Menjelang Hari Raya, sudah tentu masing-masing sibuk merancang untuk pulang ke kampung.
Bagi yang ada anak kecil terutama bayi, sudah tentu kepulangan paling dinantkan. Ramai yang tidak sabar hendak menyambut si comel pulang ke kampung.
Biarpun tak sabar hendak pulang berhari raya di kampung halaman bersama si comel tersayang tetapi jangan lupa tentang risiko yang mungkin dihadapi oleh anak anda.
Risiko bayi comel anda mendapat perhatian daripada ramai sanak saudara dan kaum keluarga di hari raya nanti memang tinggi.
Siapa yang tidak geram melihat pipi gebu dan badan montel si bayi comel. Semua orang hendak dukung dan cium pipi gebu anak anda.
Si kecil yang tidak tahu apa, hanya mampu tersenyum atau paling kurang pun menangis jika dia tidak selesa.
Tetapi ia sebenarnya mendedahkan anak anda kepada risiko jangkitan kuman dan penyakit. Berhati-hati ya!
Sekarang ini macam-macam kuman dan penyakit yang ada di sekeliling kita. Akibatnya banyak kesan buruk dengan kemunculan pelbagai jangkitan penyakit.
Antara golongan yang paling berisiko dan mudah menerima jangkitan kuman adalah bayi, kanak-kanak dan orang tua.
1. Kulit Bayi Sensitif
Makcik-makcik yang pakai lipstik merah menyala sempena hari raya sangat berisiko jika mencium pipi gebu bayi. Ada bayi mempunyai kulit sensitif.
Ads
Bila sahaja orang yang berlipstik mencium pipinya, ia boleh menyebabkan kerengsaan dan kegatalan. Akibatnya kulit bayi tiba-tiba akan menjadi merah dan ruam.
Tak pasal-pasal baby menangis dan meragam. Jadi, lebih baik elakkan daripada orang berlipstik mencium bayi anda.
2. Sistem Imun Badan Bayi Tak Kuat
Bagi yang tidak sihat seperti selesema dan batuk, lupakan sahaja hasrat anda untuk menggomol bayi comel. Tengok sahaja dari jauh sambil melambai-lambaikan tangan anda.
Tak pun anda boleh ambil gambar bayi sahaja ataupun selfie dari jarak jauh dengan bayi. Cubalah ada rasa simpati kepada si comel, sebab anda boleh menyebarkan bakteria kepada bayi yang tak berdosa tersebut. Nanti, bayi pula yang kena selesema dan batuk.
3. Bayi Tidak Selesa
Ads
Bila sudah ramai sangat ‘peminat’, bayi pun jadi tak selesa. Cubalah bagi ruang dan masa kepada si comel untuk memerhatikan persekitaran barunya.
Kalau semua orang berebut hendak mendukung dan menciumnya, si kecil yang baru hendak mengenal suasana baru jadi tak selesa dan mula meragam. Akibatnya ibu bapa bayi yang jadi kelam kabut bila bayi menangis tak tentu pasal.
4. Bayi Perlukan Rehat
Kadang kala ada orang sengaja tak mahu faham tentang situasi bayi yang memerlukan tidur dan rehat secukupnya. Kalau sepanjang hari asyik didukung dan digomol sahaja, sudah tentu si kecil akan berasa penat dan mudah meragam.
Ini kerana dia tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Maka, cubalah fahami situasi ini. Janganlah menuduh seseorang itu kedekut kerana tidak membenarkan orang lain mendukung anaknya. Tentu dia ada alasan yang tersendiri.
5. Bayi Akan Mengigau Ketika Tidur
Ads
Mungkin pada waktu siang hari bayi kelihatan cukup gembira apabila berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Dari satu tangan ke satu tangan bertukar mendukungnya.
Tetapi kadang kala akibat terlalu ramai mengagah, mendukung dan menciumnya, bayi akan meragam dan mengigau pada waktu malam semasa sedang tidur.
Akibatnya ibu dan ayah pun jadi susah sebab perlu berjaga malam kerana anak asyik menangis dan mengigau.
Bagi yang ada anak kecil, anda perlulah bertegas dalam hal berkaitan anak. Bukan kedekut untuk membenarkan orang lain mendukung atau mencium bayi kita tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.
Maklumlah bila anak sudah dijangkiti kuman dan tidak sihat, kita juga yang susah hati. Maka masing-masing perlulah menghormati pilihan mereka dan perlu tahu had yang sepatutnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersalin adalah saat getir buat ibu, antara hidup dan mati. Pengalaman seorang suami menghadapi saat kelahiran isterinya ini benar-benar mengusik sanubari.
Pengorbanan ibu bermula daripada mulanya hamil hinggalah ke akhir hayat. Saat genting bertarung nyawa melahirkan zuriat, si ibu tetap mendahulukan anak berbanding dirinya.
Hargailah isteri. Bila ada perasaan tidak puas hati dan ingin marah kenangkanlah pengorbanannya melahirkan zuriat keturunan dari rahimnya.
Ketuban pecah tapi bukaan hanya 2cm. Sayu melihat dirinya lemah. Tabahnya hatimu wahai isteri
10 pagi, bukaan baru 4cm. Isteri ditolak ke bilik yang dihuni mereka yang ada masalah untuk bersalin.
2 kali indius bukaan hanya 6cm. Doktor putuskan untuk dibedah kerana bayi lemas. Air mata bertakung bercucuran. Doktor tinggalkan kami untuk luangkan masa, mungkin ini kali terakhir aku boleh bercakap dengan isteriku.
Yasin dibaca, aku tidak dapat menjawab soalannya cuma merangkulnya dengan tangisan seperti tiada lagi esok untuk kami bersama.
“Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya…”
Ya…saya suaminya
Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kami berkasih sayang.
“Saya tak nak anak saya dimasukkan ke ward” boleh ke ibu bapa bersikap seperti ini? Walaupun anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, namun ia bukan bermakna anda boleh melakukan sebarang tindakan secara sesuka hati kepada mereka.
Ibu bapa yang menafikan rawatan kesihatan boleh didakwa dibawah Akta Kanak Kanak. Hak penjagaan anak boleh ditarik dan anak akan diletakkan dibawah jagaan sementara JKM.
Sekiranya anak perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan, ibu bapa juga TIDAK BOLEH menandatangani borang AOR (At Own Risk) untuk menolak sebarang rawatan.
Ibu bapa yang menolak rawatan untuk anak-anak boleh didakwa di bawah akta kanak-kanak, tiada ibu bapa atau penjaga boleh menolak sebarang bentuk rawatan kesihatan untuk anak-anak.
Malah hak penjagaan anak boleh diambil sementara atau penglibatan pihak polis dan jabatan kebajikan masyarakat untuk memastikan anak dirawat sementara.
Sudahpun bergelar bapa! Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Rizman mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi tadi. Puteri kesayangan ibu dan ayahnya ini diberi nama yang cukup indah, Princess Rizqaa.
Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam.
Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa.
Rizqaa: A blessing, gift from Almighty,” kongsi Rizman lagi.
Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.
Titip doa buat anak
Bukan itu sahaja, malah Rizman turut mendoakan kelahiran cahayamata sulungnya itu semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan agamanya kelak.
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.
Sementara itu, isterinya, Nurida Suraya turut berkongsi kegembiraan ini di instagram miliknya. Comel sungguh Princess Rizqaa. Moga terus membesar dengan sihat!
“Syukur Alhamdulillah . Welcome to the world my baby girl”, kongsinya ringkas.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan artis dan selebriti tanahair yang mengucapkan tahniah sambil mendoakan agar kesejahteraan ibu dan baby Rizqaa.
Semoga baby Rizqaa terus menceriakan dan melengkapkan kehidupan mummy dan daddynya!
Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.