Bab mendidik dan membesarkan anak-anak, setiap ibu bapa ada cara tersendiri. Begitu juga dalam mengajar anak membuat kerja rumah. Orang kata, lagi awal kita ajar dan biasakan anak, lagi mudah anak faham tanggungjawabnya.

Seelok-eloknya, beri tugas yang mudah dulu mengikut usia dan bila dah terbiasa secara automatik anak lebih pandai berdikari. Sampai satu masa ia jadi tabiat dan tidaklah hanya buat bila disuruh atau takut kena marah.

Perkongsian menarik dari seorang bapa anak enam, Mohd Yazid Ismail ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam mendidik anak untuk sentiasa ringan tulang.

“5 Tahun Dah Basuh Pinggan, Darjah 1 Pandai Gosok Baju.” Ayah Kongsi Tip Didik Anak!
En Mohd Yazid dan Pn Widyana sangat menitikberatkan soal didikan anak sejak dari awal usia.

Alhamdulillah Nisreen walaupun baru darjah 1 tapi dia pandai buat sendiri banyak benda. Malah terlebih rajin, hari Jumaat dia dah siap gosok baju sekolah untuk hari Isnin. Lipat baju sendiri. Basuh pinggan sendiri sejak umur 5 tahun.

Ni semua hasil dari dia tengok kakak dan abang juga buat sendiri. Memang berbaloi kami ajar anak-anak buat kerja rumah dari awal, ia jadi norma keluarga sekarang.

Ads

Meja makan mesti dilap dan dikemaskan selepas makan. Walaupun anak baru umur 3 tahun kami ajar kalau makanan tumpah mesti kutip sendiri. Bukan Abah bukan Mama yang kutip.

Tempoh hari saya dan 5 orang anak makan di satu restoran di Bukit Mahkota. Mama dan Baby Noura tak ikut. Restoran ni laku, orang beratur tunggu nak duduk kat meja masa tu.
Selepas makan saya pergi bayar di kaunter, anak-anak susun pinggan dan gelas. Lap meja guna wipe. Tapi kerja mengemas mereka agak lambat sebab berhati-hati. Padahal dah ada orang tunggu nak duduk di meja kami. Waiter datang bagitahu tak apa tak perlu susunkan pinggan-mangkuk dan tak perlu lap meja, biar waiter yang buat.

Dhia tanya saya “Tak apa ke tinggal tak kemas, Abah?”

Begitulah budak-budak ni akan rasa bersalah jika tak bersihkan selepas makan walaupun di restoran.

Ads

“5 Tahun Dah Basuh Pinggan, Darjah 1 Pandai Gosok Baju.” Ayah Kongsi Tip Didik Anak!

Cara didikan ibu bapa penentu masa depan anak

Sebenarnya tiada anak yang dilahirkan sebagai pemalas, tapi ibu bapa yang menjadikan anak malas dengan tidak bagi anak buat kerja rumah dari awal. Bila dah besar susah nak dididik. Anak lelaki dan perempuan mesti sama-sama buat kerja rumah. Tiada beza.

Gunalah peluang masa anak masih kecil untuk ajar dia buat kerja rumah. Sangat senang nak memupuk sifat rajin dari kecil sebab anak-anak masih lembut dan fleksibel. Tak perlu nak marah-marah.

Ads

Anak sebenarnya gembira dapat buat kerja rumah sebab budak-budak memang kena ada banyak aktiviti bergerak.

Kredit: Mohd Yazid Ismail

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

“5 Tahun Dah Basuh Pinggan, Darjah 1 Pandai Gosok Baju.” Ayah Kongsi Tip Didik Anak!Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI