Ramai ibu ayah fikir kalau bayi nampak aktif dan ceria, maknanya dia cukup tidur. Tapi sebenarnya, tidur bayi bukan sekadar rehat — ia penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Bila bayi tak cukup tidur, kesannya bukan saja pada mood, tapi juga pada tumbesaran dan sistem imun tubuhnya.
Menurut pakar pediatrik, bayi baru lahir (0-3 bulan) perlukan antara 14 hingga 17 jam tidur sehari, manakala bayi 4-11 bulan sekitar 12 hingga 15 jam termasuk tidur siang. Tapi, tak semua bayi boleh capai jumlah ni — sebab ada yang susah lena, kerap terjaga, atau tidur sekejap-sekejap.
Kalau ibu bapa perasan tanda-tanda di bawah, besar kemungkinan bayi sebenarnya tak cukup tidur dan perlukan sedikit bantuan untuk kembali tenang dan lena.
1. Bayi Nampak Terlalu Aktif Atau Susah Dikawal
Ramai sangka bila bayi nampak “energetic”, dia cukup tidur. Tapi sebaliknya, bayi yang overstimulated atau terlalu letih akan kelihatan terlebih aktif. Dia mungkin menendang-nendang, menjerit tanpa sebab, atau susah duduk diam bila dipegang. Ini berlaku sebab otak bayi dah “penat”, tapi tubuhnya masih “fight” untuk stay awake. Ibu bapa mungkin ingat bayi tak nak tidur, padahal dia terlalu letih untuk tenang.
Cara bantu: Kurangkan rangsangan — matikan TV, tutup lampu terang, elakkan main masa dia dah nampak menguap atau gosok mata. Bayi perlukan suasana tenang untuk mudah lena.
2. Mata Bengkak, Merah Atau Selalu Gosok Mata
Ads
Ini tanda klasik bila bayi tak cukup tidur. Kalau ibu nampak dia asyik gosok mata, tarik telinga, atau tunduk-tunduk kepala, itu petanda tahap tenaga dah menurun. Mata merah di bawah kelopak juga boleh jadi tanda dia tak cukup rehat.
Cara bantu: Cuba perhatikan sleep cue ni lebih awal. Sebelum dia sampai tahap merengek kuat, peluk atau dodoi supaya dia tak “terlepas waktu mengantuk” — sebab bila dah overstimulated, makin susah nak lena.
3. Bayi Jadi Mudah Merengek Atau Menangis Tanpa Sebab
Bayi tak cukup tidur biasanya jadi lebih sensitif — cepat merajuk, mudah tersentak, dan susah ditenangkan. Kadang dia menangis bukan sebab lapar, bukan sebab pampers, tapi sebab otaknya terlalu penat untuk proses semua rangsangan sekeliling. Bila otak penat, sistem saraf bayi pun cepat “trigger”.
Ads
Cara bantu: Pastikan bayi ada rutin tidur tetap, contohnya waktu tidur siang dan malam yang konsisten. Bila badan dah biasa dengan ritma ni, dia akan lebih mudah lena dan kurang meragam.
4. Sukar Fokus Semasa Menyusu
Bayi yang cukup tidur akan menyusu dengan tenang — tapi bila bayi tak cukup tidur, dia akan cepat hilang fokus, menyusu sekejap-sekejap atau berhenti tanpa sebab. Kadang dia pegang puting tapi tak menyedut, atau tersengguk-sengguk sambil menangis. Ini tanda bayi terlalu letih untuk makan dengan betul, dan bila perut tak kenyang, dia akan lagi susah nak tidur.
Ads
Cara bantu: Pastikan bayi tak terlalu lapar atau terlalu letih semasa waktu menyusu. Cuba tenangkan dulu — peluk, tepuk perlahan di belakang — sebelum teruskan penyusuan.
5. Corak Tidur Tak Menentu (Bangun Kerap Atau Susah Tidur Semula)
Bayi yang cukup tidur biasanya akan ada sleep cycle yang stabil — tidur nyenyak sekurang-kurangnya 1-2 jam tanpa gangguan. Tapi kalau ibu perasan dia kerap terjaga setiap 20-30 minit, atau susah tidur semula walaupun dah didodoi, itu tanda bayi tak cukup tidur dan tak dapat tidur berkualiti. Kadang ruang tidur terlalu terang, suhu bilik tak sesuai, atau bunyi bising ganggu lena dia.
Cara bantu: Pastikan bilik selesa, suhu sederhana, dan guna bunyi “white noise” jika perlu. Elak guna telefon atau TV waktu hampir tidur — bayi sensitif dengan cahaya biru.
Tidur Bayi, Tenang Ibu
Bayi yang cukup tidur akan lebih ceria, mudah makan, dan cepat belajar. Tapi kalau bayi tak cukup tidur, bukan saja bayi yang stres — ibu ayah pun boleh rasa penat emosi. Ingat, tidur bukan kemewahan unt
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebenaran teman isteri bersalin di mana-mana wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut KKM, polisi serta garis panduan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.
“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19,” menurut perkongsian itu.
Orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.
Kriteria menemani ibu bersalin
Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan di tempat saringan yang disediakan.
Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan ruang wad bersalin bagi melindungi privasi pesakit, demikian menurut KKM dalam perkongsian tersebut.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ramai ibu hamil tak sedar, senaman Kegel ni walaupun simple sangat nak buat, tapi kesannya sangat powerful pada tubuh dan pengalaman bersalin nanti!
Senaman ni antara senaman pranatal terbaik sebab ia bantu persiapkan badan terutamanya kawasan pelvik untuk melalui proses kelahiran dengan lebih lancar dan tenang.
Kegel ni juga bantu letakkan bayi dalam posisi optimal (dikenali sebagai left occiput anterior atau LOA), iaitu posisi paling sesuai untuk lahir dengan mudah.
Apa Itu Senaman Kegel Sebenarnya?
Senaman Kegel ni fokus pada otot lantai pelvik iaitu kawasan yang menyokong organ penting macam faraj, rahim, pundi kencing dan usus. Bila otot ini kuat, ia bantu cegah masalah macam urine leakage (kebocoran air kencing) yang biasa berlaku semasa atau lepas bersalin.
Menurut kajian, kawalan otot lantai pelvik yang bagus akan membantu waktu proses meneran. Bila ibu tahu cara untuk relaks dan kawal otot semasa bersalin, barulah bayi boleh keluar dengan lebih mudah.
Apa Manfaatnya Untuk Ibu Hamil?
✅ Menyokong pundi kencing, rahim & usus
✅ Kurangkan risiko terkucil masa mengandung
✅ Bantu kawal otot meneran masa bersalin
✅ Pulihkan otot pelvik selepas bersalin
✅ Kurangkan risiko masalah incontinence lepas bersalin
Bonusnya, senaman ni boleh terus diamalkan walaupun selepas bersalin malah bagus untuk bantu penyembuhan kawasan perineum, dan kuatkan kembali otot-otot yang terkesan masa proses kelahiran.
Cara Buat Senaman Kegel Dengan Betul
Tak perlu ke gym pun, boleh buat sambil duduk tengok TV atau baring sahaja! Caranya mudah:
Kemut otot pelvik (macam nak tahan kencing) selama 3 saat
Lepaskan secara perlahan-lahan selama 3 saat
Ulang sebanyak 10–15 kali – ini dikira 1 set
Buat 3 set sehari – pagi, petang & malam
Lepas sudah biasa, naikkan tempoh kemutan ke 5 saat, dan seterusnya ke 10 saat. Fokusnya ialah kawal dan relaks otot tu secara teratur. Lama-lama, otot lantai pelvik akan jadi lebih kuat dan responsif!
Senaman Kegel memang bukan senaman yang nampak ‘glamour’ atau viral macam yoga atau pilates, tapi hakikatnya ia antara senaman paling penting untuk wanita hamil.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila diuji dengan ujian 4 orang anaknya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
Menerusi perkongsian saudara Baharudin Abdul Latip, kehidupan suami isteri diuji dengan anak OKU dan dalam masa sama tak dapat bekerja kerana anak memerlukan perhatian dan rawatan susulan hospital.
Berikut adalah perkongsiannya:
“Anak saya 9 orang ustaz, 4 OKU tak sempurna, kami suami isteri dah tak boleh kerja kerana menjaga anak OKU ni, kadang-kadang tolong kawan sikit-sikit, saya susah sangat ustaz..” kata seorang bapa kepada anak-anak ini.
4 anaknya OKU, antaranya 3 tak boleh jalan langsung seperti bergolek-golek, satu luar kawalan terlalu aktif sehinggakan mencedera diri dan barang.
Tergamam kami lihat keadaan ramai anak-anak dalam rumah ini dan lihat anak-anak ini mengensot bergolek tak boleh berjalan, tak tahu nak cakap apa lagi, sedih kasihan dan keluarga ini perlu kita bantu.
Kami hantarkan kerusi roda ( walaupun masih tak cukup lagi ) bantuan makan dan duit belanja.
Kami akan datang lagi bantu keperluan susu khas, pampers size XL diperlukan banyak lagi, tambahan kerusi roda kerana anak-anak ini tiap minggu ulang alik ke hospital dan memerlukan belanja besar apatah lagi keadaan ibu ayahnya tak boleh bekerja.
Bersempena Ramadan mulia ini, kami di Pertubuhan Kebajikan Nur Insani ingin menghantar bantuan lagi untuk anak anak syurga ini sepanjang 10 hari terakhir Ramadan, kita kumpul sikit-sikit kita hantar bantuan kasihan nasib keluarga ini, sekurangnya bermakna raya hampir tiba.
Sumbangan boleh dihulurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Nur Insani-Maybank 554062337355 Reference: ( 9 anak OKU )
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.