Tidak perlu diterangkan apakah kelebihannya jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini dalam usia kecil lagi. Mempersiapkan anak lebih awal adalah lebih baik kerana anak akan menjadi lebih bersedia apabila masa itu sudah tiba. Namun bagaimana cara terbaik untuk pasti kan anak anda dapat mengusai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan secara semula jadi. Ikuti tip dan panduan yang diberikan.

5 Tip Mudah Ajar Anak Bahasa Inggeris Cara Yang Tak Stres Kan Ibu Bapa

1.Berkomunikasi

Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap. Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.

2.Gerak tubuh

Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.

IKLAN

5 Tip Mudah Ajar Anak Bahasa Inggeris Cara Yang Tak Stres Kan Ibu Bapa

3.Program televisyen berbahasa Inggeris

Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya.

4.Permainan dalam bahasa Inggeris

IKLAN

Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut.

5 Tip Mudah Ajar Anak Bahasa Inggeris Cara Yang Tak Stres Kan Ibu Bapa

5.Satu kata dalam satu waktu

IKLAN

Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.

Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.

Selamat mencuba!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI