6 Perkara Ini Mesti Dibuat Kalau Nak Anak Tidur Awal Waktu Malam

Share

Semua ibu ayah yang ada anak kecil mesti nak anak tidur awal waktu malam. Tetapi biasanya sukar untuk merealisasikan impian tersebut.

Mengapa kebanyakan anak kecil susah nak tidur awal waktu malam. Biasanya lagi lewat malam lagi aktif anak bermain apatah lagi kalau dia ada adik-beradik lain.

Untuk ibu ayah yang ada masalah anak kecil susah tidur awal mungkin boleh ikut cara dibuat oleh ibu ini.

Puan Nurul Diana berkongsi caranya mendisiplinkan anak-anaknya tidur awal sejak lahir lagi. Mungkin anda pun boleh tiru cara beliau.

TIP ANAK TIDUR AWAL

Uwais – 5 tahun
Umar – 9 bulan

Uwais
Dari dalam pantang tidur pukul 7-8 malam akan terjaga untuk menyusu je. Akan bangun 6-7 pagi. Bangun main takde, bangun susu je.

Sekarang dah 5 tahun
Dia tidur pukul 8-9 malam. Paling lambat 10 malam.

Umar
Sama macam abang dia, dari dalam pantang sampai hari ini (9 bulan lebih ) tidur pukul 7-8 malam juga. Bangun 7-8 pagi. Bangun untuk menyusu je. Takde terjaga tengah malam untuk main.

Dua-dua anak tak tidur buai juga. Ramai tanya macam mana aku buat?

Dari dalam pantang tidur menerap dan bedung.
Dua-dua pun sama, Uwais dan Umar, orang cakap tak bahaya ke tidur meniarap ?

So far alhamdullilah cuma kena monitor kepala dia tapi tak lama pun.

Macam Umar dalam pantang lagi dah boleh angkat kepala untuk alih posisi kepala. Uwais bedung sampai umur 1 tahun lebih. Umar sampai 6 bulan.

1. Tiada istilah tidur ruang tamu atau ruang-ruang lain

Tidur mesti kat bilik, Umar tidur dalam pukul 7 malam macam tu so lampu bilik akan dimatikan. Akan bagi susu, tepuk dan tidur.

Untuk Uwais, pukul 9 akan remind dia untuk tidur kalau dia tak tidur lagi. Maksima pukul 10 malam akan suruh dia tutup all tv, kemas mainan dan tidur.

Sama macam Umar, tepuk dan tidur (Uwais tak menyusu botol dah) angkat dia ke katil dia sendiri atau tidur terus kat katil dia.

Uwais dah tadika so dia tidur awal sangat mudah untuk bangun. Tak kejut lagi dah terbiasa bangun pukul 7, so terus siap-siap ke tadika.

2. Ajar siang dan malam

Dari dalam pantang dua-dua takde istilah tidur pasang lampu. Malam mesti tutup lampu untuk biasakan anak-anak siang dan malam.

Ni penting sebenarnya sebab masa aku pergi Turkey baru-baru ni aku risau sangat tabiat tidur Umar akan berubah beza waktu Turkey dan Malaysia, sana siang, sini malam.

Ingat Umar akan berjaga malam tapi tak, bila malam Turkey dia tetap tidur macam biasa walaupun sebenarnya siang kat Malaysia.

3. Boleh tidur lambat kalau rumah opah /tok saja atau sedara mara

Kalau time balik kampung atau apa-apa aku tak tentukan waktu tidur Uwais cuma sebab dia dah biasa macam tu. Pukul 10 dia akan start letih.

Uwais kadang-kadang je tidur siang walaupun lepas balik tadika. Selalunya tak tidurlah. Umar macam biasa rumah tok ke nenek ke tetap tidur macam tu sebab dia kecil lagi.

4. Mak pak mesti tidur jugak

Ini untuk permulaan nak train anak tu lah, memang tutup lampu dan tidur. Sebenarnya nak acah-acah tidur je tapi tertidur sekali.

Tak lama pun dalam 1-2 bulan memang kena konsisten tutup lampu awal dan tidur sebab nak ajar minda anak-anak.

Tutup lampu bukan samar-samar.  Tutup gelap lubang hidung pun tak nampak hahaha permulaan lah.

Dah lama macam sekarang tidur pasang lampu bilik air bagi samar sikit. Bila dia orang dah biasa yahoooo! Mak tidur pukul 12 layan KDRAMA hahaha.

5. Kalau keluar berjalan macam mana?

Kadang-kadang mesti keluar makan kan atau jalan malam? Tu penting sangat waktu dalam pantang.

Ibu berpantang tak boleh keluar rumah 40 hari. Jadi dalam masa 40 hari latih anak untuk tidur awal. Yes! seawal itu sebab kena mulakan.

So nanti lepas pantang hang kua pi makan ka pi mana ka, anak hang lena dalam stroller.

6. Kalau terjaga tengah malam macam mana?

Buat bodo saja. Masa awal-awal ada jugak terjaga, pukul 12 macam tu, mak tengah layan kdrama hahahaha tapi dengan pantas mak tutup hand phone dan buat-buat tidur.

Kadang dia naik atas badan nak tengok muka mak. Mak pejam mata tidur dan anak give-up dan tidur semula.

Apa-apa pun bermula dengan kita sebagai ibu bapa
Kita nak didik anak tu macam mana? Anak ikut kita ke kita ikut anak?

Kalau nak mulakan esok, cuba lah bertahan untuk sebulan tanpa miss, walaupun dah tutup lampu anak lompat-lompat atas katil.

Sabar, baru 1-2 minggu tiba-tiba kita nak twist rutin anak tak mudah. Paling penting hari-hari.

– Suruh tidur awal
– Tutup lampu
– Jangan main hand phone

Ni paling penting, mak gigih usaha nak tidur anak awal tapi ayah dok main hand phone kat luar, dok tengok tv.

Serius memang gagal. Kena kerjasama dua-dua.
Anak-anak tidur awal memang melegakan, rasa free dan relax sangat.

Sumber: Nurul Diana

Published by
Hasnita Sawal