Mari semak sebab anda perlu membeli-belah di 16th TCE Baby Expo. Sejak beberapa tahun yang lalu, TCE Baby Expo menjadi ekspo kegemaran yang menjadi pilihan oleh para ibu bapa di Malaysia. Ia sememangnya terkenal di kalangan para ibu bapa yang mahu mendapatkan kelengkapan dan keperluan bayi dan anak masing-masing.
16th TCE Baby Expo akan diadakan pada 25 dan 26 November 2017 di Atrium, Hall 1, Hall 2 & Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre, bermula daripada jam 9 pagi – 10 malam. Bererti anda mempunyai masa sehingga 13 jam untuk membeli-belah pelbagai kelengkapan anak di sini.
1. Booth jenama eksklusif popular
Di dalam eskpo kali ini terdapat 56 booth exhibitor daripada jenama eksklusif popular di Malaysia. Apa yang menarik, akan ada lebih 100 jenama eksklusif yang membuat jualan. Antaranya, Mamy Poko, Pet Pet, Pureen, Tommee Tippee, Swandoo, Coby House, Philips Avent, Fisher-Price, Peg-Perego, Ichiro, Combi, Mustela, Fiffy, Tollyjoy dan banyak lagi.
2. Tawaran Star Buy
Kebanyakan booth exhibitor yang ada di ekspo ini menawarkan potongan harga yang menarik demi menarik perhatian pembeli. Rugi jika anda tidak berkunjung ke eskpo ini kerana terdapat lebih daripada 1000 Star Buy dengan diskaun sehingga 99%.
Terdapat peraduan yang boleh disertai secara online iaitu Facebook Tag, Share & Win Contest! Anda hanya perlu jadi follower Facebook TCE Baby Expo. Kemudian, tag dan share. Menariknya, anda bakal memenangi 14 Greentom Strollers , 8 Omnio Stroller dan 60 Justice League Diaper Bag bernilai RM55,350.
4. Peraduan pentas utama
Selain daripada peraduan online, terdapat juga peraduan yang bakal berlangsung di atas pentas utama pada 25 dan 26 November 2017 nanti. Jangan lupa bawa anak-anak anda untuk sama-sama terlibat dalam pelbagai jenis peraduan yang ada. Apa yang pasti, setiap peraduan berkenaan menjanjikan hadiah-hadiah menarik daripada para penganjur.
Sambil membeli-belah, anda turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Jadi, jangan buang begitu sahaja resit pembelian. Pastikan anda mendaftar sebagai salah seorang peserta cabutan bertuah di kaunter pendaftaran eskpo yang terletak di hadapan pintu masuk utama ekspo.