Anak jatuh katil pun kita dah rasa takut inikan pula terjatuh dari tingkat empat rumah pangsapuri. Memetik sumber dari Harian Metro, seorang bayi berusia setahun lima bulan hanya mengamali cedera selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya.
Bayi lelaki tersebut terjatuh dari tingkat empat flatnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan pada Sabtu lepas.
Difahamkan ketika kejadian berlaku jam 5.15 petang, magnsa berada di flat itu bersama ibunya. Dia sedang bermain di ruang tamu dan membuka pintu sliding di beranda. Bayi berkenaan kemudian keluar dan bermain di sekitar beranda namun secara tiba-tiba dia terjatuh.
Bapanya yang juga anggota tentera dan sedang membasuh kereta di bawah menyedari mangsa terjatuh sebelum mendapatkan bayi itu.
Mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan boleh duduk serta aktif seperti biasa.
Hanya dengan kuasa Allah sahaja bayi tersebut terselamat daripada kecederaan parah apabila terjatuh dari tingkat empat rumah jenis flat. Kalau ikutkan akal fikiran yang normal, sesiapa sahaja yang terjatuh dari paras yang tinggi tersebut tentu sahaja akan mengalami kecederaan parah ataupun maut!
Tip Keselamatan Anak Di Rumah Bertingkat
Ads
Minta dijauhkan anak-anak kita daripada kemalangan tersebut. Justeru ibu ayah yang ada anak kecil dan tinggi di rumah bertingkat seperti flat, apartment atau kondominium mestilah ada langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diinginkan daripada berlaku.
Apatah lagi sudah banyak yang kita dengar dan baca kejadian bayi dan kanak-kanak meninggal dunia akibat terjatuh dari rumah bertingkat. Ini antara tips yang ibu ayah mesti buat untuk mengelakkan perkara ini.
1. Pasang jeriji pada tingkap dan sliding door
Jika anda tinggal di pangsapuri yang tinggi atau rumah bertingkat, pastikan tingkap dan sliding door anda dipasang jeriji. Naluri kanak-kanak yang ingin tahu dan meneroka menyebabkan mereka gemar melihat ke luar atau mencuba aksi-aksi seperti Superman. Tanpa jeriji yang selamat, anak anda boleh terjatuh dan menemui ajal.
2. Sentiasa pastikan pintu berkunci
Oleh kerana sliding door rumah bertingkat akan terus ke balkoni sudah tentu ia berisiko kepada anak kecil. Maka elakkan daripada membuka sliding door tanpa pemantauan dari orang dewasa untuk elak anak bermain di beranda tanpa pengawasan.
Ads
3. Elak meletak objek di balkoni
Jangan letak sebarang kerusi, bangku atau sebarang objek yang boleh dipanjat di balkoni anda kerana si kecil yang sentiasa ingin tahu mungkin memanjatnya untuk melihat keadaan di bawah rumah dan berisiko untuk terjatuh.
4. Pasang pagar
Selain jeriji, pemasangan pagar juga membantu mengelakkan kejadian si kecil terjatuh. Penggunaan pagar sebagai langkah keselamatan sangat penting terutama di rumah apartment. Pagar boleh dipasang di pintu berhampiran balkoni bagi mengelakkan si kecil keluar tanpa pengawasan ibu bapa.
Ads
5. Guna gajet keselamatan
Sekarang ada pelbagai gajet keselamatan yang sesuai untuk childproof di rumah anda. Bagi yang tinggal di apartment anda boleh pasang beberapa gajet ini untuk mengelakkan risiko anak terjatuh.
Window stops : Digunakan untuk menghalang tingkap daripada dibuka lebih dari 4 inci.
Window locks: Alat ini menghalang terus si kecil daripada membuka tingkap, ia berkesan untuk menjamin tingkap tertutup.
Window guards: Ia membenarkan tingkap untuk dibuka, tetapi penggunaan ‘bar’ menghalang kanak-kanak daripada terjatuh dari tingkap. Window guards sepatutnya mempunyai ‘bar’ tak lebih daripada 4 selang beberapa inci dan sepatutnya selamat jika dipasang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ibu ayah, bila anak berusia 4 tahun ke atas, dah mula anggap anak faham semua perkara. Kita seolah-olah meletakkan harapan besar untuk anak memahami sedangkan dalam usia yang masih kecil banyak lagi mereka perlu dibimbing.
Sebenarnya bagus kita ajar anak disiplin, kemas lepas main dan tetapkan peraturan. Dari situ anak akan ingat. Cuma jangan terlalu harapkan kesempurnaan sehingga kita buatkan emosi anak terjejas.
Nak mendidik anak kecil ada caranya. Seperti perkongsian Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, anak-anak kita ni mereka masih dalam proses belajar. Jadi bagaimana kita sebagai ibu bapa nak memahami, tip ini sangat membantu.
Kita letak la peraturan elok mana pun. Mesti anak-anak nak langgar. Tak kisah la beratus kali kita pesan jangan. Siap warning dengan muka bengis. Peduli apa diorang. Sabar ya mak ayah.
Anak-anak ni tak sengaja pun nak jadi degil. Mereka cuma makhluk Allah yang belum fully-develop otaknya. Especially yang umur 4-5 tahun ni.
Pada fasa ni, Impulse Control mereka masih lemah. Kawalan diri mereka tak cukup kuat. Keinginannya untuk ‘explore’ mengatasi keupayaannya untuk mereka ikut peraturan.
Sebab tu, lagi kita larang, lagi dia rasa ‘tergoda’ nak buat.
Anak yang macam ni, kalau kita beri ruang untuk explore, insya Allah mereka membesar jadi seorang yang berani, yakin diri dan kreatif selesaikan masalah.
Pernah tak melihat anak dibawah umur 2 tahun nampak macam pukul muka adik dia atau baby? Ingat ya, dia bukan pukul. Sebenarnya, dia sedang cuba hendak membelai, namun tanganya belum boleh dia kawal pergerakannya dengan baik.
Cuba 3 langkah berkesan ini, untuk atasi kejadian seumpama ini :
1. Ibu bapa perlu jaga state diri.
Ibu atau bapa perlu sabar dan ingat yang anak ini masih dalam PROSES belajar. Tahan diri dari memarahinya.
2. Pegang lembut dan kemas tangannya.
Ambil tangannya dengan kemas dan lembut. Jangan dengan cara yang kasar atau menyakitkannya.
3. Beri kata peneguhan dan tunjukkan cara.
Cakap kepada dia; ” Sayang nak usap adik ya…good boy sayang mama ni…kita usap macam ni ya…gently..gently… macam mama usap pipi sayang mama ni…good boy mama sayang adik ya… Mama Loves You so much!
Walaupun dia mungkin nak pukul, namun dengan melakukan cara ini, dia tahu perbuatan yang menjadikan mamanya lagi sayang dia.
Ingat anak itu sedang belajar bagaimana hendak melayan adik dia. Oleh itu tunjukkan cara yang betul.
Jangan asyik menyangka dia jealous dengan adik dia…itu namanya doa yang tidak diingini.
Mudah kan, bila dah faham ni. InsyaAllah, ramai dah boleh lakukannya. Ibu yakin, sayang juga boleh. Ibu doakan.
Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid.
Beliau juga berkongsi video gelagat anak kembar lelakinya yang berkelakuan sangat baik ketika di masjid.
Solat Tarawih bersama anak lelaki
Apa yang mengejutkan, si kembar berkelakuan baik hari ini. Adam dan Noah hanya berdiri disebelah saya semasa solat terawih
Alhamdulillah …
5 Tip bawa anak anda solat terawih;
1. Sentiasa bersedia Bawa susu, lampin, dan juga mainan kegemaran mereka. Anda sangat memerlukan bila tiba saatnya.
2. Cari satu sudut di masjid Solat dibahagian belakang supaya anak anda tidak menggangu jemaah lain.
3. Sentiasa awasi anak anda Jangan rasa tempat tersebut sentiasa selamat dan biarkan anak anda bermain seorang diri
4. Jika anak menangis tak berhenti, bawa mereka keluar dan cari solusi Anak-anak anda mungkin lapar atau lampinya perlu ditukar. Jangan hanya biarkan anak anda terus menangis kerana boleh menggangu jemaah lain yang sedang beribadah. Sambung solat terawih selepas keadaan anak kembali tenang
5. Beri anak anda makan dan minum sebelum ke Masjid. Jika dia tertidur di sebelah anda, biarkan sahaja.
Bawa anak mengerjakan Solat Terawih adalah salah satu didikan yang baik untuk mereka. Mereka akan belajar dari sekeliling. Tapi pastikan anak anda tidak menggangu orang lain yang sedang mengerjakan ibadah. Just sharing .
Apapun terpulang kepada ibu bapa sama ada ingin membawa anak-anak kecil ataupun membuat keputusan untuk solat di rumah. Yang ingin membawa anak kecil pastikan anak anda tidak menggangu jemaah lain.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.