Ramai ibu mengadu anak mereka yang berusia antara 1 hingga 6 tahun mula ada masalah susah nak makan. Macam-macam cara dilakukan untuk mengajak anak makan nasi tapi selalulnya tidak berjaya. Kalau makan pun hanya pilih menu tertentu sahaja dan sudah tentu sayur antara yang akan ditolak.

Akhirnya ibu pun buntu, rasa give up dan biarkan anak makan apa sahaja yang dia mahu. Kalau anda berhadapan situasi ini, cubalah beberapa resipi ciptaan Puan Nurin yang juga pemilik Empayar ByCiknuie, pengeluar makanan bayi homemade yang sangat rajin mencipta pelbagai jenis resipi untuk anak-anaknya.

Hasilnya anak beliau memang tidak memilih makan dan paling penting sentiasa makan makanan berkhasiat air tangan si ibu.

5 Resepi Air Tangan Ibu Yang Boleh Buka Selera Anak. Baru Si Kecil Tak Susah Makan 5 Resepi Air Tangan Ibu Yang Boleh Buka Selera Anak. Baru Si Kecil Tak Susah Makan

1. Avogult Fried Rice

Untuk paste:

Ads

Separuh avocado, 1 ulas bawang putih dan 1 sudu besar full fat yogurt. Kisar semuanya dan masak sehingga kering sedikit.

Tumis paste tadi sehingga garing sedikit, masukkan nasi, sayuran, telur atau isi ikan. Goreng rata. Tabur serbuk bilis sedikit. Serius tak ada rasa tasteless avocado tu pun dan ia tersorok dalam nasi.

2. Eggdrop Bawang Putih Mix Cendawan

Ads

Ketuk 4-5 ulas bawang putih tumis dengan olive oil. Masukkan homemade chicken stock, sayuran dan masak sehingga didih. Pecah telur kocak dan goyang-goyangkan dalam masakan tadi. Letak sedikit #corncerealmeal dari @byciknuie untuk pekatkan kuah.

3. Nasi Goreng Yogurt

Tumis bawang putih, masukkan nasi kemudian gaul rata, renjis minyak bijan, pecah telur sebiji, letak sesudu kecil yogurt full fat. Gaul rata dan hidang! Nurin tambah sikit jagung bagi manis jagung ada dalam nasi. Yogurt bantu naikkan berat badan anak.

Ads

4. Telur Hancur dan Fillet Fish

2 biji ayam kampung, 1 sudu garlic spread dari @kaka_tanggo, renjis olive oil, sedikit fillet ikan. Gaul rata dan masak atas pan dan hancur-hancurkan. Makan bersama roti bun.

5. Chip Ubi Kentang

Ubi kentang sebiji sagat halus. Rendam dengan air sejuk dalam peti ais selama 30 minit. Tos kering kemudian goreng dengan minyak panas.

Sumber/Foto: Instagram DhobitDawraWorld

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI