Rupanya ada jenis permainan yang boleh bantu anak bijak berdikari kerana kanak-kanak belajar ketika bermain. Jadi lepas ini janganlah halang atau marah bila anak sibuk main permainan tersebut. Layankan sahaja kerana ada banyak manfaat pada perkembangan mereka sendiri.
Walaupun setiap kanak-kanak itu adalah sebaya usianya namun perkembangan mereka berbeza. Kadang kala kanak-kanak yang lahir di awal tahun juga mempunyai perkembangan yang berbeza dengan kanak-kanak yang lahir di hujung tahun.
Tetapi ia tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh membesar dengan bijak dan boleh berdikari. Yang penting mereka menerima rangsangan yang betul daripada ibu ayah.
Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk mendidik kanak-kanak secara belajar sambil bermain. Berikut adalah beberapa bahan bantuan pengajaran yang diguna pakai untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
1. Permainan doh
Kanak-kanak amat gemar dengan permainan doh. Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk anak-anak bermain dan mendapatkan pengalaman. Aktiviti ini membolehkan mereka menguli, memicit, menggentel, meramas,mencubit, menekap menggunakan acuan biskut, memotong dan membentuk.
Permainan ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi semasa bermain dengan permainan ini. Jika tidak mahu membeli doh mainan yang dijual, anda boleh buat sendiri doh mainan menggunakan bahan-bahan masakan di rumah. Lebih selamat dimain oleh anak-anak.
Cara membuatnya
Ads
3 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran
3 cawan air panas (masuk sedikit-sedikit)
6 sudu tartar cream
pewarna
Campur semua bahan, masuk air sedikit-sedikit supaya tidak lembik. Uli sampai doh tidak melekit. Kemudian bahagikan doh untuk letak pewarna kesukaan dan siap untuk dibuat bermain.
2. Mengira duit
Kanak-kanak belajar mengenai matematik melalui penggunaan wang. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang,mengira,mengenal duit dan penggunaan wang syiling. Ia merupakan kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.
Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.
Ads
3. Belajar Mengenali dunia
Cara mudah untuk kanak-kanak belajar mengenali negara-negara di seluruh dunia ialah melalui globe. Anda boleh beli sebuah globe bagi membolehkan anak belajar tentang nama benua dan negara-negara di seluruh dunia. Mereka juga lebih memahami kedudukan Negara Malaysia dalam peta dunia.
Kemudian menjelaskan terdapat pelbagai negara di seluruh dunia. Pembelajaran ini mengenalpasti setiap kanak-kanak mempunyai perfahaman yang baik. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan kanak-kanak yang akan menjadi kayu pengukur untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap perkembangannya.
Ads
4. Mengikat tali kasut
Kanak-kanak memang gemar hendak mencuba mengikat tali kasut mereka sendiri. Jangan marah atau halang mereka. Biarpun anda terpaksa bersabar menunggu mereka selesai mengikat tali kasut tetapi ia berbaloi kerana mengikat tali kasut adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus .
Ia merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat pergerakan. Kepentingan aktiviti ini ialah kanak-kanak mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Dalam pada itu, ia turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.
5. Mari memasak
Kalau anak suka mengikut anda ke dapur, biarkan sahaja. Jangan halang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Beri mereka peralatan dapur yang selamat untuk kanak-kanak bermain seperti mangkuk, senduk, pinggan plastik.
Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktivirti ini menggalakkan juga kanak-kanak mengetahui peranan seorang ibu di dapur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak tidak pandai bergaul dan pemalu bukanlah sesuatu yang janggal. Tapi jika keterlaluan, ia perlu ditangani awal. Malu tidak bertempat adalah salah satu petanda tidak yakin diri.
Dalam buku Bright Start karya Dr Richard Woolfson seorang pakar psikologi, si kecil ini bukan lagi bayi dan rasa takut kepada orang asing semakin hilang. Pengalamannya sendiri dan peranan ibu bapa mampu memupuk keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Imej positif perlu dipupuk awal agar si kecil membesar menjadi seorang yang yakin pada dirinya sendiri dan tidak mudah berasa putus ada dalam menerokai perkembangan diri.
Pada usia ini sifat malunya menjadi semakin berkurangan. Dia juga semakin kurang bergantung kepada mama dan papa.
Yakin diri membolehkan si manja mencuba sesuatu yang baru tanpa teragak-agak dan terlalu takut untuk gagal. Ia juga bermaksud mereka tidak takut untuk mendekati teman baru untuk berkawan, dan untuk menguruskan masalah mereka mungkin bertemu di sepanjang jalan. Keyakinan diri semasa kecil adalah asas yang kukuh untuk si manja dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Yakin diri, kenapa penting?
1.Memberikan imej diri positif yang akan menggembirakan dan memudahkan proses perkembangan.
2.Mudah menyesuaikan diri dalam suasana baru misalnya di taska atau di majlis.
3.Berupaya mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental.
4.Mengatasi halangan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
5.Tahu berdiplomasi dengan baik.
6.Boleh menerima teguran dan komen negatif tentang dirinya.
7.Bertanggungjawab kepada tugas yang diberikan kepadanya.
8.Kekuatan emosi atau emotional intelligence yang memainkan peranan penting dalam kawalan emosi diri.
9.Kajian menunjukkan bahawa apabila si manja mempunyai keyakinan diri yang rendah mereka tidak yakin berbuat sesuatu untuk diri sendiri atau menggunakan kebolehan dan bakat mereka dengan cara yang terbaik.
10.Memberikan impak kepada kesihatan fizikal dan emosi. Kurang yakin diri juga menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari seperti menyebabkan tekanan perasaan, penyakit jantung koronari dan peningkatan dalam tingkah laku anti-sosial.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun kita sudah boleh bawa anak-anak keluar, tapi masih ada keraguan dan rasa risau kan? Kita tidak yakin yang persekitaran di luar benar-benar bersih dan selamat untuk anak-anak. Bila dah lama tak keluar ni, anak-anak mula jadi bosan.
Sebagai ibu ayah, kita berperanan untuk mengelakkan anak-anak rasa jemu duduk di rumah. Sebenarnya banyak aktiviti atau permainan yang boleh kita buatkan untuk mereka. Apa yang penting rajin dan kreatif.
Yatie Emra berkongsi satu permainan yang dia buatkan untuk anaknya. Biasanya dam ular ni saiznya kecil, tapi yang ini cukup besar untuk anak-anak main. Siap boleh pijak dan lompat lagi di atasnya!
Jom tengok macam mana rupa dam ular ini.
🎲🐍DIY Tikar Dam Ular 3D🐍🎲
Sebenarnya tikar dam ular ni saya buat masa PKP 2 tempoh hari. Maklum ler, anak tak dapat nak main kat luar, rumah lak takde laman.. So ummi nyer terpakse pikir cara untuk elak anak bosan & elak main gajet jer.. Hari ni baru sempat nak upload sebab kebetulan baru siapkan sikit lagi features tambahan.
Tahun lepas saya dah pernah buat tikar dam ular (berabjad) gunakan tikar lama jer. Tapi biasalah bila guna tikar evamatik, makin lama akan jadi hancur². Kesudahannya terpaksa buat yang baru gak sebab dak Fydh ni asyik tanye jer mane tikar dam ular dia😅.
Since ni kali ke2 buat tikar dam ular saiz besar, saya tambahkan beberapa ciri lagi supaya board game camni menyeronokkan & ada game tambahan gak. Fydh ni ada isu sensori, jadi saya gunakan pelbagai material untuk dijadikan ular supaya dapat rangsang sensori dia. Nanti dia terpaksa pijak ular tu kalau kena “patuk” 😁
Untuk tangga, saya buat 2 jenis — 1 tangga jenis flat tapi kecil, perlukan imbangkan badan masa pijak. 1 lagi lebar tapi dengan ketebalan berbeza. Tangga ni Fydh memang suka sangat main walaupun waktu² yang lain😄
🏆Extra: Hopscotch Game (teng teng) ================================
Ni bukan permainan teng² biasa tu tapi khas untuk aktiviti motor & sensori gak. Untuk permainan ni, anak perlu lompat dengan 2 kaki atau sebelah kaki ikut arah anak panah & imbangkan badan gak.. Kalau anak yang dah advance tu, boleh tukar² permainan hopscotch ni gunakan kaki & tangan lak.. 😎🤓
Berikan perhatian kepada batuk anak berpanjangan tak sembuh-sembuh, dada berombak dan mencungap. Bimbang ia batuk serius dan kronik. Periksa 8 tanda ini!
Bila anak batuk, ibu bapa tentu susah hati. Apatah lagi jika batuk yang berpanjangan. Menurut Dr Mohamad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik SALAM Shah Alam Specialist Hospital mengenai keadaan ini.
Batuk ialah keadaan yang berlaku apabila terdapat masalah atau gangguan pernafasan. Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Batuk juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.
Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Anda perlu tahu bahawa batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru.
Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan. Adalah normal jika anak anda mengalami batuk sebanyak enam hingga tujuh kali setahun.
Apabila anak anda batuk, apa yang akan disoal doktor ialah sejarah keluarga kepada penyakit asma, pertusis dan sebagainya. Doktor juga akan bertanya mengenai persekitaran yang didedahkan kepada si manja setiap hari seperti taska, pusat penjagaan harian atau kediaman pengasuh.
CIRI BATUK SERIUS
Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.
Batuk yang menyebabkan anak sering tercungap-cungap.
Nafas anak yang bergelora dan dadanya berombak.
Mengalami kesukaran untuk bernafas.
Susah untuk mendapatkan tidur yang lena kerana kerap batuk/
Nafas berdehit/ berbunyi
Batuk dan demam/ selesema teruk yang tidak sembuh selepas lima hari.
Batuk dan demam/ selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.
Batuk,selesema disertai demam berpanjangan melebihi 38° Celsius bagi berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39° Celsius bagi bayi berumur bawah setahun.
BEZA JENIS BATUK
1.ASMA
Batuk yang dialami disebabkan oleh serangan asma selalunya berlaku semasa demam. Batuk kerana asma akan berlarutan dan seringkali berulang. Pesakit akan mengalami batuk apabila terdedah kepada suhu sejuk, pada waktu malam, emosi menangis dan ketika melakukan aktiviti lasak.
2.JANGKITAN KUMAN
Sekiranya anak yang batuk mengalami nafas berdehit atau berbunyi, batuk tersebut berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada organ pernafasan bawah (lower respiratory infection) seperti pneumonia, bronkitis dan broncholitis.
3. PERTUSIS
Pertusis atau whooping cough juga dikenali dengan nama batuk kokol. Ia dinamakan sempena bunyi batuk yang kuat “kong, kong, kong”. Batuk kerana pertusis ini tidak mengeluarkan kahak dan ia kering sehingga menyakitkan tekak.
Ujian darah akan dilakukan ke atas si manja untuk menentukan infeksi yang kronik. Jika ibu bapa menghadapi kemusykilan dan buntu anak mengalami batukterlalu lama dan tidak kunjung reda, bawa mereka mendapatkan pemeriksaan pakar pediatrik dengan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!