6 langkah penjagaan bayi baru lahir mesti dibiasakan, baru boleh elak pelbagai masalah. Anda juga boleh tersenyum melalui minggu-minggu pertama bergelar mama dan papa da menikmati indah bersama si kecil.

Langkah penjagaan in wajib diketahui. Cara betul penjagaan bayi baru lahir terutama sekali yang bakal menyambut cahaya mata pertama perlu dititikberatkan. ia memang aan menyebabkan rasa kekok  pada awalnya,  tapi mama papa jangan bimbang lama-kelamaan akan terbiasa.

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

Penjagaan bayi yang baru lahir bukan sesuatu yang mudah kerana badannya masih kecil, kulit yang sensitif, risiko mengalami perut kembung dan tangisannya yang membuatkan anda cemas.

Jangan risau mama papa, ikuti enam panduan asas penjagaan bayi ini. Keenam-enamnya mesti anda tahu untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat, segar dan selamat.

#1. MEMEGANG BAYI BARU LAHIR

-Sentiasa menyokong bahagian bahu dan kepala bayi.

-Pegang kepala bayi apabila anda mendukungnya dan sokong kepala apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.

Jangan goncang bayi walaupun sedang bermain dan menangis. Jika terlalu kuat akan mengakibatkan Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Syndrom) iaitu pendarahan dalam otak dan risiko kematian. Jika mahu mengejutkan bayi, jangan goncangkan badannya, sebaliknya sentuh perlahan bahagian mulut dan bukakan bedungnya supaya dia tersedar dari tidur.

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

#2. SENTUHAN

-Sentuhan adalah aspek penjagaan untuk bayi yang amat penting untuk satu jam pertama dan selepas kelahirannya. Sentuhan ini mampu memberi kesan emosi yang menenangkan bayi anda.

IKLAN

-Mulakan sentuhan dengan memegang tangan, mengusap badannya dan kepalanya. Biar dalam dakapan anda bagi menggalakkan sentuhan kulit ke kulit.

-Kajian mendapati sentuhan secara urutan membantu bayi membesar. Dapatkan panduan cara urutan yang betul untuk bayi kerana kulit sensitif dan tulang bayi masih tidak kuat seperti orang dewasa.

Bayi selalunya menangis disebabkan lapar, lampin basah, mengantuk, kembung perut dan memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya (seperti merasa sakit atau kerana tidak sihat). mereka juga menangis hanya kerana ingin dipegang, didukung, dibelai atau diberi perhatian.

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

#3. MEMAKAI LAMPIN

-Apa jua pilihan sama ada menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden, pastikan ia sesuai dengan kulit bayi.

-Semasa memakai lampin anda perlukan perkara seperti berikut:

IKLAN
  • Lampin yang bersih
  • Ubat anti ruam (jika bayi alami ruam)
  • Bekas berisi air suam
  • Bebola kapas
  • Minyak anti kolik (untuk mengelak perut bayi kembung)
  • Kain bersih untuk mengelap

Jika ruam lampin berlaku, ia biasanya terdapat kesan merah pada bahagian kulit bayi. Jadi mandi menggunakan air suam, sapu dengan sedikit krim anti ruam dan kerapkan menukar lampin. Pastikan juga punggungnya sentiasa kering.

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

#4. MEMANDIKAN BAYI

-Bagi bayi yang baru lahir, cukup memandikan bayi dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Ketika memandikan bayi pastikan udara bilik tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

-Tanggalkan baju dan lampin, kemudian lap muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya. Seterusnya cuci bahagian badannya terlebih dahulu kemudian barulah beralih kepada kepalanya dengan air bersih. Jika perlu, gunakan syampu bayi.

– Gunakan kapas bagi membersihkan bahagian yang berlipat seperti belakang telinga, bawah ketiak, keliling leher, betis, tangan dan bahagian sulitnya.

-Bagi bayi baru lahir yang masih belum tanggal tali pusat, sapu bahagian itu menggunakan sedikit cecair pembersih alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi sehinggalah tali pusat gugur dengan sendirinya.

IKLAN

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

#5. MENYUSUKAN DAN SENDAWAKAN BAYI

-Penyusuan susu ibu amat penting untuk bayi membesar dengan sihat. Secara umumnya bayi akan menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising jika lapar.

-Bayi baru lahir akan menyusu susu ibu setiap dua atau tiga jam sekali dengan jangka masa 10 hingga 20 minit untuk setiap kali penyusuan.

Selepas menyusu bayi perlu disendawakan untuk mengelakkan perut kembung. Ini kerana bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang membuatkan bayi berasa tidak selesa. Jadi selepas penyusuan, sendawakan bayi anda.

#6. MENIDURKAN BAYI

-Tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir ialah sehingga 16 jam sehari atau lebih. Bayi yang lahir biasanya akan tidur tiga hingga empat dalam satu masa. Jika bayi tidak tersedar dalam tempoh itu, bangunkan bayi untuk menyusu. Ia untuk mengelak perut bayi masuk angin.

-Semasa tidur terutama waktu malam, alihkan posisi kepala bayi iaitu mula ke kanan , kemudian ke kiri dan seterusnya. Ia untuk mengelak kepala bayi leper sebelah.

-Semasa bayi tidur, sentiasa periksa keadaannya untuk memastikan bayi tidur dalam keadaan selamat. Ia juga untuk mengelak risiko sindrom kematian mengejut.

-Jika bayi baru habis menyusu, masih belum sendawa dan terus tertidur, jangan tinggalkan bayi terus tidur sendirian. Tunggu seketika kerana bayi mungkin berisiko memuntahkan susu kembali.

6 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir Mama Papa Mesti Biasakan, Baru Boleh Elak Pelbagai Masalah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI