Nadi Anaqi, satu-satunya anak kepada pasangan pengacara Pa&Ma Musim Ketiga iaitu Zahiril Adzim & Shera Ayob. Ke mana sahaja pergi, mesti Anaqi menjadi tumpuan para peminat mommy dan daddy.
Pa&Ma baru-baru ini sempat menemuramah Shera tentang anak lelakinya itu. Karakter yang periang dan mesra menjadikan anak kecil ini amat disenangi. Sepanjang sesi fotografi Anaqi juga mudah memberikan kerjasama. Dia malah mencadangkan beberapa pose yang sesuai buat Shera. Kreatif betul Anaqi ni!
FAKTA 1: LAHIR PADA 38 MINGGU
Anaqi dilahirkan pada 19 Jun 2013 secara normal pada usia kandungan 38 minggu.
FAKTA 2-ANAQI ANAK SUSU IBU
Anaqi mendapat nutrisi dan kebaikan dalam susu ibu. Shera telah berjaya menyusukan Anaqi sehingga Anaqi berusia 1 tahun 6 bulan.
FAKTA 3-PERNAH IKUT MOMMY SHOOTING MASA BABY
Pernah mengikut Mommy, Shera Aiyob ke set penggambaran drama. Oleh kerana Anaqi menyusu susu ibu, maka lebih mudah sekiranya Anaqi dibawa bersama. Kata Shera, dia pernah membawa Anaqi ke lokasi penggambaran sebuah telemovie di mana kawasan tersebut berdekatan hutan.
Namun selepas Anaqi berusia 6 bulan, Shera mengambil keputusan untuk tidak lagi membawa Anaqi bersama. “Apabila mencecah usia 6 bulan, saya lihat dia perlu aktiviti dan tidak hanya duduk di carrier sepanjang saya berlakon. Bermula dari itu saya tidak lagi membawa Anaqi ke lokasi penggambaran dan mengambil keputusan berehat selama setahun,” kata Shera yang kini kembali aktif berlakon.
FAKTA 4: DILATIH BERDIKARI
Menurut Shera, dia sudah melatih Anaqi melakukan beberapa perkara sendiri. Antara yang mengagumkan penulis, ketika sesi fotografi Anaqi sudah pandai menukar pakaian sendiri. Anaqi boleh menukar 3 pasang pakaian sendiri, mommy & daddy nya tidak perlu membantu untuk memakaikan baju atau seluar. Ia adalah satu pencapaian yang baik bagi kanak-kanak berusia 5 tahun!
FAKTA 5: TAK HALANG CEBURI BIDAN SENI, TAPI PELAJARAN MESTI BERES DULU
Apabila ditanya sekiranya Anaqi berminat untuk menceburi bidang seni seperti mommy dan daddy, Shera menyatakan pendiriannya yang mahu Anaqi mendahulukan pelajaran. Sekiranya semua selesai dan baik, barulah boleh memikirkan penglibatan dalam dunia seni.
Foto: sheraaiyob & zahiriladzim
Shera dan Zahiril akan ke udara dalam rancangan TV PA&MA pada Selasa, 1 Disember 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI