Emosi isteri selepas bersalin memang berubah selepas melahirkan. Justeru, sokongan, sifat memahami dan bantuan daripada suami amat diperlukan isteri menempuhi fasa baru ini.
Selepas menempuhi proses kelahiran berjam-jam lamanya, melalui kesakitan untuk melahirkan, ibu mungkin akan mengalami pelbagai perubahan emosi. Perubahan hormon juga memainkan peranan mengubah emosi dalam diri ibu.
Dr Saidatul Husna berkongsi pendapat mengenai apa yang peru seorang lelaki bernama suami perlu lakukan saat isteriya bersalin.
5 Jenis Emosi Yang Suami Kena Tahu Selepas Isteri Bersalin.
#1 – EMOSI SEDIH
Selepas bersalin, isteri kita akan menanggung pelbagai jenis kesulitan.
Sakit yang mencucuk cucuk di kawasan luka, sakit semasa buang air, bengkak susu dan puting melecet. Semua ini menyebabkan isteri mudah menangis secara tiba tiba.
#2-EMOSI BIMBANG
Biasanya isteri bimbang jika haid tidak teratur sepanjang proses penyusuan, (fully breastfeed).
Ini kerana hormon prolaktin yang tinggi, akan mengganggu pengeluaran hormon haid.
Jangan risau. Biasanya haid akan kembali teratur dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.
#3-EMOSI GEMBIRA
Hormon gembira atau Oksitosin ini keluar secara semulajadi daripada badan.
Itu yang bila peluk cium baby, automatik kita akan rasa tenang dan gembira.
#4-EMOSI MARAH
Jika tertekan, isteri kita mudah stress dan marah marah.
Jadi, jangan pelik kalau emosi si dia tiba tiba jadi tak stabil. Kejap marah, kejap redup, kejap menangis. Tu mungkin gejala ‘Baby Blues’.
Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau gejala itu berterusan, ada baiknya bawa isteri berjumpa doktor, bimbang kalau ada masalah kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).
Postpartum depression ni bahaya ke. Ya memang bahaya! Jika tidak dirawat, isteri kita berpotensi untuk mencederakan dirinya sendiri.
#5 EMOSI SENSITIF
Kita digalakkan melawat ibu yang baru bersalin, cuma elakkan datang ziarah terlalu awal. Beri mereka masa untuk terbiasa dengan suasana baru, lebih lebih lagi jika ibu itu berpantang sendiri.
Elakkan soalan sensitif seperti,
‘Alahai, kecilnya anak kamu’, atau ‘gelapnya kulit anak kamu’.
Jika ibu tersebut bersalin secara pembedahan, jangan pula tetamu bandingkan si ibu tu dengan kenalan yang bersalin secara normal.
Banyakkan doa dan kata semangat supaya si ibu rasa lebih tenang dan bermotivasi.
Sebenarnya, masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka episiotomi atau c-section, namun luka emosi itu sendiri yang lebih dasyat.
Sumber: Dr Saidatul Husna
Artikel berkaitan: Entonox Alternatif Untuk Mengurangkan Rasa Sakit Bersalin, Bukan Oksigen Semata-Mata. Doktor Ini Rungkai Kekeliruan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI