Ibu hamil yang menanti saat kelahiran bayi tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin. Namun, tidak semua bayi dapat dilahirkan pada tarikh yang dijadualkan. Ada yang awal. Ada juga yang melebihi tarikh jangkaan.
Apabila anda melakukan pemeriksaan antenatal, doktor akan memberi tarikh jangkaan bersalin berdasarkan pengiraan mengikut tarikh haid terakhir anda. Biasanya tarikh itu berdasarkan 40 minggu usia kandungan.
Perasaan gembira dan takut silih berganti apabila kehamilan menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Dilaporkan hampir 80% ibu melahirkan kandungan lebih awal, namun 4% hingga 14% mungkin mempunyai masalah tertentu dan tidak dapat melahirkan bayinya biarpun telah mencapai tarikh jangkaan bersalin.
Apa yang pasti, keadaan seperti boleh menimbulkan kerisauan, lebih-lebih lagi kepada ibu yang kali pertama hamil. Jika anda masih belum menunjukkan tanda-tanda awal bersalin, disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan komplikasi bayi lemas.
Dalam kebanyakan kes, biasa berlaku kesilapan mengira umur kandungan akibat doktor mendapat salah maklumat tentang tarikh haid terakhir. Jika anda tidak dapat memberi tarikh terakhir haid yang tepat, tarikh jangkaan akan diberi berdasarkan pemeriksaan imbasan ultra bunyi.
Tarikh jangkaan biasanya akan dibuat pada awal usia kehamilan kerana hasil pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat ketika kandungan sudah besar.
Dalam pada itu, sekiranya melihat keadaan kandungan agak berbahaya disebabkan anda bermasalah untuk melahirkan, doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat pencetus kontraksi (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin bagi mengurangkan risiko kandungan terlebih hari. Biasanya risiko ini boleh membahayakan nyawa bayi.
- Kekurangan air ketuban
2. Lemas di dalam kandungan
3. Najis yang bercampur dengan air ketuban
4. Saiz semakin membesar
5. Kekurangan fungsi uri sehingga boleh menjejaskan kandungan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI