Kehamilan dan stretch mark memang sinonim. Ia sudah jadi kelaziman dalam alam kehamilan. Keadaan itu terjadi disebabkan kulit mengalami regangan akibat tekanan berlebihan apabila berat badan anda naik secara drastik sewaktu hamil.

Biasanya stretch mark kelihatan lebih ketara selepas bersalin. Anda akan dapati ada garisan kecil berwarna putih di bahagian perut, punggung, payu dara dan bahahian tubuh lainnya.

Apabila bahagian tubuh mengalami stretch mark ini, ia akan menjadi kekal. Namun begitu, ada beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk memudarkan kesan regangan yang dialami

1. Ambil suplemen vitamin B6, C dan megnesium

6 Cara Ini Disarankan Untuk Pudarkan Stretch Mark Selepas Bersalin. Boleh Cuba, Mana Tahu Berkesan!Kekurangan zat besi dalam tubuh adalah antara penyebab hal Ini terjadi.  Disebabkan itu, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan harian kerana kebanyakannya kaya dengan kesemua zat ini.

Selain daripada itu, suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6 juga boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Vitamin C pula mampu mengembalikan keanjalan kulit.

IKLAN

Jadi, selain daripada menyumbang kepada sumber nutrisi yang diperlukan, pengambilan makanan harian dan suplemen yang mencukupi dapat membantu anda mengurangkan masalah stretch mark.

2. Urut bahagian bermasalah dengan pelembab

6 Cara Ini Disarankan Untuk Pudarkan Stretch Mark Selepas Bersalin. Boleh Cuba, Mana Tahu Berkesan!Setiap hari, urutlah bahagian berparut penggunaannya apa-apa jenis pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.

Disarankan anda menggunakan minyak semula jadi seperti kelapa kerana ia membantu mengekalkan kelembapan untuk tempoh lama.

IKLAN

3. Gunakan lendir lidah buaya

6 Cara Ini Disarankan Untuk Pudarkan Stretch Mark Selepas Bersalin. Boleh Cuba, Mana Tahu Berkesan!Aloe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula struktur kulit berparut. Tidak kira sama ada dalam bentuk gel aloe vera yang banyak terdapat di pasaran ataupun lendir lidah buaya yang segar.

Sehubungan itu, untuk kesan yang natural anda dinasihatkan untuk menggunakan lidah buaya. Gunakan lendir yang terdapat pada bahagian batangnya dan sapu dengan kerap di bahagian bermasalah

IKLAN

4. Sapuan minyak vitamin E

6 Cara Ini Disarankan Untuk Pudarkan Stretch Mark Selepas Bersalin. Boleh Cuba, Mana Tahu Berkesan!Vitamin E adalah antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak. Jadi, segera dapatkan stok minyak vitamin E dna buat urutan lembut di bahagian tubuh yang menglami kesan regangan.

5. Perahan jus lemon

6 Cara Ini Disarankan Untuk Pudarkan Stretch Mark Selepas Bersalin. Boleh Cuba, Mana Tahu Berkesan!Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Jadi, ia boleh membantu membuang kulit-kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.

Sapu jus lemon pada kawasan parut regangan sehingga ia menyerap masuk ke dalam kulit. Biarkan seketika, kemudian bilas bersih kawasan yang terlibat.

6. Kerapkan bersenam

6 Cara Ini Disarankan Untuk Pudarkan Stretch Mark Selepas Bersalin. Boleh Cuba, Mana Tahu Berkesan!Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini berlaku keranan peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI