Kenapa anak kecil suka main suis letrik di dinding rumah? Adakah anak anda pun mempunyai ‘hobi’ yang sama? Sebenarnya ia adalah perkara biasa apabila melihat si kecil yang berusia 8 bulan ke atas gemar memetik suis letrik di dinding rumah. Siapa yang tidak risau bila anak kecil main suis letrik.

Kalau berlaku depan mata ia masih boleh dihalang tetapi kalau si kecil melakukannya di luar pengetahuan, memang risau!

Untuk pengetahuan ibu dan ayah, berikut antara sebab mengapa suis lektrik menjadi salah satu ‘mainan’ kegemaran si kecil.

1. Mereka dalam fasa meneroka persekitaran jadi mereka hendak mencuba semua perkara baru. Setiap hari adalah pelajaran baru bagi si kecil. Dia teruja hendak meneroka dunia baru di luar katil bayi atau playpennya. Jadi bila dia sudah dibiarkan bebas merangkak atau berjalan di sekitar rumah, anak anda tak sabar hendak cuba menekan suis tersebut.

2. Suis elektrik dianggap seperti alat mainan yang menghiburkan dan menyeronokkan bagi si kecil.

3. Mereka tidak tahu tentang rasa bahaya. Bagi si kecil semua objek yang ada di sekitarnya mesti dipegang atau disentuh tanpa mempedulikan sama ada ia berbahaya atau tidak.

IKLAN

Ini Sebabnya Si Kecil Suka Sangat Main Suis Letrik. Jangan Marah Tapi Awasi Mereka!

4. Teringin meniru perbuatan orang dewasa. Selama ini mereka asyik memerhatikan perbuatan orang dewasa memetik suis, memasang soket elektrik, mengecas handphone dan sebagainya lagi. Jadi bila sudah ada peluang, memang si kecil tak akan melepaskannya.

5. Rasa ingin tahu yang tinggi. Dalam proses membesar, sifat ingin tahu menjadi sebahagian daripada pembelajaran si kecil. Tak hairanlah dia asyik buka dan tutup suis letrik atau suis lampu di dinding rumah serta cuba memasang plug barang letrik atau memasukkan jari kecilnya ke dalam soket.

IKLAN

Walaupun cubaan meneroka benda baru adalah bagus untuk perkembangan pembelajaran anak tetapi malangnya, semua suis elektrik, plug barangan elektrik dan soket tidak direka selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

Jadi, sebagai ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak, anda mestilah menjadikan ruang kediaman selamat untuk si manja teroka tanpa mencederakannya.

Beberapa cara boleh dilakukan untuk membantu anak ‘explore’ dunia sekitarnya tetapi mengekalkan keselamatan.

a. Kenal pasti bahaya eletrik di dalam rumah. Kebanyakan barangan elektrik, gajet dan wayar adalah bahaya kepada si kecil.

IKLAN

b. Jauhkan daripada capaian anak. Si kecil tak akan faham tentang larangan ‘jangan’ menyentuh suis elektrik. Jadi untuk mengelakkan dia daripada membuka atau menuutp suis, anda perlu kreatif menjauhkan atau menyukarkan anak daripada menyentuhnya. Mungkin susun atur perabot dalam rumah perlu diubah suai sehingga anak faham tentang erti bahaya!

c. Menutup soket letrik menggunakan penutup khas yang ada dijual di kedai hardware atau untuk penyelesaian murah dan jangka pendek, anda boleh menggunakan pita pelekat buat sementara. Ia mungkin tidak tahan lama tetapi asalkan ia mampu melindungi suis tersebut daripada capaian si kecil usia 2 tahun yang asyik menutup dan membuka suis, ia sudah cukup baik.

d. Terangkan erti bahaya jika bermain dengan suis atau plug elektrik. Mungkin anda akan merasa stres kerana amaran bahaya anda langsung tidak diendahkan oleh si kecil tetapi pengulangan kata-kata amaran dan sedikit denda mungkin akan berkesan walaupun mengambil masa yang lama.

e. Berikan anak rasa tanggungjawab. Memetik suis dianggap satu permainan bagi si kecil. Mereka berminat untuk tahu apa akan jadi bila suis ditekan. Apabila anda mengajar anak tentang bahaya bermain suis, berikan mereka sedikit tanggungjawab. Contohnya bila masuk ke dalam bilik, suruh anak buka suis lampu. Kemudian suruh mereka menutup suis apabila keluar. Dengan cara ini, mereka tahu bahawa perbuatan memetik suis letrik bukanlah satu permainan tetapi tugas yang penting!

Mempunyai anak kecil memang menjerumuskan kita ke dalam banyak risiko bahaya. Tetapi kita tidak boleh menghalang keinginan mereka untuk meneroka dunia sekitar kerana ia penting untuk pembelajaran mereka. Namun anda perlu memastikan keselamatan si kecil tetap terjaga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI