Oren, biru, hijau, merah, kuning dan banyak lagi warna-warna anak anda perlu tahu. Mengetahui jenis-jenis warna memang seronok dan mudah jika kena caranya. panduan untuk mengajar anak anda mengenai warna.
Usia tiga tahun adalah masa permulaan untuk anak anda mengetahui jenis-jenis warna. Anda boleh mula ajar anak mengenal warna sebelum dia memasuki pra sekolah. Pekara yang paling asas ialah mulakan dengan apa yang dia lihat setiap hari.
Ia boleh dilakukan dengan menyebut warna perabot, perkakasan rumah, permainan dan buku berilustrasi. Sebenarnya mempelajari warna adalah permulaan yang baik untuk melatih otak anak anda tentang kebolehan berfikir.
Bagi kanak-kanak kecil untuk mengenal warna mereka memerlukan pelbagai maklumat yang mudah dah tepat. Misalnya apabila anda menunjukkan buah epal dan katakan ia berwarna hijau,kemungkinan anak anda akan beranggapan bahawa bentuk epal membawa maksud warna hijau.
Namun anda seharusnya menunjukkan dengan jelas bahawa bukan buah epal sahaja yang berwarna hijau. Sebaliknya warna hijau mungkin pada fabrik kain atau dedaun. Juga jelaskan kepadanya ada banyak warna-warna lain disekelilingnya kehidupannya sama ada ia di dalam atau di luar rumah.
Dalam hal ini apabila anak-anak sudah boleh mengenal warna, mudah untuk dia melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Sesetengah ibu bapa berpendapat ia hanya aktiviti untuk berseronok dan menghabiskan masa sahaja. Namun mewarna ini membantu kanak-kanak mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Di sini ada beberapa sebab kenapa kanak-kanak perlu mewarna.
1.Mengenal warna
Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna di awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain.
2.Luahan
Ads
Mewarna adalah cara yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dirasakannya. Dia akan menconteng dan melakar pada kertas putih mengikut perasaaanya. Jika perasaannya stabil, lakaran warna kemas dan sebaliknya jika perasaanya tidak stabil. Dalam pada masa yang sama, ia boleh dikatakan terapi buat si manja kerana dia akan memilih jenis-jenis warna yang dia suka tanpa dipaksa oleh ibu bapa atau pengasuh.
3.Membina kemahiran motor halus
Mewarna membantu kanak-kanak membina kemahiran motor halus mereka. Kemahiran motor halusnya penting dalam kehidupannya. Apabila melakukan aktiviti mewarna, ia membantu seorang kanak-kanak membangunkan otot-otot tangan mereka dengan cara dengan cara memegang dan mengawal pencil warna dengan betul.
4.Belajar fokus dan had
Mewarna mengajar kanak-kanak belajar tentang fokus sesuatu pekara. Misalnya apabila melukis dia akan memberi tumpuan untuk menghabiskan lukisannya. Malah ia juga membuatkan kanak-kanak belajar tentang had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak yang berjaya mewarna dengan baik akan merasa bangga dengan hasil kerjanya dan bina keyakinan dalam dirinya.
Rabun warna
Kanak-kanak turut mengalami masalah rabun warna. Namun ada segelintir ibu bapa tidak dapat mengesan masalah ini kerana kanak-kanak kecil tidak mengenal warna-warna dengan baik. Jika dibiarkan berterusan mengakibatkan wujud masalah pembelajaran di awal persekolahannya. Jadi semua kanak-kanak (terutama kanak-kanak lelaki) wajar menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor
Ads
15 AKTIVITI MENGAJAR TENTANG WARNA
1.Buat agar-agar berwarna.
2.Ajak anak bungkus kertas hadiah yang berwarna.
3.Guna cawan minum berwarna.
4.Biarkan dia bermain dengan kertas warna.
Ads
5.Berikan air yang berwarna untuk si manja minum.
6.Ajak dia bersama-sama membuat muffins yang berwarna.
Bila mengajar tentang merah, beri dia makan stawberry
Warna coklat, makan coklat.
Warna biru,kaitkan dengan lautan.
Hijau, makan epal dan timun dan juga tentang alam semulajadi dan tumbuhana-tumbuhan.
Warna oren, ingat buah oren dan lobak
Buat origami menggunakan kertas warna putih.
13.Masak nasi bersama anak dan katakana ia berwarna putih.
14.Kuning dengan warna lemon juga makan nenas.
Hitam dan putih, ceritakan tentang haiwan zebra.
LATIHAN PADA ANAK
1.Apabila anak anda sudah mengenal warna suruh dia mengambil beberapa helai baju yang berwarna yang telah dipelajari pada minggu sebelum ini.
2.Setiap minggu, suruh si manja tunjukkan warna yang dipelajarinya dalam majalah.
3.Apabila berada diluar rumah, suruh anak anda cari warna hijau. Biarkan dia mengutip dedaun di padang permainan
4.Kanak-kanak banyak belajar tentang warna daripada ibu bapanya dan gurunya di tadika.
Rumah adalah tempat yang sangat baik untuk anak anda mengenal warna dengan mudah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa, pada hari raya mahupun hari biasa, ada kanak-kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin, berlari-lari dalam rumah, buka peti sejuk tuan rumah. Tanpa sedar anak ini melampau batas dan keterlaluan kerana tiada yang menegur.
Mak Ayah Wajib Tegur 5 Perangai Anak Ini
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil:
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
Tidak lama lagi kita semua akan menyambut tahun 2018 dan dengan ketibaan tahun baharu ini, pasti ada si kecil comel dalam famili anda yang sudah cukup usianya untuk dihantar ke tadika. Namun, tidak semua kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dalam suasana pendidikan sebegini dengan cepat. Malah, ada juga yang pasti akan menjerit dan meraung apabila dihantar ke tadika. Apa kata papa dan mama di luar sana cuba menilai diri dan elakkan 6 kesilapan di bawah, andai kata si kecil comel dalam keluarga tidak mahu ke tadika.
Ikuti panduan oleh Dr Airil Haimi Mohd Adnan yang merupakan Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal.
Kesilapan 1: Tidak mendengar luahan rasa si kecil
Bila si kecil tidak mahu dan meronta-ronta apabila disuruh ke tadika, ada banyak sebab yang perlu kita ketahui sebelum menyalahkan dia atau tadika berkenaan. Apa kata mama dan papa cuba bersembang dan bertanya apa sebabnya si kecil tidak mahu ke tadika? Siapa tahu, sebab yang dia berikan mungkin suatu hal atau isu kecil yang mungkin mudah untuk kita selesaikan.
Kesilapan 2: Tidak meluangkan masa di tadika
Sekadar bertanya “kenapa” sahaja tidak mencukupi apabila kita cuba menangani isu si kecil yang berkeras tidak mahu ke tadika. Papa dan mama wajib meluangkan masa untuk sama-sama ke tadika berkenaan serta sama-sama ‘belajar’ dengan si kecil. Perhatikan hal atau isu yang mungkin menjadi penyebab stres hingga si kecil benci dan tidak mahu lagi pergi ke tadika berkenaan.
Kesilapan 3 : Gagal menimbulkan minat si kecil terhadap ilmu
Rasa kecintaan terhadap ilmu sebenar dan rasa ingin tahu sebenarnya wajib dipupuk sebaik sahaja si kecil sudah boleh bereaksi dengan papa dan mama serta dunia di sekeliling. Pupuklah minat dan rasa ingin tahu akan ilmu melalui buku dan membawa si kecil ke perpustakaan, misalnya. Kenapa? Supaya dia tidak ‘terkejut’ apabila nanti dia dihantar ke tadika pula.
Kesilapan 4: Melepaskan semua tanggungjawab kepada pendidik prasekolah
Dalam kesibukan dan tekanan hidup masa kini, mama dan papa yang sama-sama bekerja kadang-kadang melepaskan tanggungjawab mendidik si kecil kepada cikgu di tadika. Akibatnya, mungkin timbul kelaziman dalam diri si kecil yang akan melihat tadika sebagai tempat yang agak serius dan tiada keseronokan. Inti patinya mudah, papa dan mama serta cikgu tadika adalah ahli sepasukan!
Kesilapan 5: Tidak pula membina ‘jambatan’ antara tadika dan rumah
Setiap hari, mama dan papa wajib bertanya kepada si kecil, apakah yang dia lakukan atau pelajari di tadika? Sebagai orang dewasa, kita perlu membina ‘jambatan’ antara tadika dan rumah kerana sesungguhnya, proses pendidikan praformal ialah suatu proses lengkap yang meliputi suasana rumah, tadika dan alam sekeliling. Hanya dengan cara ini si kecil akan lebih tertarik untuk ke tadikanya.
Kesilapan 6: Kurang mengerti tentang konsep perkembangan
Apakah yang papa dan mama harapkan apabila si kecil comel pergi ke tadika? Adakah dia diharapkan akan menjadi seorang genius? Ada segelintir kanak-kanak yang membenci tadika kerana mama dan papa mereka menekan mereka dan memaksa mereka menjadi seperti kanak-kanak sekolah rendah yang sudah mahir membaca, menulis dan mengira. Tadika adalah kerangka paling asas pendidikan, tadika bukanlah sekolah atau kolej.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.
Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.
Sebelum Zizie berkongsi gambar kembar anak angkatnya, ramai yang tak mengetahui Jenna mempunyai saudara kembar yang seiras.
Rata-rata peminatnya mengharapkan agar Zizie terus merapatkan hubungan adik beradik ini dan tak memisahkan mereka berdua walaupun jarak jauh kerana difahamkan Niza berada di Sabah.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: Gempak & Ig Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!