55 Jam Dalam Labour Room Shila Akhirnya Bersalin Czer, Sambut Baby Merdeka & Awal Muharam

Share

Penyanyi popular, Shila Amzah kini bergelar ibu setelah melahirkan cahaya mata sulungnya semalam. Apa yang istimewa, kelahiran bayi ini ialah pada hari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara & Awal Muharram.

Khabar gembira kelahiran bayi lelaki ini terdahulu dikongsikan oleh ibu Shila, Datin Fauziah Sarman menerusi Instagram.

Syukur ke hadrat Allah swt diatas nikmat dan rahmat yang dikurniakan. Semalam kita semua menyambut Hari Merdeka & Awal Muharram dan semalam juga lahirlah Cucu ke 2 saya.

BAYI SEBERAT 2.88KG DILAHIRKAN PADA JAM 11.43 MALAM

Shila selamat bersalin secara Cesarean jam 11.43 malam tadi seberat 2.88kg..Baby Boy. Ibu dan Anak kedua2 nya sihat..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…

TERIMA KASIH YANG MENDOAKAN

Terima kasih yang tak terhingga kepada Saudara mara Sahabat handai dan juga followers saya yang tidak henti2 memberikan ucapan serta doa kepada anak saya…Terima kasih sekali lagi

Semoga Allah merahmati kalian. .
Semoga kita semua dirahmati, dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan diDunia dan diAkhirat… Amin Amin ya Rabbal A’lamin..
#awalmuharram #harimerdeka #anakmerdeka #sharis #babyboy

LAHIR MELALUI EMERGENCY C-SECTION

Shila juga turut mengemaskini tentang kelahiran bayinya di Instagram beberapa jam yang lalu.

Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg❤️

Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua.. Terima kasih banyak? Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki..

NAMA SETH UWAIS
Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki ???

55 JAM 43 MINIT DALAM LABOUR ROOM

Sekarang sha di nasihatkan utk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya?

JANGKAAN 19 SEPTEMBER, BABY NAK KELUAR AWAL

Sorry tak dapat balas semua, tapi sha Dan Haris hargai sangat2Btw ada yang Tanya sha punya EDD, supposedly 19/09/2019 tapi dia nak keluar awal ?

Turut dikongsikan ialah beberapa Instastory sempena kelahiran putera sulung Shila yang merupakan cucu kedua dalam keluarga Dato’ ND Lala.

Para peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Shila dan suami atas kelahiran anak sulung mereka.

“Alhamdulillah..tahniah @shahilaamzah.. selamat berpantang… moga ibu dan baby sihat selalu.” @bajumelayu.segak

“Yayyers, Alhamdulillah, Assalamualaikum Seth Uwais, cant wait to meet this superstar.” @amyleazizan

“Tahniah Azimat Allah Love u Baby, So Happy for you Momma. Masyaallah bestnya bau baby @shahilaamzah.” @ningdalton

Wah, congrats. On such a beautiful date too.”@daphneiking

“Alhamdulillah. Tahniah Shila & Haris…semoga menjadi anak soleh dan berjaya dunia & akhirat. Aameenn.” @julizaadlizan

Sumber: shahilaamzah & mamazie68

Published by
Azma ML