5 Minit Selepas Dilahirkan, Inara Disahkan Sakit Jantung! Perkongsian Idzham Dalam Program TV Pa&Ma Menyentuh Hati

Share

Selepas 5 minit dilahirkan, Nur Sofea Inara disahkan mempunyai masalah sakit jantung. Itulah antara perkongsian yang dikongsikan oleh Pelakon, Idzham Ismail dan isteri Siti Nur Nabilah dalam Rancangan Pa&Ma episod Derita Jantung Si Kecil sebentar tadi.

Doktor ada beritahu kami, Inara di diagnos sakit berkaitan jantung dan paru-paru. Dua saluran yang menghubungkan jantungnya terbailk dan songsang. Saya berharap itu cuma lah jangkitan paru-paru sahaja tapi hakikatnya yang sebenar, Inara agak kritikal ketika itu

Bila jumpa doktor, doktor ada bertanya ada tak ahli keluarga kami yang mempunyai sejarah sakit jantung. Tapi keturunan kami memang tak ada yang mempunyai masalah jantung atau sakit jantung. Saya boleh katakan Inara lah yang pertama dalam sejarah keluarga kami.

Selepas pembedahan dilakukan, kami nampak ada perubahan pada kulitnya. Ketika dilahirkan kulitnya agak gelap. Selepas pembedahan kulitnya berubah agak cerah. Doktor cakap kalau dia aktif bermakna dia recover dengan baik dan so far alhamdulillah dia sangat aktif.

Apa yang penting, kita jangan beri tekanan demi anak-anak. Kalau kita rasa tertekan, akan beri kesan kepada anak-anak. Apa pun, kalau kita rasa kita diuji hebat, ada lagi yang yang lebih hebat ujiannya.

Saksikan ulangan rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima & Maya HD

Published by
NuFa