Hanya tinggal beberapa hari untuk menyambut kehadiran orang baru, kegembiraan hati seorang ibu bertukar saat menyedihkan apabila mengetahui anak yang dikandung 9 bulan tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum tarikh bersalin.
Apa yang lebih menyedihkan kandungan ini telah dinantikan selama 5 tahun selepas kehadiran dua orang anak sebelum itu.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang ibu, Sofea Shafie di Facebooknya dengan meluahkan rasa sedih akan kehilangan anak dalam kandungannya lebih-lebih lagi apabila segala persiapan menyambut kelahiran cahaya matanya itu telah hampir siap sepenuhnya.
5 tahun menanti
Sakitnya bila kena berpantang sorang-sorang tanpa anak syurga umi disisi. Kuat kan diri ini ya Allah.Selalunya tengok orang lain yang di uji.Tapi kali ni tak sangka Allah uji diri ini. Segala persiapan dah dibuat untuk menyambut kehadiran anak umi.
Ads
Umi tak sabar sangat nak jumpa, nak peluk cium adik. 5 tahun umi tunggu adik. Tapi Allah pinjamkan adik 9 bulan sahaja di rahim umi. Hanya badan kaku tak bernyawa yang umi sambut. Cantik sangat adik, bibir masih merah,kulit seputih salju kemerahan. Masya Allah. Sakit melahirkan adik tidak sesakit melihat adik diam kaku tidak bergerak.
Umi bahagia sangat bila dapat tau umi mengandung. Segala persiapan ibarat menyambut anak sulung, teruja sangat-sangat. Umi tak sangka sebab adik sihat-sihat saja dalam perut umi, setiap hari aktif bergerak, lagi 3 hari je nk due, adik pergi meninggalkan umi. Menangis kakak Aisya dan abang Akiff bila tahu adik yang selalu tendang-tendang di perut umi, sudah tak bergerak lagi. Menangis-nangis depa suruh umi hidupkan balik adik. Allahh. Umi tak kuat.
‘Allah lebih sayangkan adik’
Umi redha tapi umi rindu. Allah lebih sayangkan adik. Umi dah cuba buat yang terbaik untuk adik. Tapi umi tau, walaupun sebanyak mana umi sayangkan adik, tapi Allah lebih sayangkan adik. Berlari-lari lah sayang di syurga bersama kakak adik yang umi keguguran dulu. Dua anak syurga umi sedang menanti umi di sana. Semoga asbab pemergian adik dan kakak, dapat menarik umi dan abi kesyurga.
Ads
Untuk yang bertanya. Anak syurga saya meninggal di dalam perut pada hari Jumaat 21/02/2020. Tiada sakit apa-apa. Selepas solat zohor, tiba-tiba baby tak bergerak. Bila terus ke klinik, doktor sahkan jantung baby dah stop.
Sepatutnya due 24/02/2020. Buat ibu-ibu diluar sana, pesanan saya, pantau lah pergerakan baby betul-betul. Jangan terlalu stress, jangan push diri buat kerja walaupun kita mampu. Sebab kita tak tau keadaan baby di dalam, bila kita tak larat akan beri kesan pada baby juga di dalam. Buat yang termampu sahaja. Selebihnya serahkan pada suami.
Ads
Berpantang tanpa anak disisi
Pada 22/02/2020, saya selamat melahirkan anak syurga ini secara normal dengan berat 3.4kg dan diberi nama Muhammad Ammar bin Aliff Haikal.Mudah sangat melahirkan adik. Bila pergi hospital untuk induce, doctor cek laluan dulu, alhamdulillah dah ada bukaan 4cm tanpa sakit apa-apa masa ni. Doktor pecahkan air ketuban, lepas tu terus sakit. Sakit yang tak sampai sejam, terus adik selamat dilahirkan. Terima kasih Allah sebab permudahkan.
Rindu yang sakit, tiada penghujungnya
Al fatihah buat anak-anak syurga yang lain. Doakan saya semoga kuat untuk menempuh ujian dari Allah, doakan saya kuat menempuh setiap hari berpantang tanpa anak disisi. Doakan saya kuat.. Itu saja yang saya harapkan dari semua sekarang ni. Saya tak meratapi. Tapi izinkan saya untuk meluah. Hanya ini dapat menenangkan rasa sarat rindu buat anak syurga umi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Umi redha walaupun pahit untuk telan. Rindu yang sakit, tiada penghujungnya. Penantian yang perit untuk dilalui.
Sebagai kanak-kanak pasti inginkan mempunyai rumah istimewa di bawah tangga, di atas pokok, atau tempat persembunyian lain yang tidak begitu rahsia untuk berseronok. Tetapi kebanyakan pelan rumah idaman itu kekal sebagai impian sahaja.
Namun seorang ayah menjadi viral selepas membuat rancangan rumah impian kecil anak perempuannya itu menjadi kenyataan.
Sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain, gadis kecil ini ingin mempunyai rumah sendiri di bawah tangga. Mungkin dia mempunyai imaginasi aktifnya sendiri tentang rumah kecil ini. Dia melukis pelan rumah dan memberikan kepada bapanya.
Apa yang menggembirakan ialah dia mempunyai bapa yang sangat menyokong dan kreatif yang tahu cara untuk merealisasikan rumah impiannya.
Apakah unsur-unsur rumah kecil yang cantik? Bagi gadis kecil ini, rumah kecil adalah apa sahaja yang boleh dimuatkan di dalam ruang di bawah tangga.
Jadi, ayahnya membinanya. Dari ruang segi tiga tepat di bawah tangga, dia membuat perancangan untuk rumah impian kecil itu.
Dia memulakan dengan mengosongkan ruang kabinet dan laci di bawah. Kemudian, dia meletakkan papan lapis yang dipotong supaya sesuai dengan ruang.
Sungguh comel sehinggakan gadis kecil itu begitu proaktif dalam membantu ayahnya membina rumah kecilnya. Dia ‘membantu’ dengan caranya sendiri.
Menambah Butiran Kecil
Semua orang boleh membuat mana-mana rumah kecil di bawah tangga, tetapi bapa ini memastikan untuk menambah butiran kecil yang benar-benar akan menjadikan rumah kecil ini kelihatan begitu nyata untuk anak perempuannya.
Pintu kecil itu mempunyai tombol kepala beruang. Ayah ini juga menambah beberapa tingkap kecil dengan pasu bunga di tepi tingkap. Malah terdapat pagar piket di bahagian bawah dan lampu untuk melengkapkan hiasan rumah!
Selain itu, si ayah juga mengecat dinding dengan warna ungu yang cantik. Ia juga mempunyai dapur permainan kecil di dalamnya! Rumah ini benar-benar sangat comel.
Kos untuk papan lapis dan bahan tidak akan melebihi Php2,000 tetapi rumah permainan kecil ini sangat tidak ternilai harganya!
Bagi ibu yang menunggu masa nak bersalin, mesti teruja untuk buat persiapan menyambut orang baru. Bukan saja persiapan membeli barangan bayi semata-mata, tetapi mental dan fizikal juga harus bersedia.
Maklumlah proses kelahiran setiap anak tak sama. Ada ibu yang perlu melalui sakit kontraksi beberapa hari, ada tu sakit kejap terus bersalin. Rezeki masing-masing kan!
Namun sebagai ibu yang bakal berjuang antara ‘hidup dan mati’ pasti mahu bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan dan kepakaran doktor bagi memastikan semua berjalan lancar.
Ada sesetengah situasi, ibu tak sempat sampai ke hospital tetapi bersalin di rumah atau dalam kereta kerana bayi dah keluar. Sama juga keadaan yang berlaku pada seorang ibu apabila viral kisahnya bersalin dalam kereta berdekatan Kuil Batu Caves sempena Hari Thaipusam.
Apa yang menarik perhatian ramai, masing-masing begitu sepakat dan membantu si ibu melahirkan bayi dengan selamat sebelum ambulans sampai.
Perkongsian di FB LK Savantharaja ini menarik perhatian orang ramai kerana si ibu dibantu oleh masyarakat India yang ketika itu datang untuk sembahyang sempena sambutan Thaipusam.
WANITA MELAYU NAK BERSALIN, MUJUR ADA HERO-HERO DI HARI THAIPUSAM
Saya datang sembahyang di kuil Batu Caves pagi tadi. Ternampak seorang wanita minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.
Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ”KAKAK YOU AND YOUR BABY ARE BLESSED”. Rasa gembira dia selamat timang baby girl.
Ambulans pun terus sampai lepas baby keluar. Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada baby tu untuk kenangan.
Kredit: FB LK Savantharaja
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cemasnya keadaan apabila anak yang sihat tiba-tiba ditumbuhi tompok merah pada kulit muka dan badan. Tidak disangka telur yang di makan mengandungi bakteria berbahaya!
Telur salah satu makanan yang kaya khasiat dan tergolong dalam makanan superfood. Lazimnya pakar pediatrik akan menggalakkan ibu bapa untuk diperkenalkan telur ke dalam diet bayi bermula daripada usia 7 bulan sebelum suntikan vaksin MMR.
Antara tanda-tanda alahan telur ialah seperti bintik pelbagai bentuk yang timbul pada kulit atau dipanggil gegata (hives). Telur putih selalunya menyebabkan alergi yang kuat berbanding kuning telur. Maka berikan kuning telur terlebih dahulu sebelum putih telur.
Perkongsian daripada ibu ini boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa. Puan Rozalina Razak berkongsi kejadian berlaku kepada bayinya yang ketika itu berusia 8 bulan di mana anaknya ditumbuhi tompok merah pada muka dan badan apabila memakan telur tidak dimasak sepenuhnya. Lebih mencemaskan apabila telur tersebuat dicemari bakteria berbahaya!
“Masa ni Rania 8 bulan, ibu bagi dia makan telur yg tak dimasak 100%. Sebab nak bagi dia makan lembut-lembut kan.
Lepas 3 minit makan telur terus merah-merah muka…
“Dalam masa 3 minit lepas makan telur tu terus jadi merah-merah kat muka. Gelabah gila masa ni. Kesian sangat kat dia. Lepas tu terus pergi hospital. Dalam perjalanan naik pulak kat badan dia.
Sebelum ini tiada masalah makan telur
Padahal sebelum ni bagi dia makan telur takdak masalah mcm ni pun. Dok cakap mungkin dia alergik telur, rupanya tak.
Bukan alergi telur, tapi ada bakteria sebab tak masak sepenuhnya
Ia bukan alergik telur tapi telur yg tak dimasak sepenuhnya walaupun 80% masak telur tu ada BAKTERIA SALMONELLA.. sebab tu jadi mcm ni..
Selamba makan telur goyang, orang dewasa pun berisiko
Kita yang dewasa pun kalau makan telur yg tak dimasak sepenuhnya membahayakan kesihatan.. tapi org kita selamba je makan telur goyang gedik gedik tu..
Jangan berikan anak makan telur tidak 100% masak
So nak buat pesanan untuk semua jangan lah jadi mcm ni ya.. jangan bagi anak anak makan telur yg tak dimasak 100%..org dewasa pun tak digalakkan utk makan sebenarnya.. tapi disebabkan takdak sakit apa pun makan je jugak kan..
Bukan separuh masak tapi 80% masak
Rozalina turut mengatakan ramai yang mengecam dirinya kerana memberikan makanan yang tidak selamat walhal dia sendiri tidak tahu telur tersebut berkuman.
“Saya share kisah ini untuk pengetahuan semua. Saya sendiri pun tidak tahu yang benda tu ada kuman. Telur tersebut bukan telur separuh masak tapi dah 80% masak.
Kalau saya tau benda tu membahayakan anak saya tak ada lah saya nak bagi dia makan.. Sebab saya tak nak jadi kat anak orang lain saya share dengan semua. Tapi tak apalah yang fikir negatif tu kita abaikan sahaja,” kata Rozalina kepada Pa&Ma.
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.