Kehamilan

5 Kali Buang Air Kecil Semalaman, Betty Rahmad Buat Lawak Nak Tidur Dalam Bilik Air!

Share

5 kali buang air kecil semalaman, Betty Rahmad yang kini sedang hamil kandungan 38 minggu buat lawak nak tidur dalam bilik air. Luculah Betty!

Memang tidak dinafikan menginjak ke minggu-minggu akhir kehamilan, ibu akan lebih kerap membuang air kecil kerana rahim yang membesar sudah pun menekan bahagian pundi kencing.

Pelakon Betty Rahmad ini juga adik kepada pengarah filem terkenal, Erma Fatima dan pelakon hebat Datin Sri Umi Aida. Betty membuat jenaka berkenaan di Instagram dengan memuat naik gambar yang memaparkan gambar dia bersandar di dalam tab mandi.

Kapsyen nya ditujukan khas buat si suami, Ardy Damis. Ia adalah kapsyen lucu yang  mengatakan dia telah berpindah tempat tidur atas sebab tertentu dan telah bangun dari tidur untuk ke tandas sebanyak 5 kali semalaman;

bettyrahmad Kehadapan suamiku,
Maafkan isterimu telah berpindah tempat tidur mulai hari ini atas sebab tertentu. Isteri harap suamiku mengerti.

Love,
Your 37weeks5days pregnant wife who get up to pee 5x a night  #youfeelme?

Para peminat juga turut berkongsi pengalaman melalui keadaan yang sama semasa hamil. Ada juga yang mengatakan ia adalah tanda awal bersalin dan mendoakan agar Betty selamat bersalin apabila tiba masanya nanti.

TANDA AWAL BERSALIN

SEMOGA DIPERMUDAHKAN

“ASYIK NAK JUMPA CIK TOILET JE…”

INSOMNIA SEBAB KERAP BUANG AIR KECIL MASA HAMIL

“SIKIT LAGI NAK DELIVER”

Sumber: bettyrahmad


Jom mama papa kita belajar bedung bayi dengan step dalam video ini!

Published by
Azma ML