Yana Samsuddin langsung tidak menyangka anak demam kerana bahu terseliuh dan dada terhentak. Sanggup dari Jitra ke Shah Alam dan Yong Peng semata-mata demi Aisy Mateen.
Anak kecil tidak kira lelaki atau perempuan memang makin melasak bila dah pandai berjalan bergerak sendiri. Kadangkala boleh menyebabkan cedera tapi disebabkan mereka tidak tahu cara nak mengadu makan ibu bapa pun tidak pasti di mana sebenarnya kesakitan yang dialami.
Aisy Mateen, 2 tahun anak kepada Yana Samsudin 5 hari demam panas suhu tak turun, muntah muntah, kaki sejuk. Rupanya selepas diperiksa, anak kecil ini terseliuh & dada terhentak. Selepas dibawa mengurut barulah demamnya kurang sedikit.
Berikut ialah perkongsian Yana mengenai Aisy di Instagram;
Dari Jitra singgah ke Shah Alam check dengan doktor pastu terus ke Yong Peng jumpa nenek urut… kita usaha… Allah membenarkan… .
DEMAM 5 HARI SUHU TAK TURUN
Dia ada mengadu sakit sakit sebelum, tapi bila kita tanya sakit kat mana dia tak tahu nak tunjuk. Kejap kat perut, kejap kat bahu. Sebab dah 5 hari demam panas suhu tak turun langsung.
ADA TANDA BIRU & MENANGIS TAK HENTI
Mommy tengok tangan Mateen ada tanda biru, pastu nangis tak henti henti sepanjang perjalanan, muntah muntah, kaki sejuk, rupanya betul terseliuh dan dada terhentak benda keras .
Lepas urut, terus kurang panas badannya, wallahualam.. .
MUNGKIN TERJATUH MASA BERMAIN
Mungkin masa main dia terjatuh. Biasa lah budak budak tengah aktif, lasak. Masalahnya, tak nampak pun si daddynya main main tapi tetiba cakap tangan dia pun terkehel ? bila tanya kenapa, dia cakap angkat daging korban 30kg ?
#MakMakJeYangPahamPerasaanNi
Anak mommy sayang dunia akhirat @aisymateen ?
Posting Instagram aktres dan pengacara ini mendapat mendapat pelbagai reaksi daripada follower yang berkongsi tip dan info mengenai kecederaan yang pernah dihadapi anak-anak mereka.
Sumber: Instagram Yana Samsudin & Aisy Mateen