Difteria semakin menular akhir-akhir ini. Perkongsian daripada doktor ini boleh dijadikan panduan kepada pengesanan awal wabak ini.
Dr Ezairy M.Sallih Pakar Otorhinolaryngologi (pakar Telinga, Hidung & Tekak) berkongsi tentang info lima lagi kanak-kanak disyaki positif difteria ditahan. 21 Februari lalu seorang kanak meninggal dunia akibat penyakit ini dan didapati tidak pernah menerima suntikan imunisasi sejak lahir. [ Kanak-Kanak 2 Tahun Meninggal Akibat Difteria. Tak Pernah Imunisasi Sejak Lahir- Dr Noor Hisham]
Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!
Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.
Jangkitan terjadi dari 3 cara ini
Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.
1. Cairan pernafasan pesakit
2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan
Kenal pasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!
1. Sakit pada tekak
2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
5. Bengkak pada kelenjar leher
Suntikan vaksin boleh mencegah jangkitan ini
Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.
Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.
Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?
1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan.
2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher.
3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung.
Suntikan imunisasi sangat berharga bagi anak
Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.
Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.
Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorhinolaryngologi
Telinga, hidung & tekak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI