature smart) yang merupakan salah satu jenis kepintaran yang dikemukakan oleh Howard Gardner, tokoh pendidikan dari Harvard University. Ciri-ciri anak yang pintar antara  lain suka berada di alam, bersikap baik terhadap haiwan, tidak takut kotor ketika  menyentuh atau berinteraksi langsung dengan fauna dan flora. Apa lagi ayah ibu, jom kita rangsang kepintaran natural anak dengan pergi bercuti ke lokasi yang berkaitan dengan fauna dan flora.

Berikut ada  5 destinasi yang anda boleh anak-anak pergi bercuti.
1.Farm in tha city- Sri kembangan, Sri Kembangan, Selangor
5 Destinasi Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Kenali Flora dan Fauna. Cara Mudah Rangsang Kepintaran Anak Secara Natural

Farm In The City (FITC) adalah sebuah taman tema unik yang menggabungkan keseronokan untuk menerokai hidupan liar dan menikmati keindahan alam semula jadi. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua golongan terutama khasnya kanak-kanak untuk melihat secara dekat haiwan dan tumbuhan dalam persekitaran yang selamat bersama ibu bapa. Pusat pelancongan ini yang terletak di Seri Kembangan merupakan taman tema secara tertutup yang membolehkan pengunjung melihat secara dekat lebih daripada 100 spesies haiwan. Ia merangkumi daripada haiwan ternakan biasa yang jarang ditemui dan eksotik termasuk baka terkecil di dunia kuda, Marmoset lebih kurang sekecil tapak tangan anda, Alpaca the cutest Came dan “Dinosaur’ Turtle purba.

Waktu Operasi: 10 pagi- 6 petang (Isnin, Rabu – Jumaat) | 9.30 pagi – 6 petang (Sabtu – Ahad ) | Tutup pada hari Selasa

2.Gambang safari park- Gambang, Pahang

5 Destinasi Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Kenali Flora dan Fauna. Cara Mudah Rangsang Kepintaran Anak Secara Natural

Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) yang merupakan taman safari terbesar di negara ini.Berkeluasan kira-kira 55 hektar (138 ekar), TSBG terbahagi kepada lapan zon antaranya Land of Predators, Bird  Valley dan Wild Savannah.Tarikan utama di situ adalah ‘Simba Hill’ iaitu mengandungi satu-satunya singa putih di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesies  tersebut.Lebih istimewa telah menempatan lebih 270 spesies haiwan. Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman makan tengah hari di restoran yang berdinding kaca yang membolehkan melihat raja rimba  secara dekat. Aktiviti malam pula, anak-anak dapat menonton aksi ‘orang api’ dalam persembahan mendebarkan sambil menari tarian api dan makan api oleh pelagak aksi ngeri profesional di Laman Desa.

IKLAN

Waktu Operasi: 12 tenghari – 9 malam (Selasa – Khamis)| 10 pagi – 9 malam (Jumaat – Ahad | Tutup pada hari Isnin

3.Taman buaya, Melaka

5 Destinasi Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Kenali Flora dan Fauna. Cara Mudah Rangsang Kepintaran Anak Secara Natural

Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya dari seluruh dunia. Buaya Malaysia yang boleh anda lihat ialah buaya Jenjulung dan Tembaga. Dan kalau buaya import, ada March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat. Selain melihat pelbagai jenis buaya dan saiz serta melihat sesi pakar memberi makan buaya, jangan lupa menyaksikan persembahan buaya. Seram juga tengok buaya bersaiz besar ini. Ketika pertunjukkan anda dan keluarga menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya. Tarikan terbaru di taman ini ialah Taman Permainan Air yang mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dengan kedalaman 1.5’ dan 2.5’. Jom bawa anak-anak datang ke sini. Tentu anak-anak berasa berdebar melihat aksi buaya-buaya di sini.

IKLAN

Waktu Operasi: 9 pagi – 7 petang

4.Zoo Negara, Kuala Lumpur

5 Destinasi Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Kenali Flora dan Fauna. Cara Mudah Rangsang Kepintaran Anak Secara Natural

Zoo Negara adalah lokasi wajib untuk bawa anak-anak untuk mengenal alam fauna dan flora. Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[5] Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung. Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 ini mempunyai lebih 5446 spesimen termasuk 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara telah menerima sijil MS ISO 9001:2000 pada tahun 2007 ini merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

IKLAN

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang

5.PD Ostrich Farm, Port Dickson Negeri Sembilan

5 Destinasi Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Kenali Flora dan Fauna. Cara Mudah Rangsang Kepintaran Anak Secara Natural

Lokasinya tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Selain melihat dan memberi makan burung unta, terdapat pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung. Antara yang menarik ialah menunggang burung unta, berlumba dengan burung unta, memanah, memberi makan unta dan dan pelbagai aktiviti outdoor termasuk ATV Rides. Selain burung unta, terdapat haiwan lain seperti keldai, unta, kambing, berbagai jenis arnab, angsa, ayam belanda, itik dan lain-lain. Malah anak-anak juga boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya.

Waktu Operasi: 11pagi -10 petang ( Isnin – Jumaat ) | Tutup pada hari Sabtu dam Ahad

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI