Tiada banyak bezanya cara berpantang ibu bersalin normal dan caesarean. Namun, ibu yang bersalin melalui pembedahan caesarean memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di bahagian pembedahan.
Biar apa pun, pantang tetap pantang. Ia perlu dilakukan demi memastikan tubuh anda kembali sihat dan dapat me jalani aktiviti harian seperti biasa.
1. Sentiasa memakai stoking
Stoking perlu dipakai sepanjang tempoh berpantang. Ia hanya boleh dibuka ketika mahu ke tandas atau semasa mandi. Di waktu lainnya ia perlu dipakai. Di samping itu, jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian telapak kaki. Langkah ini baik untuk membolehkan tubuh anda kekal panas dan mengelakkannya daripada dimasuki angin.
2. Berurut
Sesetengah orang masih membuat tanggapan yang salah terhadap urutan yang perlu dilakukan oleh ibu bersalin caesarean.
Ads
Dikatakan ibu selepas bersalin secara pembedahan tidak boleh berurut. Sebenarnya, ia boleh dilakukan cuma bahagian luka pembedahan tidak disentuh.
Bahagian tubuh yang lainnya seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala boleh diurut sama seperti ibu yang bersalin normal.
Tambahan pula urutan dapat membantu melancarkan aliran darah dan mempercepatkan pembuangan darah nifas.
Ads
3. Ambil makanan seimbang
Semasa berpantang, tubuh memerlukan zat pemakanan yang seimbang. Semuanya demi kesihatan dan pemulihan tubuh dan juga bekalan kepada si bayi menerusi penyusuan susu ibu.
Walau berpantang, pastikan tubuh mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang kaya dengan nutrien ini dapat menjadikan diri anda lebih bertenaga, membantu melawaskan pembuangan air besar dan melancarkan pengeluaran susu ibu.
Ads
Diyakini buah oren bagus untuk diambil ketika berpantang secara caesarean. Bukan sahaja kaya dengan bekalan vitamin C, buah ini membantu proses penyembuhan luka pada kadar yang cepat.
4. Minum air kosong mencukupi
Biarpun dalam tempoh berpantang, air kosong perlu diminum dalam amaun yang banyak. Antara dua hingga tiga liter sehari. Minumlah dalam jumlah yang kecil tetapi lakukannya secara kerap.
Selain daripada membantu kelancaran penghasilan dan pengeluaran susu ibu, air juga sangat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan luka pembedahan.
5. Elakkan aktiviti lasak dan berat
Ketika berpantang, pergerakan diri perlu dijaga. Jadi, elakkan daripada mengangkat benda berat. Dibimbangi luka pembedahan menjadi terbuka atau bernanah pula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kebayakan ibu impian untuk menyusukan si kecil dirancang sejak awal lagi. Namun adakah ibu-ibu turut menyenaraikan langkah penyusuan bermula dari bilik bersalin?
1 jam pertama
Sebaik sahaja bayi lahir sama ada secara normal mahupun ceaserean, sentuhan kulit ke kulit perlu diusahakan antara ibu dan bayi. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, purata kejayaan dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif 6 bulan adalah tinggi. Sentuhan kulit ke kulit boleh dilakukan dengan cara meletakkan bayi di atas dada ibu dalam masa sejam sebaik saja kelahiran untuk biarkan bayi kenal bau ibu dan bayi akan lebih bertenang. Daripada sentuhan kulit ke kulit ini, hormon oksitosin akan dihasilkan. Rembesan hormon oksitosin atau dikenali dengan hormon cinta pada ibu akan untuk membuatkan rasa cinta dan kasih sayang kepada anak yang dilahirkan.
Teknik ini juga membantu ibu mengeluarkan kolustrum (susu yang penuh dengan antibodi) seawal sejam selepas kelahiran. Kolustrum merupakan susu yang sangat bagus untuk melindungi usus bayi baru lahir. Ia memiliki antibodi dan imunisasi yang sangat tinggi.
Sentuhan kulit ke kulit
Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi dilakukan dengan menggunakan cara ibu kanggaru (kangaroo mother care). Ia boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir termasuk bayi pramatang.
LANGKAH 1
Posisi penyusuan selepas kelahiran.
Kedudukan bayi iaitu kepala badan dan punggung perlu selari.
Kepala dan badan bayi menghadap ibu.
Kedudukan bayi rapat dengan badan ibu.
Sewaktu sedang menyusu, bayi diampu dengan kedua-dua tangan ibu.
LANGKAH 2
Lekapan bayi di payudara.
Pastikan mulut bayi dibuka luas.
Dagu bayi perlu bersentuhan dengan bahagian bawah payudara semasa menyusu.
Bayi menyusu di bahagian aerola (tampuk hitam) di mana aerola di bahagian bawah perlu berada sepenuhnya dalam mulut bayi.
Rooting reflex
Adakah ia normal bagi ibu yang terus menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dibersihkan. Dengan usaha ini, kadar kejayaan penyusuan secara eksklusif enam bulan adalah tinggi sekiranya bayi disusukan lebih awal iaitu semasa proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan.
Rooting reflex iaitu refleks semula jadi bayi baru lahir masih kuat ketika ini. Apabila diletakkan di atas dada ibu, bayi dengan sendirinya menggerakkan kepala kepada kawasan tampuk hitam (aerola) ibu dan dengan sendirinya melekap dan melakukan hisapan (suckling) pada payu dara ibu. Ia juga dikenali sebagai breast crawl.
Pelan kelahiran
Justeru, amat mustahak bagi ibu memberitahu pihak hospital (sekiranya hospital bukan rakan bayi) bahawa anda ingin menyusukan bayi sejurus selepas bersalin. Penyediaan pelan kelahiran yang akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang. Nyatakan di dalam pelan kelahiran bahawa anda mahu sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan menyusukan bayi seawal sejam kelahiran tidak kira kelahiran secara normal ataupun pembedahan caesarean.
Namun bagi kelahiran secara pembedahan caesarean, pengambilan bius epidural memberi kesan yang kurang baik kepada bayi. Bayi selalunya akan berada dalam pengaruh ubat sebaik sahaja kelahiran. Dalam keadaan begini, hisapan bayi akan menjadi agak lemah dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu dimulakan lambat. Diharapkan informasi ini memberi peluang kepada ibu bersedia dari segi mental dan fizikal dan memberikan gambaran jangkaan
5 sebab mengapa penyusuan susu ibu perlu diberikan selepas kelahiran
Puting tiruan akan memberi kesan negatif kerana ia boleh membuatkan bayi tidak dapat melekap dengan baik di payu dara.
Penggunaan puting tiruan akan mengurangkan kadar hisapan bayi. Sekiranya kadar hisapan berkurangan, maka payu dara akan menerima rangsangan yang kurang dan memberi kesan kepada penghasilan susu.
Pengenalan botol terlalu awal boleh menyebabkan sesetengah bayi keliru puting. Bayi lebih mudah untuk memilih botol berbanding menyusu secara terus kerana penggunaan botol tidak memerlukan bayi bekerja kuat untuk mendapatkan susu. Dengan hanya satu hisapan, susu akan keluar dari botol. Jadi segala otot di bahagian mula tidak digunakan sepenuhnya.
Susu formula boleh memberi risiko negatif kepada kesihatan usus bayi.
Bayi juga mudah untuk mendapat cirit birit (diarhea) kerana protein dalam susu tersebut tidak sesuai dengan bayi dan jika dibancuh dengan teknik bancuhan yang salah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu selepas bersalin, terutama yang mengambil suntikan epidural selalu mengadu sakit belakang dan menganggap kesakitan itu berpunca daripada kesan suntikan tersebut.
Untuk pengetahuan ibu, kesakitan yang dialami itu bukanlah disebabkan kesan suntikan epidural, tetapi faktor lain yang berlaku semasa dan selepas bersalin.
Melalui perkongsian jururawat Bel Nawhen, dia memberikan fakta kenapa sakit belakang selepas bersalin dan perbezaan antara spinal anesthesia dan epidural anesthesia.
Bagi memastikan pembedahan berjalan lancar, pembiusan memainkan peranan penting. Selain itu, bius mampu menghentikan sementara rasa sakit sepanjang proses pembedahan. Selain bius penuh, bius separuh badan juga merupakan bius yang popular. Ia dikenali sebagai Spinal Anesthesia.
Ramai yang keliru antara spinal anesthesia dan epidural anaesthesia. Cuma ia tetap menggunakan ubat bius bagi mengebaskan anggota dari pinggang ke bawah.
Spinal Anaesthesia
Ubat bius dimasukkan ke dalam air tulang belakang. Spinal Anaesthesia kebiasaannya diberi bagi procedure seperti Caesarean, procedure melibatkan bahagian pinggang ke bawah.
Ia disuntik ke dalam cecair tulang belakang anda.
Ia lebih cepat memberi kesan serta-merta.
Epidural Anaesthesia
Ubat bius dimasukkan ke dalam rongga epidural yang juga terletak di tulang belakang (epidural space)
Ia akan membuatkan anda berasa kebas atau juga menahan rasa sakit di beberapa kawasan badan anda.
Di dalam kes ibu yang bersalin, ia akan memberi kesan dari pinggang hingga kaki. Ia mengambil masa 10-20 minit untuk memberi kesan kebas tersebut.
Satu tiub kecil akan dibiarkan di tempat tersebut. Oleh itu jika anda memerlukan dos yang lebih lagi, ubatan hanya dimasukkan dengan terus melaluinya.
~ Pemilihan lokasi suntikan bergantung kepada kawasan yang hendak dibedah. Kemudian, sebelum memulakan pembedahan, tahap kekebasan kaki akan diuji dahulu bagi memastikan ubat bius bertindak sepenuhnya.
~ Merasakan bahawa kaki amat berat atau seolah lumpuh adalah perkara normal. Ia akan hilang dalam tempoh 6jam. Kerana itu, pesakit dikehendaki berbaring selama sekurang-kurang 6jam selepas diberikan spinal. Tujuannya adalah:
1) Tidak mahu pesakit jatuh jika berjalan semasa kesan bius masih ada.
2) Mengelakkan risiko sakit kepala kerana kesan cucukan di spinal space menyebabkan tekanan csf (cerebro spinal fluid) menjadi menurun. Penurunan tekanan ini menyebabkam sakit kepala.
Sakit belakang selepas ambil bius spinal dan epidural?
1)Bagi ibu yang baru melahirkan. Sakit belakang bukanlah sesuatu yang disebabkan oleh bius. Tetapi disebabkan perubahan bentuk tubuh sebelum, semasa dan selepas melahirkan.
2) Rahim yang mengembang semasa mengandung turut akan melemahkan otot abdomen dan menyebabkan tekanan tambahan yang boleh menjadi punca kepada sakit belakang.
3) Penambahan berat badan dalam tempoh hamil juga menyebabkan sakit belakang.
4) Proses bersalin juga boleh menyebabkan rasa sakit belakang yang berlarutan.
5) Faktor usia dan kekerapan hamil dan bersalin juga merupakan faktor penyumbang kepada sakit belakang.
Ada beberapa tips bagi mengurangkan rasa sakit belakang selepas bersalin antaranya;
Dapatkan berat badan yang ideal. Kegemukan menyumbang kepada rasa sakit belakang yang tidak kesudahan.
Bersenam dan buat aktiviti fizikal ringan semasa dan selepas bersalin. Aktiviti fizikal dan senaman membantu memulihkan ketegangan otot dan ligamen selain membantu meningkatkan fleksibiliti otot sekitar.
Rehat dengan cukup selepas melahirkan. Ahli keluarga terutama suami, bantulah isteri dalam menguruskan anak dan berpantang. Melahirkan itu meletihkan, rasa nyawa seperti dicabut-cabut.
Elak dari melakukan kerja-kerja berat tidak kira semasa mengandung dan selepas bersalin seperti mendukung anak, mengangkat benda berat dan melakukan tugasan yang memerlukan tenaga digunakan. Beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.
Pastikan anda amalkan postur yang betul samada semasa duduk, berdiri dan mengangkat benda berat. Body mechanic yang betul dapat mengurangkan rasa sakit dan risiko kecederaan.
Pastikan postur semasa menyusukan bayi adalah betul dan memberikan keselesaan kepada ibu dan anak. Elakkan membongkok. Lebih baik bersandar rapat ke kepala katil atau ampu belakang dengan bantal.
Pakai kasut yang selesa dan tapak rata. Elak pakai kasit tumit tinggi buat sementara. Kasut tumit tinggi akan memberikan ketegangan pada betis dan membawa kepada sakit pinggang.
Dapatkan sumber kalsium yang cukup. Kurang kalsium menyebabkan sakit belakang serta tangan dan kaki yang mudah kebas. Boleh juga ganti dengan sumber sayuran dan kekacang yang kaya kalsium jika ibu tidak minum susu. Sebarang supplement yang mahu diambil, biarlah atas pemantauan doktor.
** Spinal dan Epidural hanya boleh diberi oleh doktor pakar atau medical officer di bahagian bius. Bukan doktor pelatih ataupun jururawat.
Notakaki;
Jangan keliru antara keduanya. Sekurang-kurang anda diberi suntikan bius dan bukannya dibedah hidup-hidup.
“Malam tadi bila lihat perjuangan, pergelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.
“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.
“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga.
“Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar, yang paling penting, Faz akan sentiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteri. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” coretnya sambil berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Pada 2021, Fazreen, 38, memaklumkan isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan 10 minggu.
Sebelum itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu pernah diuji dengan dua kali keguguran sebelum membuat keputusan mengambil anak angkat, Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun.
Selain itu, mereka turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; dan Mohd Rizqin Haqq, 5.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...