5 Tips Ibu Ayah Duduk Rumah Bertingkat Mesti Buat Untuk Elak Risiko Anak Terjatuh

Share

Anak jatuh katil pun kita dah rasa takut inikan pula terjatuh dari tingkat empat rumah pangsapuri. Memetik sumber dari Harian Metro, seorang bayi berusia setahun lima bulan hanya mengamali cedera selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya.

Bayi lelaki tersebut terjatuh dari tingkat empat flatnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan pada Sabtu lepas.

Difahamkan ketika kejadian berlaku jam 5.15 petang, magnsa berada di flat itu bersama ibunya. Dia sedang bermain di ruang tamu dan membuka pintu sliding di beranda. Bayi berkenaan kemudian keluar dan bermain di sekitar beranda namun secara tiba-tiba dia terjatuh.

Kredit foto: Kosmo

Bapanya yang juga anggota tentera dan sedang membasuh kereta di bawah menyedari mangsa terjatuh sebelum mendapatkan bayi itu.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan boleh duduk serta aktif seperti biasa.

Hanya dengan kuasa Allah sahaja bayi tersebut terselamat daripada kecederaan parah apabila terjatuh dari tingkat empat rumah jenis flat. Kalau ikutkan akal fikiran yang normal, sesiapa sahaja yang terjatuh dari paras yang tinggi tersebut tentu sahaja akan mengalami kecederaan parah ataupun maut!

Tip Keselamatan Anak Di Rumah Bertingkat

Minta dijauhkan anak-anak kita daripada kemalangan tersebut. Justeru ibu ayah yang ada anak kecil dan tinggi di rumah bertingkat seperti flat, apartment atau kondominium mestilah ada langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diinginkan daripada berlaku.

Apatah lagi sudah banyak yang kita dengar dan baca kejadian bayi dan kanak-kanak meninggal dunia akibat terjatuh dari rumah bertingkat. Ini antara tips yang ibu ayah mesti buat untuk mengelakkan perkara ini.

1. Pasang jeriji pada tingkap dan sliding door

Jika anda tinggal di pangsapuri yang tinggi atau rumah bertingkat, pastikan tingkap dan sliding door  anda dipasang jeriji. Naluri kanak-kanak yang ingin tahu dan meneroka menyebabkan mereka gemar melihat ke luar atau mencuba aksi-aksi seperti Superman. Tanpa jeriji yang selamat, anak anda boleh terjatuh dan menemui ajal.

2. Sentiasa pastikan pintu berkunci

Oleh kerana sliding door rumah bertingkat akan terus ke balkoni sudah tentu ia berisiko kepada anak kecil. Maka elakkan daripada membuka sliding door tanpa pemantauan dari orang dewasa untuk elak anak bermain di beranda tanpa pengawasan.

3. Elak meletak objek di balkoni

Jangan letak sebarang kerusi, bangku atau sebarang objek yang boleh dipanjat di balkoni anda kerana si kecil yang sentiasa ingin tahu mungkin memanjatnya untuk melihat keadaan di bawah rumah dan berisiko untuk terjatuh.

4. Pasang pagar

Selain jeriji, pemasangan pagar juga membantu mengelakkan kejadian si kecil terjatuh. Penggunaan pagar sebagai langkah keselamatan sangat penting terutama di rumah apartment. Pagar boleh dipasang di pintu berhampiran balkoni bagi mengelakkan si kecil keluar tanpa pengawasan ibu bapa.

5. Guna gajet keselamatan

Sekarang ada pelbagai gajet keselamatan yang sesuai untuk childproof di rumah anda. Bagi yang tinggal di apartment anda boleh pasang beberapa gajet ini untuk mengelakkan risiko anak terjatuh.

Kredit: www.forrent.com

Window stops : Digunakan untuk menghalang tingkap daripada dibuka lebih dari 4 inci.

Window locks: Alat ini menghalang terus si kecil daripada membuka tingkap, ia berkesan untuk menjamin tingkap tertutup.

Window guards: Ia membenarkan tingkap untuk dibuka, tetapi penggunaan ‘bar’ menghalang kanak-kanak daripada terjatuh dari tingkap. Window guards sepatutnya mempunyai ‘bar’ tak lebih daripada 4 selang beberapa inci dan sepatutnya selamat jika dipasang.

 

Published by
Hasnita Sawal