Rupanya ada jenis permainan yang boleh bantu anak bijak berdikari kerana kanak-kanak belajar ketika bermain. Jadi lepas ini janganlah halang atau marah bila anak sibuk main permainan tersebut. Layankan sahaja kerana ada banyak manfaat pada perkembangan mereka sendiri.

Walaupun setiap kanak-kanak itu adalah sebaya usianya namun perkembangan mereka berbeza. Kadang kala kanak-kanak yang lahir di awal tahun juga mempunyai perkembangan yang berbeza dengan kanak-kanak yang lahir di hujung tahun.

Tetapi ia tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh membesar dengan bijak dan boleh berdikari. Yang penting mereka menerima rangsangan yang betul daripada ibu ayah.

Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk mendidik kanak-kanak secara  belajar sambil bermain. Berikut adalah beberapa bahan bantuan pengajaran yang diguna pakai untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

1. Permainan doh

5 Jenis Permainan Ini Bantu Anak Bijak Berdikari

Kanak-kanak amat gemar dengan permainan doh. Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk anak-anak bermain dan mendapatkan pengalaman. Aktiviti ini membolehkan mereka  menguli, memicit, menggentel, meramas,mencubit, menekap menggunakan acuan biskut, memotong dan membentuk.

Permainan ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi semasa bermain dengan permainan ini. Jika tidak mahu membeli doh mainan yang dijual, anda boleh buat sendiri doh mainan menggunakan bahan-bahan masakan di rumah. Lebih selamat dimain oleh anak-anak.

Cara membuatnya

IKLAN

3 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran
3 cawan air panas (masuk sedikit-sedikit)
6 sudu tartar cream
pewarna

Campur semua bahan, masuk air sedikit-sedikit supaya tidak lembik. Uli sampai doh tidak melekit. Kemudian bahagikan doh untuk letak pewarna kesukaan dan siap untuk dibuat bermain.

2. Mengira duit

5 Jenis Permainan Ini Bantu Anak Bijak Berdikari

Kanak-kanak belajar mengenai matematik melalui penggunaan wang. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang,mengira,mengenal duit dan penggunaan wang syiling. Ia merupakan kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.

Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.

IKLAN

3. Belajar Mengenali dunia

5 Jenis Permainan Ini Bantu Anak Bijak Berdikari

 

Cara mudah untuk kanak-kanak belajar mengenali negara-negara di seluruh dunia ialah melalui globe. Anda boleh beli sebuah globe bagi membolehkan anak belajar tentang nama benua dan negara-negara di seluruh dunia. Mereka juga lebih memahami kedudukan Negara Malaysia dalam peta dunia.

Kemudian menjelaskan terdapat pelbagai negara di seluruh dunia.  Pembelajaran ini mengenalpasti setiap kanak-kanak mempunyai perfahaman yang baik. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti  kecerdasan kanak-kanak yang akan menjadi kayu pengukur untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap perkembangannya.

IKLAN

4. Mengikat tali kasut

5 Jenis Permainan Ini Bantu Anak Bijak Berdikari

Kanak-kanak memang gemar hendak mencuba mengikat tali kasut mereka sendiri. Jangan marah atau halang mereka. Biarpun anda terpaksa bersabar menunggu mereka selesai mengikat tali kasut tetapi ia berbaloi kerana mengikat tali kasut adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus .

Ia merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat pergerakan. Kepentingan aktiviti ini ialah kanak-kanak mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Dalam pada itu, ia turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.

5. Mari memasak

5 Jenis Permainan Ini Bantu Anak Bijak Berdikari

Kalau anak suka mengikut anda ke dapur, biarkan sahaja. Jangan halang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Beri mereka peralatan dapur yang selamat untuk kanak-kanak bermain seperti mangkuk, senduk, pinggan plastik.

Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktivirti ini menggalakkan juga  kanak-kanak  mengetahui peranan  seorang ibu di dapur.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI