Menjadi trend masa kini untuk merakamkan gambar bayi yang baru dilahirkan sebagai kenang-kenangan buat ibu dan ayah. Beberapa selebriti juga tidak ketinggalan untuk merakamkan potret bersama bayi mereka yang baru dilahirkan.
Jom kita lihat antara selebriti yang berkongsi gambar-gambar comel sesi fotografi baby newborn mereka.
Setiap daripada mereka memilih konsep atau tema yang tersendiri untuk mengabadikan gambar-gambar si kecil tersayang.
Rizqaa Rizman bayi perempuan Rizman Nordin
Memilih tema puteri Disney, gambar-gambar Rizqaa dengan pakaian yang comel menjadi perhatian warga maya
Comelnya Aara Adreanna memakai sedondon dengan ibu tersayang. walaupun tiada suami di sisi, Bella Ayden dan Aara merakamkan gambar-gambar comel bersama-sama.
Mia Ahmad juga tidak ketinggalan untuk mempotretkan aksi comel anak keduanya Baby Iris. Malah mereka sekeluarga turut bersama-sama merakam gambar untuk kenangan di masa depan
Memilih nama Achbar Muhammad Fahri untuk putera sulungnya, Dayah Bakar juga turut berkongsi gambar si kecilnya di Instagram. Si comel ini juga menghiasi cover Majalah Pa&Ma untuk isu Oktober!
Untuk cerita lanjut dan juga gambar-gambar comel Achbar dan ibunya Dayah Bakar, jangan lupa dapatkan Majalah Pa&Ma Isu Oktober yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Ads
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang masih dalam fasa berbulan madu selepas mendirikan rumahtangga pada 10 Jun lalu berkongsi mengenai perancangannya dan suami untuk memiliki zuriat sendiri.
Pun begitu, Janna yang padat dengan jadual seninya mengakui bukan masa yang sesuai namun sudah pun merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Menurut perkongsian Harian Metro, Janna dan suami merancang mengenai zuriat sekiranya mereka dikurniakan rezeki. Malah rupanya wanita cantik manis ini juga mengimpikan seorang cahaya mata berbintang zodiak, Libra iaitu sekitar September dan Oktober.
Namun kata Janna, semua impian itu pastinya dengan doa dan rezeki yang disusun cantik Allah SWT buat dirinya kelak.
“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki alhamdulillah.
“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam dah tidak sempat.
“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan.
“Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya berkongsi.
Janna yang baru sebulan mendirikan rumahtangga mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami.
“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu.
“Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Janna dan Dini Schatzmann memilih tarikh 10 Jun untuk mengikat tali janji mereka sebagai pasangan suami isteri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Musim ini, semakin ramai ibu ayah risau apabila satu keluarga jatuh sakit serentak dengan simptom demam, batuk, dan selsema. Rupanya, ia bukan sekadar demam biasa tetapi Influenza A yang sedang menular semula di seluruh negara.
Lebih membebankan, bila bukan seorang, tapi satu rumah kena — dari anak kecil sampai ke ibu ayah. “Kalau dulu anak sorang demam pun dah kelam-kabut, kali ni bila semua kena sekali, memang terasa kos perubatan yang tinggi,” luah seorang ibu.
Masalah utama yang dihadapi ramai keluarga ialah kos rawatan Influenza A yang meningkat. Ramai ibu bapa terkejut apabila mengetahui harga ubat utama, Oseltamivir 75mg (lebih dikenali sebagai Tamiflu, Fluhalt atau Omiflu), boleh mencecah antara RM115 hingga RM150 untuk satu course rawatan selama lima hari.
Antara yang menarik perhatian ramai ialah perkongsian daripada seorang ibu, Sakinah Ilias, yang menceritakan pengalamannya di sebuah hospital di Pulau Pinang.
“Influenza A ni demam mahal, kawan-kawan!” tulis Sakinah. “Ubat Oseltamivir 75mg harga dia RM115 – RM150 untuk 1 course – 5 hari. Kalau demam biasa, Avadol baru RM8.00 – RM10.00. Tapi Influenza A ni tidak.”
Beliau turut berkongsi bahawa ubat Influenza mempunyai pelbagai jenama seperti Fluhalt dan Omiflu, namun semuanya mengandungi bahan aktif sama iaitu Oseltamivir. Belum termasuk ubat tambahan lain seperti Paracetamol, ubat batuk, selsema, gastrik, cirit-birit, dan muntah. Jika digabungkan, kos rawatan boleh mencecah RM200 hingga RM300.
Posting Sakinah mendapat ribuan reaksi daripada ibu bapa lain yang turut mengalami situasi sama. Ramai berkongsi rasa tertekan dengan harga ubat yang semakin mahal.
Seorang ibu, Nadia, berkongsi bahawa dua anaknya disahkan Influenza A serentak. “Doktor bagi Tamiflu, dua orang anak makan, saya dan suami pula mula rasa tak sihat. Bila check, rupanya kami pun positif. Sekali beli ubat dah dekat RM600, tapi kesihatan lebih penting.”
Bagi Farah Nordin, dia terpaksa beli ubat di farmasi swasta kerana klinik kerajaan kehabisan stok. “Tamiflu RM145 satu course, anak dua orang. Tapi saya beli juga sebab takut komplikasi paru-paru. Doktor kata kalau rawatan lambat, boleh jadi lebih teruk.”
Seorang lagi ibu, Syafiqah Amin, akui terkejut bila doktor sahkan suami dan anak dua orang kena Influenza A serentak. “Bayangkan semua tak larat, saya sorang je jaga. Ubat saja dah lebih RM400. Tapi bila tengok anak dah boleh senyum balik, rasa lega.”
Pakar perubatan mengingatkan supaya ibu bapa tidak ambil mudah simptom Influenza A kerana ia mudah berjangkit dan boleh jadi serius jika tidak dirawat awal. Antara simptom yang perlu diberi perhatian ialah:
Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan hanya beri ubat demam biasa tanpa pengesahan doktor. Paling penting, elakkan membawa anak ke tempat sesak ketika masih batuk atau selsema kerana Influenza A boleh merebak melalui titisan udara.
Walaupun ubatnya mahal, rawatan yang betul mampu menyelamatkan anak daripada komplikasi paru-paru, sawan demam, dan jangkitan serius lain. Akhirnya, walaupun terasa perit di poket, setiap ibu bapa tahu bahawa kesihatan anak tetap nombor satu.
Seperti kata Puan Sakinah, “Takpelah mahal pun, asalkan anak cepat sembuh. Duit boleh cari, tapi nyawa anak tak boleh diganti.”
Untuk elak influenza kanak-kanak, langkah pertama ialah mengajar mereka menjaga kebersihan tangan. Galakkan anak mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, terutamanya selepas bermain, sebelum makan, dan selepas ke tandas. Jika tiada air dan sabun, gunakan hand sanitizer sebagai alternatif yang cepat dan berkesan.
Elak influenza kanak-kanak dengan memastikan mereka menjauhkan diri daripada individu yang menunjukkan simptom seperti batuk, bersin, atau demam. Jika ada ahli keluarga yang dijangkiti, pastikan mereka memakai pelitup muka dan tidak berkongsi peralatan dengan anak.
Apabila anak menunjukkan tanda-tanda demam, batuk, atau selesema, biarkan mereka berehat di rumah. Ini bukan sahaja membantu mereka pulih lebih cepat, tetapi juga langkah penting untuk elak influenza kanak-kanak merebak kepada rakan lain di sekolah atau taska.
Imuniti yang kuat sangat penting untuk elak influenza kanak-kanak. Pastikan anak mendapat pemakanan seimbang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, protein, dan air yang mencukupi. Selain itu, pastikan mereka tidur sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam sehari untuk memastikan sistem imun berada pada tahap terbaik.
Vaksin influenza adalah antara langkah paling berkesan untuk elak influenza kanak-kanak. Ia disyorkan setiap tahun untuk kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas bagi mengurangkan risiko jangkitan teruk dan komplikasi seperti pneumonia. Rujuk doktor untuk mendapatkan jadual vaksinasi yang sesuai.
Didik anak menutup mulut dan hidung dengan tisu atau siku ketika bersin atau batuk. Selepas itu, buang tisu ke dalam tong sampah dan basuh tangan mereka. Langkah mudah ini membantu elak influenza kanak-kanak daripada merebak dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Pastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik dengan membuka tingkap agar udara segar dapat masuk. Virus influenza mudah merebak di ruang tertutup dan lembap, jadi pengudaraan yang baik amat penting untuk elak influenza kanak-kanak di rumah.
Kanak-kanak sering menyentuh pelbagai permukaan tanpa disedari. Untuk elak influenza kanak-kanak, lap permukaan yang sering disentuh seperti tombol pintu, alat kawalan, meja, dan mainan dengan pembasmi kuman secara berkala. Langkah ini membantu mengurangkan risiko penyebaran virus.
Dengan mengamalkan langkah-langkah mudah ini, ibu bapa dapat elak influenza kanak-kanak dengan lebih berkesan, terutama ketika musim penyakit mudah berjangkit. Sentiasa utamakan kebersihan, pemakanan sihat, dan vaksinasi agar anak kekal sihat serta aktif sepanjang tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat menyambut cahaya mata ketujuh, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia dan isterinya Datin Zai Izzati membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’.
Memetik Astro Gempak, Jamal berkata, dia dan isteri membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL) kerana merasakan sudah sampai masanya.
Tambah Jamal lagi, keputusan itu diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi apatah lagi isterinya sudah menjalani proses melahirkan secara Czer sebanyak lima kali.
Pun begitu katanya lagi, dia bersyukur kerana dianugerahkan zuriat lelaki dan perempuan yang ramai.
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salut peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.
“Saya rasa dah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara czer sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” katanya.
Terdahulu Jamal dan isterinya selamat menimang cahaya mata kelima mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Magdalena Yamani.
Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani atau Zack, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 3 dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu Jamal dikurniakan dua anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
SUMBER: Astro Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!