5 tahun berusaha hamil & disahkan mengalami PCOS, wanita ini disahkan mengandung setelah turun berat badan sebanyak 15kg. Ibu ini kongsikan tips dan usahanya yang dilakukannya untuk hamil.

Video kejutan Intan Nur Elliana Zakaria  kepada suaminya sebelum ini telah tular di mana memberitahu suaminya tentang kehamilan secara surprise.

“Masih ingat lagi tak satu video viral dulu? Seorang isteri membuat kejutan pada suami tercinta dgn sebuah kotak berbentuk hati.

Ingat? Dalam kereta… kejutan tu membuat si suami berjujuran air mata. Ingat tak?”

Syukur Alhamdulillah…hadiah kotak tu pun dah selamat berada dipangkuan suami isteri tersebut….

Lima tahun…. ya lima tahun penantian yang agak lama buat suami isteri yang sememangnya yg dinanti selepas diijab kabulkan.

5 Tahun Berusaha & Alami PCOS, Disahkan Hamil Setelah Turun 15kg. Ibu Ini Kongsi 9 Tips & Usahanya

Jangan kata 5 tahun, setahun pun dah kira lama sangat kan? 

Pada 27september2018, lahirlah seorang Permaisuri pelengkap sebuah perkhawinan… Nama permaisuri tersebut adalah #DELIMA_NUR_LAILASARI #BTE_MOHD_SAFIY_HAFIFI_MOHAMAD.

IKLAN

Sangat comel. Macam papa &mama dia.

Dan mama & anak telah pun selamat menjalani hari pantang selama 44hari Alhamdulillah.

Kita sama-sama doakan ya semoga permaisuri hati Intan Nur Elliana Zakaria menjadi anak yg solehah dan sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Aamiin.

Disini Intan ada memberitahu mcm mana cara dia berusaha dan amalkan untuk dia dan suami boleh subur ya. cubalah ya cara Intan ni. Mudah-mudahan tahun depan boleh timang cahaya mata, in sya Allah. Aamiin.”

5 Tahun Berusaha & Alami PCOS, Disahkan Hamil Setelah Turun 15kg. Ibu Ini Kongsi 9 Tips & Usahanya

IKLAN

PERJALANAN RAWATAN KAMI UTK MENDAPATKAN CAHAYA MATA.

Puan Intan Nur elliana telah berkongsi tip tentang usaha yang telah dilakukannya sepanjang beberapa tahun dari 2018 hingga disahkan hamil pada Januari 2018.

2014

  • Dari segi ubat & supplements.
  • Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu.
  • Saya ambil makanan sunnah juga.
  • Pergi bermacam2 rawatan batin (tapi tak menjadi).

2015

  • Check kesuburan di hospital (husband & wife), macam kami buat di hospital swasta (caj dlm rm800++ utk cek permulaan sahaja, haha mahal gila), check di hospital gov rasanya berganda2 murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
  • Husband ada sperm issue (sperma lambat /  tidak aktif).
  • Saya ada masalah PCOS (telur byk tapi semua kecil & xmatang).
  • Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori.

2017 -Kurangkan berat badan & jaga pemakanan:

  • Saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg (bukan semua orang mampu buat atkins, jangan paksa diri kalau  tak mampu, anda boleh diet sihat/diet kalori/ Intermittent Fasting Diet/ Diet Suku Suku Separuh)
  • Lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat).
  • Husband ikut sikit-sikit je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama-sama.
  • Husband memang tidak merokok.
  • Saya makan folic acid.

2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional

IKLAN
  • Husband buat rawatan urut saraf di Sg Haji Dorani Sg Besar, Selangor (wak sanip- 0136016338).
  • Saya buat sekali rawatan urut hamil di Melaka (bole add beliau di Facebook Smiley Loly Lilley).
  • Bekam seluruh badan untuk keluarkan angin dan darah kotor dalam badan. (Kalau boleh sebulan sekali).
  • Kerapkan honeymoon berdua, tak ada bajet dalam bilik pon boleh honeymoon, pasang lagu romantik dan bau-bauan aromaterapi.

Selepas berjaya turunkan berat badan sebanyak 15kg dlm masa 3 bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan 1 2018 saya disahkan HAMIL.

September 2018, Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima Nur Lailasari.

5 Tahun Berusaha & Alami PCOS, Disahkan Hamil Setelah Turun 15kg. Ibu Ini Kongsi 9 Tips & Usahanya

KEPADA YANG MASIH TTC, JANGAN GIVE UP!

Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing-masing amat-amat diperlukan ketika ini..

BANYAKKAN BERDOA & BERSEDEKAH

Berdoa, selalu bersedekah dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.. semoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..

Doakan kami sekeluarga sihat dan Delima membesar dengan sihat dan sempurna ya.. InshaAllah 

Sumber: Puan Intan Nur Elliana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI