Lebih enam bulan bergelar bapa kepada Muhammad Bilal, suami kepada usahawan Neelofa, PU Riz mengakui ia sebagai detik terindah dalam hidupnya.
Malah kata PU Riz lagi, dialah orang yang paling bahagia sejak kehadiran Bilal dalam hidupnya dan isteri.
Sebagai penerima Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022, PU Riz berkongsi cerita indahnya saat bergelar bapa kepada Bilal.
“Dulu-dulu saya tak faham bila orang kata balik saja kerja tengok muka anak terus hilang rasa penat.
“Sebenarnya ungkapan ini saya setuju hampir seratus peratus. Bila ada anak rasa tenang bila tengok muka anak. Jadi lelaki kat luar sana, kahwinlah cepat-cepat untuk beri ketenangan,” katanya memulakan bicara awalnya.
Malah kata PU Riz lagi, sejak mengetahui kehamilan isterinya, dialah insan yang paling gembira malah amat bersyukur dengan kurniaan rezeki dari Allah.
“Bila saya diberitahu kedatangan anak ini dalam keluarga, saya rasa cukup gembira, syukur alhamdulillah. Kalau tanya bersedia atau tidak saya mulanya rasa takut akan tanggungjawab baru yang akan datang.
Ads
“Tapi selepas enam bulan saya boleh kata sayalah orang yang paling bahagia sekarang bila ada anak. Sebab apa, bila dia senyum, kita tukar pampers dia pun walau bukan senang nak buat tapi menyeronokkan.
“Seronoklah tidur dengan dia, dia bangun dengan senyuman setiap pagi. Bila ada anak ni, dia bangun dekat waktu subuh, kita pun terus bangun. Syukur alhamdulillah,” kongsinya.
Pengalaman paling mencabar
Ketika ditanya mengenai rutin harian barunya dalam membantu menguruskan Bilal, PU Riz mengakui agak mencabar namun ianya momen yang cukup indah bagi dirinya.
“Bagi saya semua rutin, tukar pampers, tidurnya anak semua itu agak mencabar tapi diubati dengan senyuman yang semuanya jadi mudah.
Ads
“Memang nak bangun pukul 3, 4 pagi nak buat susu bukan mudah tapi dengan senyuman, bau anak tu buat rasa bahagia. Bau harum syurga.
“Buat susu, cuba tidurkan, buat susu memang susah tapi dibalas dengan senyuman sampai kadang saya terlupa kesusahan menguruskan semua itu,” kongsi PU Riz lagi.
Suami kesayangan Neelofa ini turut sama berkongsi mengenai masa depan anak mereka. Pun begitu, akui PU Riz lagi, dia dan isterinya Neelofa tidak meletakkan apa-apa syarat. Terpulanglah kepada kehidupan Bilal sendiri dan asalkan sentiasa di jalan Allah.
“Saya tidak meletakkan apa-apa dia nak jadi tapi dia bolehlah pilih. Apa pun sekali dia nak pilih asalkan kena dengan dia dan tidak melanggar agama.
Ads
“Saya mengharapkan Allah memberi dia satu jalan tentang hidup, kerjaya yang boleh membantu dari segi keagamaan. Insyaallah mudah,” kongsi lagi.
Namun apa yang diharapkan dari anak lelakinya ini hanya satu, doa dan uruskan jenazahnya dan isteri sebaiknya bila tiba saatnya. Dalam nada sebak, PU Riz menitipkan pesanan buat Bilal.
“Saya tak pernah rasa bila ada anak ini memberi kita satu perasaan berbeza sehinggalah Bilal hadir dalam hidup Abah.
“Tidak ada yang lebih saya harapkan, hanya jika saya dan ibu dia meninggal kelak, uruskanlah jenazah kami, doakanlah keampunan dalam setiap solatnya nanti. Kami tidak harapkan wang ringgit, hanya doa darinya kelak,” katanya sebak.
Terdahulu, PU Riz dan Neelofa menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada tanggal 29 Januari lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah bayi suka main air. Kalau diajak mandi, punyalah teruja dan seronok. Tidak kurang juga dengan anak yang tak gemar mandi. Ada saja cara untuk mengelak. Kalau anak dah besar, banyak alasan yang diberi.
Lucunya bila bayi yang masih kecil mengelak untuk dimandikan. Kebanyakan bayi pasti menangis bila terkena air, tetapi berbeza dengan si comel ini. Dari perkongsian video melalui akaun Tiktok azleeya94, seorang bayi perempuan dilihat sedang tidur.
“Ini budak dobok dulu banyak akal. Nak mandi je pura-pura tido 🤣🤣 haihh cepat bethol besor!”.
Apabila diajak mandi oleh ibunya, dia hanya memejamkan mata dan sempat tersenyum. Ibunya pula sudah tahu hal itu hanyalah sekadar taktik untuk mengelak mandi.
Biarpun video tersebut dirakam ketika usia bayi ini lebih kurang 4 bulan dan kini dia sudah pun berumur setahun lebih, ia tetap membuatkan ramai yang terhibur. Memang comel ya cara awak mengelak mandi!
Bila tengah memandu tiba-tiba nampak lipas lalu terus buat kita hilang fokus nak memandu kan? Kadang-kadang ada lipas dalam kereta ni bukannya punca tak jaga kebersihan pun. Faktor tempat parking kereta, boleh jadi lipas masuk dalam kereta. Kita tak tahu tempat tu bersih atau tak.
Selain tempat parking, punca utama juga adalah makanan. Lagi-lagi kereta yang ada anak kecil. Disebabkan sisa-sisa makanan yang tercicir dan tertumpah tu lah yang menjadi port lipas.
Bagaimanapun, ada juga kereta yang memang bersih tak ada sisa makanan pun, tapi tetap ada lipas. Dah puas buat macam-macam. Walaupun lipas dalam kereta kecil-kecil dan tak bersayap, tapi bila kehadiran itu menganggu fokus pemandu atau penumpang, tetap rasa geli.
Oleh itu, sebagai penyelesaiannya, seorang pengguna Facebook, Khushairi Borhanudin berkongsi cara yang digunakannya untuk ‘melenyapkan’ lipas-lipas kecil di dalam kereta.
Berbekalkan RM7.90, lelaki ini kongsi cara berkesan bunuh semua lipas dalam kereta.
“Kereta ada anak kecil macam ini la, Kinderjoy la, ‘cikedis’ la, ais krim tumpahlah. Semua di adun sebati atas seat dan lantai kereta”, tulisnya.
Keadaan itulah yang membuatkan lipas datang ke dalam kereta serta beranak pinak di dalamnya. Maka dengan itu, ia muncul dengan satu penyelesaian.
“Saya beli Fumakilla Vape ni di Speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga kali bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur”, tambahnya lagi.
Kemudian pada keesokan paginya, akan ada bangkai-bangkai lipas kecil ini di dalam kereta. “Puas hati kutip seekor-seekor”.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kawal Stress, Rupanya Begini Yang Dilakukan Oleh Dr. Hamid Arshad. Boleh Follow!
Kemarahan adalah merupakan masalah utama emosi yang terjadi akibat rasa adanya tekanan atau stress. Umumnya, kita semua pasti ada merasa stress bila di tempat kerja malah di rumah sekali pun kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan tekanan.
Pun begitu, stress ini bukan sesuatu yang terlalu negatif jika kita bijak mengawalnya. Memandangkan dengan adanya sedikit tekanan jugalah dapat menyuntik motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang itu. Namun stress keterlaluan akan menjejaskan kesihatan.
Ini sebagaimana kenyataan yang diberikan oleh Dr. Hamid Arshad, “ Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (stroke). Oleh itu saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress.”
Cara Tangani Stress
TAWAKKAL. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya.Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghimpit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5. MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
6. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
7. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buah-buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
8. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
9. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
10.SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA. Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
sumber : Dr Hamid Arshat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.