5 Perkara Perlu Diberi Perhatian Ketika Memberi Snek Kepada Anak Anda!

Share

Kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun akan mengalami proses tumbesaran yang sangat cepat. Ketika ini, sangat penting untuk mereka mendapatkan nutrien dan mineral yang secukupnya. Selain itu, ketika ini juga tabiat pemakanan sihat serta diet seimbang wajar ditetapkan buat mereka.

Namun begitu, agak sukar bagi ibu bapa mengetahui apakah sebenarnya makanan yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memberi snek kepada mereka dengan cara dan kadar yang sebetulnya. Berikut merupakan 5 perkara perlu diberi perhatian ketika memberi snek kepada anak anda.

Menyeimbangkan diet mereka

Memberi snek kepada anak anda merupakan cara yang paling mudah untuk memastikan mereka makan dengan secukupnya. Kebanyakan kanak-kanak pada usia terlalu sibuk bermain. Ada juga kanak-kanak yang tidak menyukai waktu makan serta memilih makanan.

Snek yang sihat dapat membantu menyeimbangkan diet anak anda sekiranya diberi pada waktu yang sesuai. Snek dapat membantu mereka mengalas perut sementara menunggu waktu makan yang seterusnya. Buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat serta berkalsium tinggi merupakan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada anak anda. Seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi, 3 kali waktu makan serta pengambilan snek 2 hingga 3 kali sehari merupakan diet yang terbaik. Waktu snek ini diambil disarankan untuk ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan selepas makan malam jika perlu.

Menentukan snek yang terbaik

Kanak-kanak secara lahiriahnya sangat menyukai gula-gula dan keropok. Oleh itu, anda perlu lebih bertegas terhadap apa yang perlu dimakan oleh mereka. Ajar mereka untuk faham jenis makanan apa yang terbaik untuk mereka. Perkenalkan buah-buahan segar yang tinggi kandungan nutrien seperti vitamin, mineral, protein dan fiber serta elakkan makanan yang telah diproses yang mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang terbaik dan ideal untuk anak anda adalah seperti berikut:

  • Bijirin sarapan yang penuh gandum dan rendah kandungan gula
  • Buah-buahan segar yang dipotong kecil
  • Biskut yang penuh gandum
  • Muffin mini
  • Keju yang dihiris nipis

Kekalkan waktu pengambilan snek yang disarankan

Kanak-kanak kebiasaannya amat patuh dengan rutin yang ditetapkan. Hidangkan snek dan makanan pada waktu yang sama setiap hari. Ini akan mengajar anak anda membiasakan diri untuk patuh kepada waktu makan mereka. Jika rutin ini tidak ditetapkan, anak anda akan kehilangan kebolehan untuk mengesan kelaparan serta kekenyangan diri sendiri sekaligus mungkin menyebabkan mereka terlebih makan.

Hadkan pengambilan jus oleh anak anda untuk tidak melebihi 4 oz. sehari. Sebaliknya, berikan air putih atau susu sekiranya mereka mengadu haus. Jika anak anda merupakan penggemar tegar jus buah-buahan, berikan mereka sebiji buah tersebut berbanding jusnya. Ini kerana jus mempunyai kandungan kalori yang sama dengan soda yang mengandungi gula tambahan yang sangat tinggi.

Biarkan anak anda memilih snek

Beri peluang kepada anak anda untuk sesekali memilih snek mereka sendiri. Berikan pilihan aneka snek yang berkhasiat dan biarkan mereka memilih apa dan berapa banyak kuantiti snek yang mereka inginkan.

Anda juga boleh memasangkan snek yang anak anda gemari dengan suatu makanan yang baharu setiap kali waktu makan snek tiba. Meskipun anak anda berkali-kali menolaknya, teruskan juga usaha anda. Anak anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri memakan sesuatu yang baharu. Anda diingatkan untuk menggunakan pendekatan yang lembut dan jangan sesekali memarahi mereka kerana tidak memakan makanan yang anda pasangkan dengan snek tersebut untuk mengelak mereka membencinya.

Namun begitu, anda perlu bertegas untuk tidak membenarkan anak anda memilih waktu makan snek mereka sesuka hati. Ajar mereka bahawa waktu makan dan snek adalah tetap dan sama pada setiap hari.

Perkara yang perlu dielakkan

Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk mengumpan anak mereka dengan gula-gula namun ini bukanlah strategi yang terbaik. Ini kerana gula-gula akan dianggap sebagai makanan yang sangat bernutrisi serta sihat berbanding yang lain. Hakikatnya, gula-gula tidak memiliki sebarang nutrien. Kek harijadi, muffin atau biskut juga merupakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak namun anda perlu mengelakkan makanan yang tidak mempunyai kalori ini untuk menjadi keterbiasaan kepada anak anda. Tolak permintaan anak anda dengan baik dan jangan jadikan makanan tersebut sebagai satu peraturan atau larangan untuk mengelakkan mereka berasa terkejut jika anda mengatakan tidak jika mereka memintanya sekaligus membiasakan mereka untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat ini.

Tabiat pemakanan yang sihat ini perlu bermula di rumah pada seawal usia lagi. Snek bukanlah satu upah atau umpan kepada kanak-kanak sebaliknya merupakan hidangan mini. Sentiasa ajar anak anda untuk membuat pilihan yang terbaik terhadap pemilihan makanan atau snek mereka. Paling penting, elakkan mengambil makanan yang diproses atau hadkannya kepada sekali atau dua kali sahaja seminggu. Hakikatnya, makanan buatan sendiri juga adalah pilihan yang terbaik untuk anda sekeluarga.

Published by
NuFa