Bukan sahaja mendidik anak mengenali huruf dan menulis untuk anak jadi pintar tetapi dengan makan buah-buahan pun boleh rangsang otak anak. Buah-buahan ni dikenali sebagai food brain.

Pengambilan makanan secara sihat terutama buah-buahan penting untuk meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak.  Jika perkembangan otak terganggu, ia akan mengurangkan daya memori yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak.

Jom cuba ‘brain foof’ atau buah-buan untuk otak anak. Berikut beberapa buah yang dikenal pasti boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak anak.

1.Bluberi

Buah ini sangat baik untuk perkembangan otak anak, dan juga meningkatkan daya ingat. Ia  mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif (oxidative stress). Malah membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan,  memelihara struktur dan kekuatan tulang. Buah ini kaya dengan vitamin C, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin K .

2.Delima

Delima (pomegranate) mengandung zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma. Ia juga sebagai ejen anti-radangan yang hebat serta bertindak sebagai ajen imunisasi dalam tubuh.  Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

3.Epal

Buah ini merupakan salah satu buah yang baik untuk kecerdasan otak anak. Hal ini karena kandungan zat quercetin yang mampu melindungi sel pada otak dari serangan radikal bebas. Malah memiliki kandungan kaya akan vitamin, terutama vitamin A, B1, B2, dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, serta yodium yang  sangat penting guna perkembangan anak iaitu pertumbuhan tulang, organ, kulit dan darah.

4. Buah kurma

Buah ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.

5. Anggur

Anak-anak tentu suka makan anggur kerana rasanya manis. Lebih menarik anggur hitam, anggur ungu, dan anggur merah semuanya mengandung quercetin dan anthocyanin yang diketahui membantu menyihatkan otak dan meningkatkan memori. Malah ia mengandungi zat amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda

6.Strawberi

Bestnya makan stawberi yang dicelup dengan coklat cair. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah strawberi membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Ia juga menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

 

Tinggalkan Komen