Wanita dan urusan rumah tangga memang tidak dapat dipisahkan. Tidak kiralah yang berkerjaya mahupun suri rumah. Semasa hamil, urusan ini diteruskan seperti biasa kerana sampai bila-bila pun ia tidak akan pernah sudah. Akan ada sahaja yang perlu dilakukan.
Sebenarnya tubuh wanita semasa hamil menjadi lebih sensitif dan memerlukan penjagaan daripada seberang tekanan mahupun kecederaan. Sehubungan itu, ada beberapa jenis kerja rumah yang sepatutnya dihindari ketika hamil, terutamanya bagi anda yang pernah mengalami keguguran, mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang, plasenta praevia, tekanan darah tinggi dan lain-lain.
Walaupun begitu, kerja-kerja rumah yang biasa dilakukan seperti mengemas, mengelap, menyapu atau vakum adalah selamat dilakukan. Kerja rumah jenis ini juga boleh dianggap sebagai senaman ringan yang bagus untuk tahap kecergasan diri. Berikut adalah senarai kerja rumah yang patut anda elakkan.
1. Cuci tandas
Memcuci tandas boleh mendatangkan bahaya apabila bahan pencuci yang anda gunakan terlalu banyak bahan yang boleh membuatkan permukaan lantai tandas menjadi licin. Dibimbangi anda tergelincir ketika membersihkannya.
Selain daripada itu, bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang kuat baunya dan ‘tajam’ pun kurang selamat untuk digunakan oleh ibu hamil semasa menmbersihkan tandas.
Namun begitu, jika terpaksa mencuci tandas, lakukan ala kadar sahaja. Sekadar memastikan ia kelihatan bersih. Pastikan juga anda menggunakan bahan pencuci yang diperbuat daripada bahan selamat seperti cuka, perahan lemon dan baking soda mahupun produk pencuci organik.
Ads
2. Angkat barang berat
Memasuki trimester ketiga, ada segelintir ibu hamil akan mengalami nesting instinct. Perubahan hormon menyebabkan anda mudah rimas dan asyik mahu mengemas.
Walaupun keterujaan anda untuk mengemas rumah membuak-buak, beringat selalu ketika melakukannya. Elakkan mengangkat atau mengalihkan benda berat kerana ia boleh menyebabkan risiko kecederaan.
Malah ketika mengangkat barang yang sederhana berat seperti bakul baju pun anda perlu mempraktikkan postur tubuh yang betul.
Ads
3. Gantung langsir
Perut ibu hamil yang semakin membesar mengalami perubahan graviti tubuh. Oleh sebab itu, keseimbangan tubuh lebih sukar dikawal dan risiko untuk terjatuh atau tergelincir adalah sangat tinggi
Oleh itu, kerja-kerja yang memerlukan aktiviti memanjat tangga, meja atau kerusi, seelok-eloknya dilakukan oleh orang lain dan bukannya anda.
4. Cuci najis kucing
Ads
Memelihara kucing boleh mendedahkan individu kepada toksoplasmosis, sejenis parasit yang dipindahkan melalui najis kucing. Sekiranya menjangkiti ibu hamil, parasit ini boleh mendedahkan kandungan kepada masalah kesihatan yang serius. Dalam masa yang sama ia turut menjejaskan tahap kesihatan anda sendiri.
Ada baiknya, jika anda tidak melalukan rutin mencuci dan membuang najis kucing jika membelanya. Biarkan ahli keluarga lain yang melakukannya. Nasihatkan juga ahli keluarga yang mencuci dan membuang najis kucing untuk memakai sarung tangan dan mencuci tangan sebersih-bersihnya menggunakan sabun antiseptik.
5. Mengecat
Kebanyakan jenis bahan kimia seperti varnish, cat dan pelarut mengandungi komponen berasaskan petroleum. Ia dikhuatiri boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu hamil apabila menghidunya.
Kajian mendapati semua bahan ini termasuklah racun pembasmi serangga perosak (piperonyl butoxide) mampu mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, jauhi segala jenis aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada bahan kimia sebagai langkah yang paling selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa hamil, salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja adalah saat membuat imbasan untuk melihat keadaan bayi dalam perut. Seronok sangat dapat lihat perkembangan si kecil, sedikit demi sedikit sehingga dia membesar menjadi bayi sempurna. Begitulah perkongsian selebriti terkenal, Abby Abadi yang berkongsi sebuah video di laman Instagramnya semalam.
Abby tidak menafikan yang teknologi semakin maju dan ibu bapa berpeluang melihat setiap perkembangan anak dalam kandungan dengan jelas. Ceritanya lagi, ketika hamilkan anak-anak terdahulu tidak pula buat imbasan penuh begini. Hanya redha dan berdoa agar semuanya selamat.
Masa pergi detail scan di @klinik_anda_wangsa_melawati 2/3hari lepas ☺️ . Teknologi makin hebat hari ke hari.. ukuran badan baby, tulang, semua setakat ni alhamdullillah.. cuma mcm sereeemmm jugak, sbb sampai ke jari kaki tangan, salur darah, jantung semua buleh nampak jelas dah walaupun baru 21 minggu huhu.. Dulu masa mengandungkan Danish, Dania & Danisha takde nk detail2 scan bagai ni.. redha je iring dgn doa… skrg ni mcm2 ada. Atas rasa ingin tahu, walaupun nervous buat juga. Apapun, syukur Klinik Anda di Wangsa Melawati melayan Sy dgn baik sekali. Nak scan byk2 kalipun dorg layan jer hehe.. Dari Doc2 yg ada hinggalah ke pembantu2 klinik & pakar Scannya memang begini ?? (ps: comeykan suara pakar scan tu hehe.. ) . Setakat ini pun dengar dari Doc Sakinah & Pakar scan masa dtg last dtg klinik aritu yg baik2 sahaja. Harapan Sy semoga terus serba baik & sempurnalah keadaan baby Sy hingga dilahirkan nanti ya, Ya ALLAH… Aminnnnn ??
Semoga kandungan Abby selamat sehingga ke hujung waktu dan melahirkan bayi yang sihat. Pa&Ma doakan Abby terus kuat untuk melalui fasa kehamilan yang menakjubkan ini.
Pernah tak ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran si kecil dalam perut tu terlintas, macam mana keadaan baby dalam perut tu? Ok ke tak ok? Ada apa-apa masalah ke?
Itulah tujuan Detail Scan ni. Untuk check dan tahu keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut.
Kenapa perlu untuk tahu?
Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa.
Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation.
Jadi apa yang doktor scan masa Detail Scan ni?
✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.
Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-26 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.
Detail scan ni hitam putih je. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa scan.
Seri ibu yang mengandung ni memang lain, auranya membuatkan mata yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada. Model dan juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya antara yang menjadi perhatian bila memuat naik gambar-gambar terbaru di Instagram miliknya.
Setiap masa Nurida mahupun suaminya rajin memuat naik gambar-gambar mereka berdua dan bercerita tentang perkembangan kehamilan mereka di Instagram.
Kini usia kandungan Nurida sudahpun memasuki usia tujuh bulan, namun tetap tampil menawan setiap kali berkongsi gambar di media sosial.
Terbaru Nurida dengan gambar hitam putihnya memuat naik gambar dirinya dengan kesan hitam putih menyatakan usia kandungan kini sudah memasuki trimester ketiga.
“Hello Third Trimester,” tulis wanita berusia 31 tahun ini di kapsyen.
Sebelum itu, Nurida turut berkongsi foto meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan ibu hamil ini yang sentiasa kelihatan cantik dan bergaya.
Rizman dan Nurida berkahwin pada 13 September tahun lalu di Kuala Lumpur. Pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Ogos depan.
Memang suka tengok gambar-gambar Nurida dengan baju yang cantik-cantik. Tambah pula dengan seri wajah ibu mengandung. Semoga kehamilan dan proses bersalin Nurida nanti dipermudahkan.
Sumber: Media Hiburan & IG Nurida Suraya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.